Showing posts with label Ucapan(NEW). Show all posts
Showing posts with label Ucapan(NEW). Show all posts

Saturday, July 28, 2012

KENYATAAN MURSHID SEMPENA BULAN RAMADAN 1433


KENYATAAN MURSHID SEMPENA BULAN RAMADAN 1433


Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia tahun 1433 Hijrah ini, Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) atau ‘Himpunan Para Ustaz dan Pendakwah’ ingin mengucapkan tahniah kepada semua umat Islam yang diberi anugerah rezeki oleh Allah s.w.t bagi menyambut bulan Ramadan pada tahun ini. 


Dengan itu, kami menyeru seluruh umat Islam agar menyambut bulan Ramadan yang mulia ini dengan kesedaran bahawa ia adalah suatu bulan mujahadah bagi mencapai taqwa melalui latihan kerohanian dan ketahanan terhadap dugaan syahwat yang pelbagai serta peningkatan ilmu terhadap inti Al-Quran serta menambahkan bacaannya.

Allah s.w.t menyebut :


شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان


Ertinya: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai pentunjuk bagi manusia dan bukti keterangan dari petunjuk dan pembeza (di antara yang benar dan salah). (Al-Baqarah: 185)

Sempena bulan Ramadan, bulan tarbiah dan perjuangan ini, kami ingin menegaskan beberapa hal berikut :-

1. Menyeru para ilmuan Islam dan masyarakat awam agar kembali memikirkan dan berusaha memberikan fokus serta penelitian terhadap amalan dan isu-isu yang paling utama di bulan Ramadan seperti :-

a) Meraih Taqwa & Mendapatkan Keampunan:

Hal ini ternyata dengan sangat jelas melalui arahan Allah dan RasulNya. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang seseorang dari mencapai sasaran ini perlu diberikan perhatian yang lebih utama.

b) Bulan Mengingati Fungsi Al-Quran:

Allah menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebatkan.

c) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan yang tiada khilaf padanya:

Sabda-sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.

d) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan yang tiada khilaf padanya:

Sabda-sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.

2. Mengajak seluruh umat Islam agar mempergandakan amalan kebaikan dan ketaatan, menghulurkan bantuan kebendaan dan doa kepada faqir miskin serta semua yang memerlukan sama ada di Malaysia atau di luar negara, khususnya di negara-negara yang sedang bergolak seperti di Syria dan Rohingya, Burma.

Mereka sedang menderita di tangan orang-orang zalim dan pihak pelampau sehingga menghadapi penderitaan dan kesukaran mempertahankan nyawa dan maruah selain penderitaan mendapatkan sesuap makanan, turut terganggu peluang untuk menyempurnakan ibadah di bulan Ramadan ini.

Tidak ketinggalan juga menyeru agar kita mempergandakan doa bagi pembebasan bumi Palestin dan Al-Quds Al-Syarif yang diberkati.

3. Kami juga mengajak semua pemerintah dan ketua di peringkat masing-masing untuk melakukan penelitian terhadap amanah masing-masing dan keadaan semua yang di bawah tanggungjawab mereka, mengenalpasti punca kelemahan dan masalah serta penyelesaian dengan ilmu dan keinsafan.

Justeru, tingkatkanlah amalan syura melalui konsultansi dan perbincangan dengan mereka yang di bawah agar keadilan dapat ditegakkan dan mengembalikan keharmonian.

4. Mendesak dan menyeru pihak berwajib di Malaysia agar menyatakan teguran kepada pihak kerajaan Burma atas kezaliman terhadap masyarakat Muslim di Burma dapat ditamatkan dengan segera. Tindakan seperti ancaman menyekat hubungan diplomasi di antara negara juga wajar dilakukan jika hal tersebut dibiarkan berterusan.

5. Menyeru diri kami sendiri, para ulama, golongan ilmuan agama dan masyarakat awam agar menghormati perbezaaan pandangan dan ijtihad dengan menjauhi perdebatan secara melampau dan cercaan dalam membincangkan hal-hal seperti perkara-perkara yang membatalkan puasa, jumlah rakaat solat terawih dan lain-lain hal yang diperbezakan halnya di kalangan ulama sejak dahulu. Ini adalah kerana dibimbangi, perdebatan dan kekasaran kata-kata mampu mencarikkan tuntutan penjagaan ukhuwwah, lidah, mulut dan mengundang kemarahan di bulan yang mulia ini.

6. Menyeru kepada seluruh masyarakat agar mempertingkatkan kualiti diri di bulan Ramadan dan bukan dijadikan alasan untuk tidak produktif. Ramadan bukan sama sekali suatu bulan yang patut dijadikan alasan penghalang produktiviti kerja. Begitu juga amat perlu menjauhi pembaziran dan pemborosan dalam makanan dan penggunaan masa.

7. Menyeru masyarakat awam mengambil peluang gandaan pahala di bulan ini dengan memperbanyakkan amalan ibadah khusus serta peluang nasihat menasihati dengan cara yang terbaik dan disenangi melalui akhlak mulia. Menjauhi sangkaan buruk dan mendahulukan sangkaan baik terhadap sesama Muslim.

8. Bagi memastikan kita mampu mencapai keampunan Allah dan rahmat apabila tamat Ramadan nanti, kami menyeru diri kami dan semua umat Islam agar menginsafi apa jua hak orang lain yang dirampas, tubuh yang dipukul, harta yang diambil tanpa izin, hutang yang sengaja dilewat dan tidak dibayar, maruah yang dicorek melalui perkataan dan fitnah, sihir yang dikenakan ke atas orang lain serta apa jua kezaliman yang dilakukan agar segera ditamatkan atau dipulang semula harta yang diambil.

9. Kami turut menyeru umat islam agar menjauhi hutang tanpa keperluan di bulan mulia ini semata-mata untuk menunjuk-nunjuk atau bermewah dengan harta yang dipunyai. Membebankan diri dengan hutang tanpa keperluan mendesak boleh membawa kemudaratan di kemudian hari.

Sekian,
Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID)
1 Ramadan 1433 H

Ahli-ahli MURSHID :
1. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Penasihat)
2. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Mohd Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohamed
10. Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin
11. Ustaz Muhammad Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Muhammad Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Mohd Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Dato’ Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisyam Tuan Padang
18. Ustaz Muhd Ramadhan Fitri Elias
19. Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim

20.Xifu Abd Naser Abd Rahman

Baca Seterusnya - KENYATAAN MURSHID SEMPENA BULAN RAMADAN 1433

Read more...

Thursday, November 17, 2011

Risalah Muktamar Thalabah



Assalamualaikum wb.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
 اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
وبعد






Dalam sebuah persidangan pelajar Ikhwanul Muslimin yang diadakan pada bulan Muharram 1357H, Imam Hassan al-banna mengatakan.. 

" Dapat aku sampaikan dengan tegas bahawa seorang muslim tidak akan sempurna agamanya kecuali jika dia menjadi politikus, memiliki pandangan yang jauh tentang permasalahan umatnya, memperhatikan urusan-urusan mereka dan bersedia membantu mencari jalan penyelesaiannya. Dapat aku katakan bahawa pembatasan dan meninggalkan terus agama ini adalah sikap yang tidak diakui oleh agama Islam. Maka kepada setiap organisasi Islam agar menjadikan keutamaan programnya dengan memerhatikan urusan politik umat Islam. Kalau tidak maka dia sendiri perlu untuk memahami kembali akan makna Islam.." 

- Risalah Muktamar Thalabah Ikhwanul Muslimin yang dilaksanakan pada bulan Muharram 1357H dari buku Majmu'ah Rasail.

Dipetik dari buku Fiqh Politik Hassan Al-Banna halaman 16

Baca Seterusnya - Risalah Muktamar Thalabah

Read more...

Sunday, November 13, 2011

Seperti memelihara lembu dalam kondominium


KENYATAAN MEDIA
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
SEPERTI MEMELIHARA LEMBU DALAM KONDOMINIUM
18 Dzu al-Hijjah 1432 / 14 Novemer 2011

Pilihanraya umum ke 13 adalah peluang terbaik rakyat bangkit membuat perubahan secara 
total dengan tidak lagi memberi mandat pemerintahan negara ini kepada UMNO dan BN. Penegasan ini saya kemukakan setelah meneliti Laporan Audit Negara 2010. Ternyata kerajaan UMNO dan BN terlalu banyak mengabaikan amanah yang diberi sehingga memberi kesan negatif kepada pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara.
Laporan Audit Negara 2010 membuktikan wujudnya amalan pembaziran dan boros yang terlalu ketara dalam mengurus perbelanjaan wang negara. Amalan boros dan tidak telus dalam pengurusan  bukan sahaja mengurangkan perbendaharaan negara tetapi turut menyumbang kerugian berskala besar kepada syarikat - syarikat GLC dan tentunya ia menyumbang kepada prestasi ekonomi negara.

Lebih malang, ianya telah berulang kali dan nasihat Audit Negara hanya dipandang sepi oleh pihak kerajaan. Inilah adalah penyelewengan dan pecah amanah yang tidak boleh dibiarkan berterusan. Namun apa lagi pilihan yang ada pada rakyat setelah melihat kerajaan UMNO dan BN seperti berdegil dan angkuh apabila mereka terus mengamalkan tradisi pemborosan dan pengurusan kewangan yang tidak telus.

Pemulihan dan pertumbuhan ekonomi jangan hanya dilihat pada pendapatan yang bakal dijana oleh pelabur atau melalui peningkatan hasil negara semata - mata tetapi juga mestilah melalui satu sistem pengurusan dan kawalan ekonomi yang baik, cekap dan amanah. Tiada ertinya negara memiliki hasil pendapatan yang banyak kemudian dialir keluar dengan boros dan membazir. Negara rugi dan rakyat menderita.

Rakyat mesti bangkit membuat perubahan, sekaligus mendidik UMNO dan BN agar rakyat tidak diperlaku seperti binatang ternakan. Melahirkan negara yang maju dan rakyat yang sejahtera, amanah pentadbiran dan mandat pemerintahan tidak lagi boleh diserahkan kepada UMNO dan BN. Meletakkan UMNO dan BN sebagai pemerintah setelah menyaksikan bagaimana ketidaktelusan mereka mengurus ekonomi, maka tindakan itu samalah seperti bidalan anak - anak muda masakini iaitu seperti "memelihara lembu dalam kondominium" dengan maksud meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dan tidak juga pada kesesuaiannya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


Lampiran :

Contoh pembaziran, ketidaktelusan dan pengabaian amanah.
Sekilas pandang dari Laporan Audit Negara 2010.

a]. RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna.

b]. Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.

Laptop dan pencetak dengan RM 11,845 berbanding pasaran RM 3,428 : 246% lebih mahal.

LCD TV dan DVD Player dengan RM 16,100 berbanding pasaran 2,182: 638% lebih mahal.

Radar X-Band dengan RM 47,725 berbanding pasaran RM 8,255 : 478% lebih mahal

Bushnell Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 2,827 : 1893% lebih mahal

Marine Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 1,940 : 2 805 % lebih mahal

Walkie-Talkie dengan RM 4,324 berbanding pasaran RM 1,561 : 177% lebih mahal

c]. Peralatan yang tidak mengikuti  spesifikasi kontrak :

Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396

Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670

Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855

LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100, beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905

GPS : Kontrak jenama SAMYUNG, RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025

CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110

Laptop dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808


d]. Majlis Sukan Negara telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.


e]. Sebanyak RM 110.67 juta insentif tidak berbayar kepada 73 291 orang petani. Ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus lagi tidak efektif di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

f]. Akibat pengurusan yang kurang efektif, peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peralatan tersebut.

SYARIKAT GLC

1. Bayaran Dividen Kepada Kerajaan

Lebih 50% dari syarikat GLC yang tersenarai tidak membayar dividen seperti yang dijadulkan. Daripada 21 syarikat GLC yang mendapat keuntungan RM 264.94 billion sebelum cukai, hanya 10 syarikat sahaja yang membayar dividen setiap tahun kepada kerajaan. Baki 11 lagi hanya membayar pada tahun tertentu sahaja.

2. Nisbah Hutang Ke Atas Ekuiti Negatif

Terdapat syarikat yang mempunyai nisbah hutang ke atas ekuiti negatif selama tiga tahun berturut-turut berpunca dari kebergantungan mereka yang sangat tinggi terhadap hutang. Syarikat tersebut seperti Keda Aquaculture sdn bhd, Kumpulan Modal Perdana, Sepang Internation Circuit, Indah Water Konsortium, Syarikat Perumahan Negara, Perwaja Terengganu, Composites Technology Research Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan Assets Global Network.

3. Penurunan Pendapatan

Yang tersenarai, lapan Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah penurunan terakhir 2009 ialah RM 26.3 billion.

4. Kerugian

Mendahului senarai Syarikat GLC yang mengalami kerugian ialah, Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian ialah RM 630.45 Juta.

Baca Seterusnya - Seperti memelihara lembu dalam kondominium

Read more...

Apa Kaitan pindaan AUKU dengan perpecahan orang melayu?


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
APA KAITAN PINDAAN AUKU DENGAN PERPECAHAN ORANG MELAYU?
18 Dzu al-Hijjah 1432 / 14 November 2011
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kenyataan Naib Canselor Universioti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar bahawa pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 akan membawa kepada perpecahan orang Melayu sebagai tidak berasas serta tidak rasional sama sekali.
DPPM merasa pelik dengan kenyataan Prof Dr Sahol yang mengaitkan Pindaan AUKU dengan perpecahan orang Melayu. Ingin DPPM jelaskan, meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak menyebabkan orang Melayu berpecah. Bahkan AUKU yang menyebabkan mentaliti mahasiswa terkongkong, tidak matang, serta tidak bebas dalam berfikir. Selama bertahun-tahun mahasiswa didoktrinkan untuk tidak berfikir secara rasional terhadap sesuatu perkara. Jika ada kelompok yang berfikir secara luar biasa dengan mengkritik sesuatu dasar, itu dianggap sebagai pengkhianat dan pelbagai tindakan akan dikenakan. Sedangkan sepatutnya, kepelbagaian dan  kebebasan dalam ruang lingkup perlembagaan negara perlu diraikan. Oleh kerana itu, pindaan AUKU perlu dibuat bagi memastikan mahasiswa tidak lagi terbelenggu oleh pemikiran konservatif. DPPM hairan bagaimana mentaliti begini boleh ada pada seorang Naib Cancelor.
Tambahan lagi, Orang Melayu berpecah kerana adanya kekangan serta kongkongan terhadap pemikiran rakyat. Mentaliti menganggap hanya UMNO sahaja parti yang wajib dipilih rakyat, dengan menganggap parti pembangkang seperti PAS tiada hak dalam ruang demokrasi yang sempit di Malaysia. Atau menganggap hanya UMNO parti sah, manakala selain Barisan Nasional; adalah parti yang tidak sah dan salah bagi rakyat menyertainya. Inilah punca perpecahan orang Melayu.
Dalam hal ini, DPPM mempersoalkan, jika Pertandingan Pidato Politik anjuran Pemuda Barisan Nasional  yang diadakan di Dewan Seminar HEA, Menara UiTM boleh diadakan dengan restu pihak UiTM, adakah Dewan Pemuda PAS Malaysia juga boleh mengadakan program rasmi di UiTM dengan restu Naib Canselor. Jika dibenarkan inilah kebebasan yang diperlukan agar mahasiswa mempunyai rasional untuk memilih parti kesukaan mereka. Jika tidak dibenarkan, mentaliti beginilah punca perpecahan kerana pentadbiran UiTM bersikap satu pihak semata-mata dengan menafikan pihak yang lain.
DPPM meminta Prof Sahol belajar dari negara-negara lain yang mengamalkan demokrasi sebenar. Mahasiswa dan rakyat diberikan kebebasan untuk berhimpun, berpersatuan, berpolitik, dan bersuara dalam sesuatu dasar negara. Tidak berlaku isu perpecahan dalam bangsa mereka akibat kebebasan yang dimiliki oleh rakyat. Sebaliknya, kebebasan itulah yang menaikkan mentaliti dan corak berfikir rakyat di negara maju jauh ke depan meninggalkan rakyat negara kita.
Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Baca Seterusnya - Apa Kaitan pindaan AUKU dengan perpecahan orang melayu?

Read more...

Thursday, June 2, 2011

Perjuangan PAS Adalah Thabit – Ustaz Nik Zawawi

GOMBAK, 2 Jun - Penjelasan kesyumulan Islam perlu dijelaskan kepada masyarakat non-Muslim dengan tegas dan thabit.



Ketua Penerangan DUPP, Ustaz Nik Mohd Zawawi dalam sesi penggulungan perbahasan tadi menekankan perhatian kepada non-Muslim bahawa perjuangan kita adalah thabit dan tetap tidak akan berubah.



“Kita tidak boleh kabur dengan hala tuju perjuangan parti Islam ini. Negara dan perjuangan Islam adalah wadah utama yang mampu merungkai permasalahan yang ada dalam seluruh masyarakat hari ini,



“Perkara ini perlu difahami dalam menyampaikan penjelasan kepada non-Muslim supaya salah faham ini tidak terus membawa kepincangan dalam PAS dalam menjelaskan berkaitan Parti kapada non-muslim.



Tambahnya, PAS berjaya mempamerkan Islam kepada masyarakat non-MUslim,ada di antara non-Muslim yang begitu terpengaruh dengan Islam hasil dari akhlak yang dipamerkan oleh PAS.



Mengakhiri ucapan pergulungan Dewan Ulama di Dewan Fadhil Noor Kolej Universiti Zulkifli Mohamad beliau merakakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh uluma yang berkecimpung dalam medan dakwah dalam memberikan penjelasan di samping menggunakan pendekatan fiqh al-waqi' dalam menjelaskan pelbagai isu yang berbangkit ketika menyampaikan ceramah dan majlis ilmu.



Beliau turut mengingatkan kepada seluruh ahli dewan itu agar tidak tertipu dengan isu yang dimainkan dalam media massa,"Ulama dan PAS perlu waspada semua isu UMNO dan BN, kerana mereka cuba menjerat PAS, ada isu kita boleh serang dan jelaskan, ada isu kita perlu diam, kerana mereka lemas dengan isu yang disebut dan diserang oleh kita lalu mewujudkan isu baru bagi menipulasi pemikiran rakyat.”



http://muktamar57.pas.org.my



sumber


Baca Seterusnya - Perjuangan PAS Adalah Thabit – Ustaz Nik Zawawi

Read more...

Sediakan mekanisme bimbing kebangkitan anak muda - Khairee Jamaludin

SHAH ALAM : DPPP digesa agar menyediakan mekanisme khusus untuk membimbing kebangkitan anak-anak muda di semua peringkat termasuklah di kawasan.

Perkara tersebut dinyatakan Ketua Pemuda Perak, Ustaz Khairee Jamaluddin ketika membahaskan Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS pada Muktamar Tahunan DPPP kali ke-52 di Dewan MBSA dekat sini hari ini.

"Saya mencadangkan agar dibina Pusat komuniti belia atau badan-badan bukan kerajaan atau kelab-kelab sebagai cara untuk menarik anak muda dan remaja kerana ia umpama menanam benih yang akan hidup pada masa akan datang," katanya kepada sidang muktamar.

Pada sesi yang sama, beliau turut menyentuh isu mahasiswa yang tidak dimanafaatkan kelebihan mereka.

"Mahasiswa merupakan asas kekuatan dan sumber tenaga yang sangat berguna, tetapi kita kekurangan pendekatan terhadap mereka sehingga menyebabkan mereka lari daripada perjuangan," ujarnya.

Ucapan beliau yang diselangi lawak jenaka turut menyentuh mengenai kebajikan anggota Unit Amal agar dipelihara dan mendapat perhatian.

"Saya mencadangkan agar diwujudkan tabung kebajikan di peringkat negeri sebagai cara untuk membantu mereka," katanya.

Selain itu, beliau juga menekankan tentang dakwah tidak formal yang dicadangkan agar dikembalikan semula.

"Kita lihat contoh dalam parti kita apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz tetap membacakan ayat al-Quran walaupun berdepan dengan golongan bukan Islam, ini satu bentuk dakwah tidak formal yang perlu diikuti oleh anak muda," ujarnya lagi.

Khairee juga meminta Ketua DPPP menyentuh mengenai isu luar negara yang berkait dengan pemuda.

"Kita juga mahu agar sekolah-sekolah agama rakyat diperkasakan kemudahan dan prasarananya," katanya lagi.


Baca Seterusnya - Sediakan mekanisme bimbing kebangkitan anak muda - Khairee Jamaludin

Read more...

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Salam Intifadhah & salam ceria



"Kepada semua guru,bekas guru dan bakal guru...Tanggal 16 Mei 2011(Isnin),saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru...jalankanlah tugas dgn penuh dedikasi,rasa bertanggungjawab yg tinggi serta keinsafan dan keikhlasan...mudah2han didikan yang disertai dengan suluhan keimanan & ketaqwaan akan melahirkan anak-anak muda penuh berakhlak,beriman,bertaqwa & berilmu yg menjadi manusia yg soleh/solehah dunia akhirat...disamping akan menerajui kepimpinan Negara satu hari nanti..."

Terima Kasih Cikgu...heee~~~^,^

Asyraf Al-Fandani
Baca Seterusnya - Selamat Hari Guru

Read more...

Monday, May 17, 2010

Pengumuman!!!

Salam wbt.Pengumuman Program
Jom!!!Apa tunggu lagi???Call Nik Sekarang utk Pendaftaran.Rugi xpergi tu!!!
Rm 30 je...


Haa!!!Ada lagi satu program nih...bacalah sendiri.Klik lah kat gambar tuh utk besarkan.

Haa...macam mn???Berminat???Bawaklah satu Kampung turun pergi dengar...kat pandan indah je,bukan jauh mana pun...huhu

~Asyraf Al-Fandani~



Baca Seterusnya - Pengumuman!!!

Read more...

Wednesday, April 28, 2010

~PERINGATAN!!!Jangan LUPA!!!~


Baca Seterusnya - ~PERINGATAN!!!Jangan LUPA!!!~

Read more...

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP