Showing posts with label Tokoh Gerakan Islam. Show all posts
Showing posts with label Tokoh Gerakan Islam. Show all posts

Sunday, April 8, 2012

Pencalonan Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Sebagai Presiden Mesir




1. Seluruh dunia dikejutkan dengan keputusan Ikhwan Muslimin secara rasmi meletakkan calon presidennya dalam pilihanraya akan datang dengan menamakan Ir Khairat Al Shater, Naib Mursyidul Amnya bagi calon Presiden Mesir 2012.

2. Setelah mengadakan mesyuarat tergempar sebanyak 3 kali pada akhir Mac lalu, akhirnya Majlis Syura Ikhw...an Muslimin mencalonkan Ir Khairat Shater sebagai calon tatkala penamaan calon masih berbaki 7 hari lagi setelah dibuka 8 Mac lalu dan akan ditutup pada 8 April 2012.

3. Yang menariknya, pada mesyuarat kali pertama Majlis Syura Ikhwan Muslimin pada 16 Mac yang lalu, seramai 81 ahli menolak untuk Ikhwan Muslimin meletakkan calon Presiden. Hal ini kerana, mengikut ketetapan yang telah dipersetujuin pada April 2011 yang lalu bahawa mereka tidak sama sekali akan mencalonkan mana-mana anggota mereka.

4. Manakala pada 27 Mac yang lalu, mesyuarat kali kedua bagi Majlis Syura seramai 61 orang pula tidak menyokong dan ia menunjukkan kemerosotan berbanding mesyuarat yang pertama. Baru-baru ini iaitu tanggal 31 Mac 2012, mereka bersidang sekali lagi bagi membincangkan perkara yang sama berdasarkan suasana dan waqi’e semasa dan dalam persidangan tersebut seramai 56 orang menyokong, manakala 52 lagi membantah daripada jumlah ahli yang hadir menyuarat seramai 108 ahli (keseluruhan Ahli Majlis Syura seramai 110 orang). Dua orang lagi ahli iaitu Dr. Sa’ad Katatni dan Dr. Essam ‘Iryan tidak hadir kerana menghadiri Persidangan Ahli Parlimen Dunia.

5. Antara mereka yang tidak bersetuju dengan pencalonan jawatan presiden tersebut adalah Dr. Helmy, Sayed Enzily dan Mohammed Mahdi Akef, bekas Mursyidul Am yang lalu akan tetapi kesemuanya berlapang dada dan thiqah terhadap keputusan yang telah dipersetujui tersebut.

6. Sumber mengesahkan bahawa, antara sebab Ikhwan Muslimin terpaksa menamakan calon daripada mereka adalah kerana melihat kepada kerajaan sementara dan tentera seolah-olah tidak mematuhi segala perkara yang telah diputuskan oleh Parlimen,satu-satunya institusi yang dipilih oleh rakyat ketika ini dan juga tidak menghormati kehendak rakyat iaitu supaya kerajaan awam diserahkan kepada rakyat, bukannya diperintah oleh tentera.

7. Sebelum daripada itu juga, Ikhwan Muslimin telah mengadakan rundingan dengan beberapa calon Islamik yang lain iaitu Syeikh Hazim Solah Abu Ismail, Abdul Mun’iem Abul Futouh dan Dr.Salim al-Awwa untuk berbincang berkenaan pencalonan Presiden akan tetapi Ikhwan Muslimin melihat bahawa terdapat beberapa perkara yang menyebabkan mereka terpaksa menamakan juga calon daripada mereka dan kesemua calon tersebut kurang menepati kriteria yang dikehendaki oleh mereka untuk membolehkan mereka membuat ketetapan menyokong mana-mana calon tersebut.

8. Terkini, sehari sebelum penamaan calon ditutup, Ikhwan Muslimin dan parti politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) memutuskan mencalonkan Presiden parti itu, Dr.Mohammad Mursi sebagai “calon simpanan” bagi jawatan Presiden jika sebarang kemungkinan berlaku kepada Khairat Shater. Ini kerana Shater sebelum ini berhadapan dengan tuduhan yang direkacipta oleh mahkamah tentera di zaman Mubarak yang disabitkan kesalahan dan dihukum penjara. Beliau baru dibebaskan setelah berlaku Revolusi 25 Januari dan kesnya masih belum selesai dan sedang diusahakan oleh para peguamnya untuk digugurkan. 

9. Walau bagaimanapun, kes beliau itu hanya sebagai tuduhan yang dicipta dan Lajnah Undang-Undang Ikhwan Muslimin dan FJP telah bersepakat kondisi Shater sekarang selamat dan tidak mempunyai apa-apa masalah dari sudut perundangan kerana kesnya sekarang hanya bersifat teknikal untuk digugurkan. 

10. Walau bagaimanapun, Ikhwan dan FJP melihat pihak Majlis Tentera sendiri yang cuba mengotorkan proses Pilihanraya Presiden. Hingga kini, terdapat empat nama mereka yang pro-Mubarak telah disahkan bertanding. Mereka ialah bekas Naib Presiden dan juga Ketua Perisikan di zaman Mubarak, Omar Suleiman, bekas Perdana Menteri Mubarak, Ahmed Syafiq, bekas Ketua Liga Arab ‘Amr Mousa dan Mansour Hasan.

11. Berikut jadual perjalanan Pilihanraya Presiden Mesir 2012 seperti yang diumumkan:

8 April: Pencalonan bagi Presiden Mesir ditutup tepat jam 12 tengah hari

9 April: Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir (JPPM) akan umumkan calon yang diterima borang

10 dan 11 April: Tempoh mengemukakan sebarang bantahan terhadap calon bermula jam 8 pagi hingga 8 malam. JPPM akan mengadakan perbincangan berkaitan bantahan yang dikemukakan.

16 April: JPPM mengumumkan keputusan bagi bantahan2 yang diterima

26 April: JPPM akan mengumumkan calon yg sah bertanding

30 April: Tempoh kempen bermula dan tempohnya hanya 21 hari

11 hingga 17 Mei: 7 hari masa diberikan bagi rakyat Mesir di luar negara mengundi

20 Mei: Tempoh berkempen tamat

23 dan 24 Mei: Rakyat Mesir dalam negara membuang undi

30 Mei: Pusingan ulangan dan tempoh berkempen dibuka semula selama 15 hari

3 hingga 9 Jun: Selama 7 hari lagi rakyat di luar negara membuang undi

15 Jun: Tempoh berkempen tamat pada tepat jam 12 tengah hari

16 dan 17 Jun: Rakyat dalam negara mengundi buat pusingan kedua

18 Jun: Pengiraan undi dijalankan

19 Jun: JPPM membuka sebarang bantahan terhadap proses pilihanraya

21 Jun: Keputusan penuh dijangka diumumkan

30 Jun: Presiden baru mengangkat sumpah jawatan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Baca Seterusnya - Pencalonan Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Sebagai Presiden Mesir

Read more...

Thursday, November 17, 2011

Risalah Muktamar Thalabah



Assalamualaikum wb.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
 اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
وبعد






Dalam sebuah persidangan pelajar Ikhwanul Muslimin yang diadakan pada bulan Muharram 1357H, Imam Hassan al-banna mengatakan.. 

" Dapat aku sampaikan dengan tegas bahawa seorang muslim tidak akan sempurna agamanya kecuali jika dia menjadi politikus, memiliki pandangan yang jauh tentang permasalahan umatnya, memperhatikan urusan-urusan mereka dan bersedia membantu mencari jalan penyelesaiannya. Dapat aku katakan bahawa pembatasan dan meninggalkan terus agama ini adalah sikap yang tidak diakui oleh agama Islam. Maka kepada setiap organisasi Islam agar menjadikan keutamaan programnya dengan memerhatikan urusan politik umat Islam. Kalau tidak maka dia sendiri perlu untuk memahami kembali akan makna Islam.." 

- Risalah Muktamar Thalabah Ikhwanul Muslimin yang dilaksanakan pada bulan Muharram 1357H dari buku Majmu'ah Rasail.

Dipetik dari buku Fiqh Politik Hassan Al-Banna halaman 16

Baca Seterusnya - Risalah Muktamar Thalabah

Read more...

Sunday, November 13, 2011

ZAINAB AL-GHAZALI (Tokoh Gerakan Islam)




Assalamualaikum wb.


إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
 اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
وبعد

Dilahirkan pada 1917, Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.

Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . 

Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.

Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. 

Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:


"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".

Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. 

Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan.



Baca Seterusnya - ZAINAB AL-GHAZALI (Tokoh Gerakan Islam)

Read more...

AL-MAUDUDI (Tokoh Gerakan Islam)




Assalamualaikum wb.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
 اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
وبعد



"Saya lebih rela mengorbankan nyawa saya daripada memohon simpati daripada penzalim. Jika Allah S.W.T. menghendaki perkara ini berlaku, saya menerimanya dengan senang hati. Tetapi jika dia bukan dengan kehendak-Nya, tidak kira apa yang mereka rancangkan, mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepada saya."

Dilahirkan pada 25 September 1903 di Haiderabad, Dakka, India, Maududi disifatkan sebagai gergasi intelek abad 20, wali dan sekali gus simbol kebangkitan Islam zaman ini. Pada usia 65 tahun, tenaga dan kecergasannya seperti orang muda. Risalah keyakinan serta keimanannya bahawa pertolongan Allah pasti datang menyebabkan dia dikasihi oleh umat Islam yang berasa istimewa dan terhormat apabila berkecimpung dalam gerakan yang ditaja, diberi semangat dan dipimpin oleh beliau.

Cemuhlah dia, kalau anda mahu. Campakkan dia ke dalam penjara. Buatkan tali gantung untuknya. Dia tetap menguasai hatinya.

Tiada jalan keluar daripadanya. Anda boleh menyakiti tubuhnya tetapi anda tidak boleh melemahkan hati yang ditakluknya. Dia adalah raja yang tidak dimahkotakan bagi ummah abad ini.Maududi pernah berkata, "Saya berpendapat, sekiranya saya diizinkan Allah S.W.T. untuk mendapatkan satu kawasan seluas sebatu persegi untuk manusia mengabdikan diri kepada Allah semata-mata, pada pandangan saya, sebutir pasir di bumi kecil itu lebih bernilai daripada benua ini."

... negara Islam yang bebas dan merdeka adalah sebahagian daripada keimanan mereka dalam Islam dan ideologinya. 

Dan .... dia dijatuhi hukuman mati kerana menulis makalah "The Qadiani Problem". Setelah hukuman dijatuhi, dia ditawarkan memohon rayuan. Inilah jawapannya:"Saya lebih rela mengorbankan nyawa saya daripada memohon simpati daripada penzalim. Jika Allah S.W.T.. menghendaki perkara ini berlaku, saya menerimanya dengan senang hati. Tetapi jika hal itu bukan dengan kehendak-Nya, tidak kira apa yang mereka rancangkan, mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepada saya." ....Semasa dia sedang menyampaikan ucapan dasarnya, tembakan pistol telah dilepaskan tetapi tidak mengenai dirinya. Ada seorang memintanya berlindung dengan merebahkan diri di lantai. Al-Maududi menjawab: "Jika saya duduk, siapakah yang akan berdiri?"




Baca Seterusnya - AL-MAUDUDI (Tokoh Gerakan Islam)

Read more...

Monday, November 7, 2011

10 Wasiat Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna



Assalamualaikum wb.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
 اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
وبعد








Baca Seterusnya - 10 Wasiat Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna

Read more...

Nasihat Tokoh Gerakan Islam


"...Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH dengan meninggalkan pelbagai keseronokan, kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian..." 


(As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin)
Baca Seterusnya - Nasihat Tokoh Gerakan Islam

Read more...

Friday, November 4, 2011

Syeikh Said Hawa (Tokoh Ulama' Gerakan Islam)


Saya kira tokoh yang bakal saya kongsikan dalam entry kali ini sudah dikenali umum. Tambahan pula, beliau merupakan penulis buku fikrah yang popular, antara penulisan beliau Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan. Buku ini telah saya ikuti kupasan setiap kali Ijtima' Saqafah dan Tarbiyah (ISTAR) di Pokok Sena, Kedah. Maka kali ini, saya ingin kongsi gambar-gambar beliau yang saya kira dikategori "nadir" (jarang-jarang) di temui atau popular. Saya dapat gambar ini dalam web arab (sudah lupa laman web tersebut) . Insyallah akan datang , saya akan kongsikan video ucapan beliau. Insyallah. Doakan.









Baca Seterusnya - Syeikh Said Hawa (Tokoh Ulama' Gerakan Islam)

Read more...

Tuesday, November 1, 2011

Gambar-gambar Pengebumian Dr Fathi Yakan(Tokoh Gerakan Islam)











Sumber:
http://akhisalman.blogspot.com/2009/07/gambar-gambar-pengebumian-dr-fathi.html
Baca Seterusnya - Gambar-gambar Pengebumian Dr Fathi Yakan(Tokoh Gerakan Islam)

Read more...

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP