Showing posts with label suara mahasiswa(new). Show all posts
Showing posts with label suara mahasiswa(new). Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Mahasiswa Mendepani Isu Sejagat



Mahasiswa Mendepani Isu Sejagat


Mahasiswa adalah aset ummah yang merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Ini disebabkan mahasiwa adalah mereka yang terdiri dalam kalangan para pemuda. Golongan mahasiswa mempunyai kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat yang luar biasa. Maka disebabkan demikian Islam meletakkan generasi muda di barisan hadapan. Sabda Rasulullah SAW.

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.

Maksudnya:
“Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku”

Kehebatan peranan mahasiswa telah dibuktikan dengan beberapa peristiwa lampau samada di tanahair mahupun global seperti contoh isu kemiskinan rakyat Baling di Kedah, Akta Bahasa Kebangsaan, Perjuangan petani miskin di Teluk Gong, Selangor untuk mendapatkan tanah semuanya didokongi oleh golongan mahasiswa.

Diluar negara pula kita menyaksikan keteguhan pentadbiran Ben Ali di Tunisia selama 23 tahun rebah tersungkur kerana kuasa mahasiswa, dan keunggulan regim Suharto suatu masa dulu tersungkur kerana kuasa gerakan mahasiswa.

Justeru, kepimpinan PMRAM pada kali ini mengajak seluruh pendokong PMRAM mendepani isu sejagat yang berlaku. Sikap segelintir mahasiswa Mesir yang masih kurang tumpuan dan sensitiviti terhadap isu-isu dunia perlu dibendung agar golongan ilmuan di Mesir mampu bersuara dalam isu-isu sejagat sekaligus menjadi ikon
kepada generasi akan datang.

Bangkitlah mahasiswa dan mahasiswi sekalian,

Golongan mahasiswa sewajibnya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul. Justeru, mahasiswa bukan sekadar menjadi pelengkap kepada penyelesaian masalah bahkan terletaknya masa depan sebuah ummah dibahu mereka . Mahasiswa tidak boleh alpa sebaliknya insaf menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku.Sabda Rasulullah saw.

و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

“…dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka.”

Pembinaan jentera penganalisis isu adalah dasar kekuatan sekaligus menyuburkan lagi sensitiviti ahli PMRAM terhadap isu sejagat. Program-program berbentuk wacana isu semasa perlu diperkasakan disegenap peringkat bagi menjayakan agenda ini.

Kemudahan-kemudahan teknologi juga tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang alternatif untuk memanfaatkannya. Bahkan dengan adanya kemudahan teknologi maya yang serba canggih ini, kita tidak punya alasan untuk mengatakan bahawa kita ketinggalan maklumat disebabkan jauh dari tanah air. Mahasiswa Mesir khususnya ahli PMRAM adalah mampu untuk menjadi lidah rasmi kepada rakyat untuk membincangkan isu-isu sejagat terutamanya yang berkait rapat dengan agama Islam.

Seluruh ahli PMRAM perlu meningkatkan Thaqafah dan Tasawwur mengenai Islam agar mampu berhadapan serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar. Pencerahan dan penerangan berkaitan gerakan musuh-musuh Islam serta strategi dan perancangan mereka perlu dipertingkatkan agar ahli-ahli PMRAM memahami antara agenda Islam atau musuh yang sedang berlangsung di sekeliling mereka.

Kelesuan kita pada hari ini dalam memperjuangkan isu sejagat adalah disebabkan diri sendiri tidak mengetahui perkara yang berlaku di hadapan kita adakah ia propaganda musuh, yang siap dengan perancangan rapi atau satu kebetulan sahaja. Saiyyidina Omar al-Khattab Rha. berkata ;

(إنما تُنقَضُ عُرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية
“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai, apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”

Sedarlah mahasiswa sekalian,

Dalam mendepani isu sejagat pasti ada mehnah dan tribulasi yang menimpa. Namun itulah lumrah dalam perjuangan demi menegakkan kebenaran, ianya datang seketika dan usah kita hiraukan kemucup dalam perjuangan ini. Ujian dan cabaran ini menjadi bukti bahawa kebenaran adalah sesuatu yang amat bernilai dan tidak boleh dipandang remeh oleh sesiapa sekalipun.

Sub Topik,
Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2012
Sdr. Abdul Aziz Bin Ali



sumber
Baca Seterusnya - Mahasiswa Mendepani Isu Sejagat

Read more...

Friday, January 6, 2012

Saifuddin Kesal Mahasiswa Cedera


Baca Seterusnya - Saifuddin Kesal Mahasiswa Cedera

Read more...

Polis double standard


Baca Seterusnya - Polis double standard

Read more...

Thursday, November 17, 2011

Mahasiswa UPSI berdemo lagi, tuntut jaminan posting


KUALA LUMPUR, 17 Nov: Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam sekali lagi mengadakan piket aman menuntut isu 'posting' diselesai segera oleh pihak pentadbiran universiti tersebut.

Piket yang dinamakan 'Posting 2.0' merupakan rentetan daripada isu penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan keluaran universiti awam yang melanda mahasiswa.

Bercakap kepada Harakahdaily, Setiausaha Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Siti Nurul Piteriah Ab Halim menjelaskan, sehingga hari ini belum ada kenyataan konkrit dari pihak bertanggungjawab bagi menyelesaikan permasalahan mahasiswa pendidikan tersebut.

"Wakil mahasiswa telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pelajaran (Datuk Dr Wee Ka Siong) bagi mengetahui kedudukan sebenar serta maklum balas dari pihak kementerian namun sehingga kini kita tidak tahu kedudukan sebenar mahasiswa selepas mereka tamat pengajian di sini," jelasnya sambil menambah pertemuan tersebut dibuat pada 19 November lalu di parlimen.

Tambah Nurul Piteriah lagi Piket Posting 2.0 itu bermula pada jam 1.00 petang, di mana sekumpulan mahasiswa seramai 70 orang telah berarak dari Sudut Pidato ke bangunan Canselori untuk bertemu dengan pengurusan tertinggi univesiti.

"Mereka akhirnya disambut oleh Naib Canselor UPSI, Professor Zakaria Kasa di pejabat beliaunya. Pertemuan antara perwakilan Pro-Mahasiswa UPSI (Legasi Mahasiswa Progresif dan Mahasiswa Pendidik) dilaporkan berlangsung secara sihat dengan pihak universiti yang akhirnya akur dengan tuntutan mahasiswa dan berjanji akan menyelesaikan kemelut ini.

"Pihak universiti juga dikatakan telah menghantar nama-nama graduan yang belum mendapat penempatan untuk diuruskan oleh pihak berwajib," sambungnya.

Beliau memberitahu sebelum ini, mahasiswa tidak berpuas hati dengan sikap universiti yang tidak memberi sebarang maklum balas terhadap  tujuh tuntutan yang diserahkan kepada pihak pentadbir universiti sebelum ini.

Tambahnya, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNCP&I), Dr. Noraini yang menerima tuntutan tersebut sebelum ini telah berjanji akan menyelesaikan isu tersebut tetapi tiada penyelesaian sehinggalah pertemuan pada hari ini.

Sementara itu Koordinator Mahasiswa Pendidik, Mohd Zahar bin Mat Noor memberitahu piket ini bukan mahu buat kacau tetapi cuma mahu penjelasan dari Menteri supaya keresahan dan kepincangan dalam kalangan Graduan ISMP dapat diredakan dan pelajar-pelajar lain dapat meneruskan pelajaran dengan tenang.

Piket tersebut menyaksikan Bangunan Bitarasiswa sekali lagi menjadi medan bagi mahasiswa berhimpun.
Pada 2 November lalu, seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan universiti itu telah berhimpun menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Baca Seterusnya - Mahasiswa UPSI berdemo lagi, tuntut jaminan posting

Read more...

Sunday, November 13, 2011

Jangan cakap lain, buat lain, kata KAMI



Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) menuntut penjelasan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Sahol Hamid Abu Bakar berhubung pertandingan pidato politik anjuran Pemuda BN di kampus universiti itu, semalam yang dikatakan secara terang- terangan berunsurkan politik.uitm universiti teknologi maraDalam satu kenyataan media, presiden KAMI, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata jika kerajaan benar-benar ikhlas tidak mahu mahasiswa berpolitik, sepatutnya kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus tidak seharus dikeluarkan.

“Mahasiswa merasakan keterangan naib canselor UiTM bertajuk “Tidak Perlu Pinda AUKU” hanyalah sekadar retorik semata-mata.

“Kalau betul tidak mahu mahasiswa berpolitik , jangan bagi kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus.

“Tindakan memberi kebenaran kepada parti politik masuk ke kampus sebenarnya akan menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya mahasiswa,” katanya.
NONEMenurut Haziq Abdullah, kenyataan Sahol Hamid (kiri), Jumaat lalu bahawa politik di universiti hanya akan memecahkan perpaduan sesama penuntut sedangkan matlamat utama mereka ialah menimba ilmu dan mendapatkan pekerjaan bagi menjamin masa depan, bercanggah dengan apa yang terjadi di kampus UiTM.
Sahol Hamid juga dilaporkan berkata bahawa universiti itu tidak bersetuju dengan cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana kebebasan politik hanya akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Melayu dan Bumiputera di universiti.
    
"Anak-anak (penuntut UiTM) saya aman harmoni berjuang bersama-sama dan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

"Apa yang penting kita semua bersatu padu dan tidak berpecah belah," katanya.



Kongkong mahasiswa 
Bagaimanapun menurut KAMI, mahasiswa perlu diberikan kebebasan untuk meluahkan pendapat walaupun apa yang bakal diperkatakan itu mungkin bertentangan dengan apa yang dihasratkan oleh pihak universiti.
“Sejujurnya KAMI tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan naib canselor UiTM yang mengatakan penglibatan mahasiswa dalam politik akan menyebabkan perpecahan.
uitm students protest in selangor state office 130808 01“Kenyataan bahawa pindaan AUKU akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut bumiputera dan Melayu di universiti itu kami kira sebagai sesuatu yang tidak relevan," kata Haziq Abdullah.

Beliau tegas mempertahankan bahawa mahasiswa mesti diberikan kebebasan yang sewajarnya untuk bersuara.

“Tindakan mengongkong mahasiswa sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah malah akan melahirkan mahasiswa yang tidak kritikal, konservatif serta jumud dalam berfikir,” katanya.Menurutnya lagi jika “orang politik pemerintah boleh dibawa masuk ke kawasan kampus, apa salahnya berikan sahaja kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik.”NONE“Jangan pula nanti cakap lain tapi buat lain.”

Pertandingan pidato politik Piala Perdana Menteri peringkat saringan zon tengah di UiTM, Shah Alam, semalam,dirasmikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (dua dari kanan).

Khairy juga dipetik Bernama berkata program anjuran unit pidato Pemuda Umno itu akan diteruskan di empat zon iaitu zon utara, selatan, pantai timur dan Sabah serta Sarawak.



sumber
Baca Seterusnya - Jangan cakap lain, buat lain, kata KAMI

Read more...

Apa Kaitan pindaan AUKU dengan perpecahan orang melayu?


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
APA KAITAN PINDAAN AUKU DENGAN PERPECAHAN ORANG MELAYU?
18 Dzu al-Hijjah 1432 / 14 November 2011
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kenyataan Naib Canselor Universioti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar bahawa pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 akan membawa kepada perpecahan orang Melayu sebagai tidak berasas serta tidak rasional sama sekali.
DPPM merasa pelik dengan kenyataan Prof Dr Sahol yang mengaitkan Pindaan AUKU dengan perpecahan orang Melayu. Ingin DPPM jelaskan, meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak menyebabkan orang Melayu berpecah. Bahkan AUKU yang menyebabkan mentaliti mahasiswa terkongkong, tidak matang, serta tidak bebas dalam berfikir. Selama bertahun-tahun mahasiswa didoktrinkan untuk tidak berfikir secara rasional terhadap sesuatu perkara. Jika ada kelompok yang berfikir secara luar biasa dengan mengkritik sesuatu dasar, itu dianggap sebagai pengkhianat dan pelbagai tindakan akan dikenakan. Sedangkan sepatutnya, kepelbagaian dan  kebebasan dalam ruang lingkup perlembagaan negara perlu diraikan. Oleh kerana itu, pindaan AUKU perlu dibuat bagi memastikan mahasiswa tidak lagi terbelenggu oleh pemikiran konservatif. DPPM hairan bagaimana mentaliti begini boleh ada pada seorang Naib Cancelor.
Tambahan lagi, Orang Melayu berpecah kerana adanya kekangan serta kongkongan terhadap pemikiran rakyat. Mentaliti menganggap hanya UMNO sahaja parti yang wajib dipilih rakyat, dengan menganggap parti pembangkang seperti PAS tiada hak dalam ruang demokrasi yang sempit di Malaysia. Atau menganggap hanya UMNO parti sah, manakala selain Barisan Nasional; adalah parti yang tidak sah dan salah bagi rakyat menyertainya. Inilah punca perpecahan orang Melayu.
Dalam hal ini, DPPM mempersoalkan, jika Pertandingan Pidato Politik anjuran Pemuda Barisan Nasional  yang diadakan di Dewan Seminar HEA, Menara UiTM boleh diadakan dengan restu pihak UiTM, adakah Dewan Pemuda PAS Malaysia juga boleh mengadakan program rasmi di UiTM dengan restu Naib Canselor. Jika dibenarkan inilah kebebasan yang diperlukan agar mahasiswa mempunyai rasional untuk memilih parti kesukaan mereka. Jika tidak dibenarkan, mentaliti beginilah punca perpecahan kerana pentadbiran UiTM bersikap satu pihak semata-mata dengan menafikan pihak yang lain.
DPPM meminta Prof Sahol belajar dari negara-negara lain yang mengamalkan demokrasi sebenar. Mahasiswa dan rakyat diberikan kebebasan untuk berhimpun, berpersatuan, berpolitik, dan bersuara dalam sesuatu dasar negara. Tidak berlaku isu perpecahan dalam bangsa mereka akibat kebebasan yang dimiliki oleh rakyat. Sebaliknya, kebebasan itulah yang menaikkan mentaliti dan corak berfikir rakyat di negara maju jauh ke depan meninggalkan rakyat negara kita.
Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Baca Seterusnya - Apa Kaitan pindaan AUKU dengan perpecahan orang melayu?

Read more...

Saturday, November 12, 2011

Mahasiswa sedia hidup tanpa Auku


Mohd Syahid Mohd Zaini   
Saya tertarik untuk menjawab kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan AUKU ketika beliau menjawab soalan seorang peserta Konvensyen Integriti Nasional 2011 di PICC, Putrajaya, baru-baru ini.
“Are you ready for it? Kalau saudara kata yes, mengapa tidak? Mungkin kerajaan akan kata, kalau begitu kita tak perlu akta lagi ataupun kita pinda akta itu untuk memberi ruang supaya pelajar boleh membuat keputusan tanpa digagahi oleh mana-mana satu kuasa perundangan,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kalau pelajar sudah kata, “saya tahu apa yang saya patut buat dan kerajaan tidak perlu bimbang, dan kami akan tumpukan sepenuh masa kepada pelajaran serta penglibatan dalam politik hanyalah untuk mengetahui apakah politik itu supaya mereka tidak terasing daripada perubahan semasa dalam negara,” soal pokok goes back to you (mahasiswa).
“Kalau saudara kata kami sudah bersedia dan tak perlu kerajaan mengadakan sistem untuk perundangan kawalan, maka selepas ini kita akan katakan eloklah ia dikaji. Ini adalah pandangan secara kasar saya,” kata Muhyiddin.
Jawapan yang berani dan mengkagumkan.Namun jika sekadar retorika, politik itu suatu penipuan dan omongan kosong yang sangat menjijikkan.Jika ditanya mahasiswa adakah sudah bersedia atau tidak, saya selaku pimpinan mahasiswa akan menjawab "mahasiswa sudah lama bersedia untuk hidup tanpa AUKU".
Akan tetapi persoalannya sekarang adakah kerajaan benar-benar serius untuk memansuhkan AUKU? Kita sedia maklum bahawa AUKU merupakan akta yang memang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. AUKU juga merupakan alat yang paling berbisa kepada Hal Ehwal Pelajar di kampus bagi mengekang kemaraan gerakan mahasiswa dalam memperjuangkan sesuatu isu.
AUKU sememangnya perlu di mansuhkan kerana substance AUKU itu sendiri jelas zalim dan langsung tidak menjunjung tradisi keintelektualan mahasiswa dan Universiti. KPT telah menerima kertas putih dari Jawatankuasa Mengkaji dan Mereputasi kedudukan IPTA tempatan sebelum ini. Jawatankuasa tersebut ditubuhkan pasca kejatuhan ranking IPTA (merujuk pada Universiti Malaya) dari tangga ke-89 ke tangga 169 pada tahun lepas sebagaimana yang dikeluarkan oleh Times Higher Education Supplement (THES).
Jawatankuasa tersebut telah menyatakan beberapa cadangan. Salah satunya adalah memansuhkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti). Namun, sehingga kini KPT seolah-olah memandang enteng cadangan-cadangan yang telah disampaikan oleh ahli akademik dan cendekiawan tempatan. Perkara seumpama ini sepatutnya dikesali bersama.
Pada pandangan saya,niat pengubalan AUKU ini demi menutup pekung kerajaan semata-mata daripada diketahui umum melalui suara mahasiswa. Sudah lebih 37 tahun, AUKU ini dikuatkuasa ke atas mahasiswa.Saya telah meneliti beberapa perkara dalam AUKU ini dan saya dapati banyak perkara dalam AUKU ini jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia sebagai yang dijamin oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, 1948 dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Islam Sejagat, 1981.
Saya ingin menyebut beberapa seksyen dalam AUKU ini yang jelas bertentangan dengan hak asasi manusia, Seksyen-seksyen tersebut adalah Sekyen 12, Sekyen 15(1), Sekyen 15(2), Sekyen 15(3), Sekyen 15(4), Sekyen 15A(1), Sekyen 15A(2), Sekyen 15B(1), Sekyen 15D(1), Sekyen 16 dan banyak lagi. Pendek kata, AUKU hampir kesemua seksyen adalah bertentangan dengan Hak Asasi Manusia. Saya ingin membawa contoh, merujuk pada Seksyen 15(3) dan 15(4), AUKU: Melarang pelajar dan pertubuhan pelajar menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain pertubuhan.
Kewujudan AUKU telah menyekat peranan mahasiswa yang sepatutnya menjadi agen semak dan imbang kepada pihak kerajaan. Bagi saya, mahasiswa mempunyai kapasiti, dan lebih berautoriti untuk berbicara dan mengutarakan pendapat kerana mereka lahir dan hadir daripada kelompok cerdik pandai dan berilmu pengetahuan. Adakah kerajaan takut dan bimbang dengan keberhadiran kelompok mahasiswa yang mempunyai kesedaran ini? Apa bezanya mahasiswa dengan belia muda yang berusia 21 tahun yang diberikan ruang tanpa sekatan, cuma mahasiswa diberikan peluang melanjutkan pelajaran.
Natijahnya, apabila bergelar mahasiswa, aku janji dan AUKU dijadikan taruhan dan cagaran, diusung ke sana ke mari hanya dengan tujuan untuk mengekang segala kelibat dan menyekat idealisma mereka sebagai mahasiswa, adakah ini demokrasi?
Saya fikir seandainya mahasiswa terlibat dengan politik tidak bermaksud mereka akan mengabaikan pelajaran mereka.Pelajaran tetap perkara pertama yang perlu diutamakan.Namun dalam masa yang sama mahasiswa itu perlulah tahu dan cakna terhadap isu-isu semasa negara mahupun isu-isu bersifal global. Bahkan bukan sekadar perlu tahu dan cakna terhadap isu-isu semasa,mahasiswa juga perlu merespon dan membawa solusi terhadap sesuatu isu itu di atas idea pandang mahasiswa.
Justeru saya berharap agar segala persoalan yang dijawab oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam konvensyen intergriti baru-baru ini perlulah dikotakan dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.Jika ISA boleh dimansuhkan,saya fikir AUKU juga tidak ada masalah untuk dimansuhkan.Saya amat yakin seandainya AUKU dimansuhkan, mahasiswa Malaysia akan lebih matang dan bijak dalam menilai sesuatu perkara dengan lebih baik.Lantas mencerminkan bakal tampuk kepimpinan negara yang benar-benar berkualiti dan berintelektual.

Penulis adalah YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya.

Baca Seterusnya - Mahasiswa sedia hidup tanpa Auku

Read more...

Wednesday, November 9, 2011

AUKU: Indoktinisasi Terancang dan Pembodohan Berstruktur





Afiq M Noor,
Lawyers for Liberty

Belum pun reda dengan kejayaan gerakan mahasiswa menekan Universiti Islam Antarabangsa untuk menarik balik penggantungan Prof. Dr Abdul Aziz Bari baru-baru ini. Mahkamah Rayuan telah mencatatkan satu lagi sejarah dalam gerakan mahasiswa apabila telah mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 bercanggah / ‘ultra-virus’ dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Hakim Dato’ Hishamudin Yunus di dalam penghakiman bertulisnya menyatakan peruntukan Seksyen 15(5)(a) akan memandulkan daya fikir kritikal dan sihat para mahasiswa. Universiti bukannya kilang untuk membiakkan para robot dan mesin pekerja, tetapi jauh lebih besar dari itu, ia adalah gedung melahirkan para pemikir dan reformis.
Mahkamah Rayuan juga secara tidak langsung telah mengiktiraf hak-hak kebebasan asasi sebagai struktur asas dan roh di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mahasiswa lakar sejarah
Mahasiswa telah melakar sejarah kegemilangannya satu ketika dahulu, sebagai agen pendesak dan pengimbang bagi pemerintah. Demonstrasi Baling, penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Universiti Malaya dan Kempen Anti-Tunku adalah antara kenangan manis dalam sejarah gerakan mahasiswa.
Bahkan ramai yang memegang tampuk kepimpinan negara hari ini datangnya dari gerakan mahasiswa. Merasakan mahasiswa dan gelombang kebangkitan mereka mampu menggugat dan mencabar kerajaan pemerintah, maka satu undang-undang digubal untuk mengawal dan menyekat pengaruh mahasiswa , dan itulah AUKU yang ada pada hari ini.
Universiti yang sepatutnya menjadi pusat pembiakan dan percambahan pemikiran telah terjejas teruk dan telah lari dari matlamat asalnya. Para ahli akademik dibisukan dan dijahit mulut mereka dari menjalankan tanggungjawab mereka. Kesan AUKU bukan sahaja dirasai oleh para mahasiswa bahkan keseluruhan warga universiti turut sama terjejas. Para ahli akademik dihilangkan taringnya.
Mana Speaker, Demontrasi mahasiswa?
Mana ‘speakers corner’? Mana demonstrasi mahasiswa?
Semuanya hilang ditelan waktu. Para mahasiswa telah menjalani proses indoktinisasi terancang dan pembodohan berstruktur oleh pihak universiti dan parti pemerintah untuk satu jangka waktu yang cukup panjang.
Pemikiran kritis dan perbincangan tentang idea sudah hilang. Bagi mereka, mahasiswa yang baik dan berjaya ialah apabila dia dapat lulus dengan cemerlang, tidak melawan dasar universiti dan kerajaan dan mendapat pekerjaan yang baik.
Mahasiswa yang sentiasa mencabar dasar universiti dan bersikap kritikal terhadap dasar-dasar kerajaan adalah contoh mahasiswa yang gagal atau terlalu terpengaruh dengan pembangkang.
Mahasiswa adalah sub-set kepada satu kumpulan besar masyarakat. Setiap isu yang timbul, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Dan selaku warga terpelajar, mereka sebenarnya menggalas tanggungjawab yang besar terhadap masyarakat dan negara. Tidak boleh dinafikan bahawa gerakan mahasiswa adalah agen semak dan imbang yang cukup berkesan.
Teori dan idea yang ditadah di dewan kuliah hanya berguna sekiranya berjaya diterjemahkan dalam tindakan. Bak kata Prof Ungku Aziz: “Belajar sambil mencabar. Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang. Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin. Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar”
Hidup Mahasiswa!

Baca Seterusnya - AUKU: Indoktinisasi Terancang dan Pembodohan Berstruktur

Read more...

Thursday, November 3, 2011

Datuk Saifuddin : Mahasiswa Kini Bebas Berpolitik


Serdang, 3 Nov : Mahasiswa kini bebas berpolitik dengan keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu bahawa Seksyen 15 (a) Akta Universiti (Auku) adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu peruntukan 15(5)(a) sudah tidak lagi wujud dan kini mahasiswa bebas untuk berpolitik.
“Boleh, dengan sendirinya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Naib Presiden MCA Gan Peng Siew dan UKM4 di Hotel Mines Wellness, Serdang semalam.
Kenyataan tersebut turut disokong oleh Khairy Jamaluddin.
Kerajaan jangan rayu
Mereka juga meminta agar pihak kerajaan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Pada masa yang sama mereka menggesa kerajaan memansuhkan Seksyen 15 AUKU dimansuhkan selaras dengan program transformasi politik dibawa Datuk Seri Najib Razak. – GZDaily
Baca Seterusnya - Datuk Saifuddin : Mahasiswa Kini Bebas Berpolitik

Read more...

GMUKM : Pinda Seksyen 15 (5), Jangan Mansuh AUKU


Bangi, 3 Nov : Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) menyelar  tindakan sesetengah pihak yang cuba memanipulasi isu Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) yang sedang hangat diperkatakan ramai pihak ketika ini.
GMUKM dalam kenyatannya menyelar pihak  yang mempersoalkan kembali tindakan GMUKM yang ‘sekejap membantah, sekejap menyokong’ dalam isu AUKU ini.
GMUKM konsisten
“Harus diperjelaskan di sini bahawa kita di peringkat Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) adalah konsisten dan tetap membuat desakan agar Seksyen 15(5) segera dipinda.
“Dalam Seksyen 15(5) yang ‘melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara’ yang jelas bercanggah dengan pengamalan mahasiswa hari ini.”, ujar mereka.
“Adalah jelas dan umum mengetahui di luar negara, terdapat sebuah badan yang digelar ‘Kelab UMNO Luar Negara’ yang terang-terang ‘menyatakan sokongan dan simpati’ dan kecenderungan kepada parti pemerintah negara masa kini.
“Juga jangan dilupakan kes dua orang mahasiswa UKM yang menyertai sebagai pengiring dalam perbarisan Perasmian pada Perhimpunan UMNO tahun lalu. (klik Malaysiakini dan Pelajar UKM dalam perhimpunan UMNO)
“Pandangan daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah juga dilihat lebih harmoni dan mengikut realiti semasa.”
“Ingin ditekankan, Seksyen 15(5) yang lapuk ini juga sudah lama dicabuli secara terang-terangan oleh mahasiswa yang berada di bawah ‘ketiak’ pemerintah.
“Adakah golongan ini terkecuali daripada Sekyen 15(5) sekiranya ingin ia masih ingin dikekalkan?”, tulis mereka dalam laman sesawang rasmi mereka.
Mahasiswa 3K perlu dijaga, bukan dikata
GMUKM dalam kenyataannya juga menyatakan mahasiswa hari ini tidak bodoh untuk memperjudikan nasib mereka dengan melibatkan dalam parti politik semata-mata atas semangat tanpa kefahaman.
“Tak perlu dirisau kononnya mahasiswa akan ponteng kelas atau tidak menyiapkan tugasan semata-mata kerana program parti politik, sedangkan umum mengetahui mahasiswa hari ini lebih kepada 3k (Kolej, Kuliah, Kafe).
“Dalam isu lambakan graduan misalnya, pihak kerajaan seharusnya melihat dilihat isu ini dari pandang sisi mahasiswa dan mendapati sebilangan mahasiswa ini berjaya tampil mengasah soft-skill mereka dengan mengetengahkan idea-idea kreatif mereka.”
“Maka, seharusnya golongan mahasiswa ini yang berani tampil membawa idea-idea ‘gila’ mereka perlu dirai, bukan dicaci. Juga perlu dijaga, bukan dikata.”
“Pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Pengajian Tinggi perlu melihat semakan terhadap Seksyen 15(5) daripada sudut positif, dan bakal mendapati ia lebih banyak membina kemahiran generik / soft skill.
“Makanya, tiada apa yang perlu dikhuatirkan.”, tegas pertubuhan utama UKM tersebut lagi.
Mahasiswa matang nilai politik atau retorik
“Jelas di sini GMUKM bukan membangkang semata-mata tanpa fakta, tetapi lebih kepada pencerahan dan pengharmonian dan gesaan supaya Seksyen 15(5) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 disemak kembali.”
“Juga harus diperjelaskan juga bahawa sekiranya Seksyen 15(5) dipinda atau dimansuhkan, pihak kerajaan tidak harus khuatir kerana kita selaku mahasiswa sudah matang menilai mana satu politik, dan mana satu retorik.” – GZDaily

Baca Seterusnya - GMUKM : Pinda Seksyen 15 (5), Jangan Mansuh AUKU

Read more...

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP