Showing posts with label FIQH AS-SIASAH AS-SYAR'IYYAH. Show all posts
Showing posts with label FIQH AS-SIASAH AS-SYAR'IYYAH. Show all posts

Monday, October 3, 2011

FIQH AS-SIASAH AS-SYAR'IYYAH SATU PENGENALAN


  FIQH AS-SIASAH AS-SYAR'IYYAH
SATU PENGENALAN

Muqaddimah
Perkara siasah syar'iyyah yang berbangkit daripada kewajipan khalifah yang telah ditetapkan oleh Allah Taala kepada manusia di atas muka bumi. Ia merupakan bidang yang sangat penting dan dilupakan oleh orang Islam di zaman mutakhir ini akibat malapetaka pemikiran serangan musuh-musuh Islam ke atas umat Islam.

Catatan ini saya bangkitkan sebagai memperkenalkan fiqh As-siasah As-syar'iyyah secara ringkas kerana الحكم على الشىء فرع عن تصوره

Pengertian Fiqh As-Siasah As-Syar'iyyah
Fiqh bermakna الفهم ( memahami ) dan العلم ( mengetahui ) .

Firman Allah Taala :
"لا يكادون يفقهون حديثا  - اى لا يفقهون"
Manakala السياسه  berasal dari perkataan: ساس يسوس  سياسة bermaksud mentadbir sesuatu urusan dengan perkara yang memberi maslahah.

Di dalam hadis : "كان بنى اسرائيل تسوسهم ابنائهم"

Perkataan siasah menurut pandangan ulama' silam, merujuk kepada dua makna, umum dan khusus.
Maknanya yang umum adalah mentadbir urusan manusia berhubung hal keduniaan mereka dengan syariat agama. Justeru mereka menakrifkan khilafah :

نيابه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى حراسة الدين وسياسة الدنيا به
Maksudnya: menggalang ganti dari Rasulullah dalam menegakkan agama dan mentadbirkan dunia dengannya (agama).
Adapun makna-makna yang khusus adalah pandangan-pandangan imam atau hukum-hukum dan peraturan yang dikeluarkan oleh imam sebagai mencegah dari berlakunya kerosakkan atau untuk menghindari dari wujudnya suasana yang rosak.
Mafhum siasah syar'iyyah yang dikehendaki adalah siasah yang ditegakkan di atas dasar syarak.
Berkata ulama' Syafie: لا سياسة الا ما وقف الشرع

As-siasah As-syar'iyyah : antara usul dan furu'
Sebahagian dari hukum siasah syar'iyyah berpindah daripada kitab-kitab furu' ke kitab- kitab usul iaitu Usuluddin. Kitab-kitab aqidah atau tauhid membahaskan maudu' imamah atau khalifah. Syiah Imamiah menganggap permasalahan imamah adalah daripada usuluddin dan sebahagian dari aqidah di sisi mereka sehingga menyebabkan ulama' Ahli Sunnah membincangkanya dalam kitab-kitab aqidah mereka walaupun ianya di sisi Ahli Sunnah termasuk dalam perkara furu' kerana ia bersangkut dengan amal perbuatan bukannya dengan aqidah.

Namun ianya tidak boleh dijadikan hujah untuk mempermudahkan dalam perkara ini kerana Islam bukan terdiri daripada aqidah semata-mata tetapi juga melibatkan amal. Solat dan zakat umpamanya perkara furu' bukan usul tetapi sesiapa yang mengingkari kewajipannya atau mempermudahkannya boleh menjadikan ia kafir. Begitu juga dengan imamah atau berhukum dengan hukum Allah daripada perkara furu' tetapi iktiqad wajib mengimaminya adalah perkara usul dan termasuk dalam soal keimanan.

Manhaj Fiqh As-siasi Semasa
Manhaj itu perlu diasakan kepada dua perkara :

  1. Kembali kepada usul dan mengambil hukum-hukum dari sumbernya yang sebenar dengan mengambil faedah daripada turath fiqhul Islami.
  2. Selari dan tidak terpisah dari tuntutan semasa, berusaha unuk mengubati masalah dari sudut pandangan syara' kerana syara' tidak pernah mengabaikan waqi'.

Faqih yang sebenarnya menurut Ibnu Qayyim adalah orang yang menggabungkan antara kewajipan dan waqi'.

Sunnah Nabawi Dan Petunjuk Khilafah Ar-Rasyidin
Di antara Sunnah Rasulullah saw dalam siasah syari'yyah adalah :

  1. Baginda berazam untuk membakar sesiapa yang meninggalkan solat jemaah dan Jumaat
  2. Memecahkan bekas yang digunakan untuk memasak daging haram.
  3. Memerintahkan perempuan yang melaknat untanya supaya melepaskannya.
  4. Memerintahkan supaya dibunuh peminum arak setelah tiga atau empat kali dihukum

Di antara petunjuk khalifah Ar-Rasyidin :

  1. Saidina Abu Bakar membakar golongan yang melakukan perbuatan liwat.
  2. Abdullah Az-Zubair juga membakar golongan tersebut.
  3. Sabigh bin Asal memukul kepalanya kerana menyoal sesuatu perkara yang tidak ada kaitan dengannya.
  4. Menyuruh ummat Islam supaya melakukan haji ifrad.

Asas Siasah Syari'yyah
Siasah syari'yyah yang kita perkatakan bukanlah percakapan semata-mata bahkan ia adalah gabungan dari mafhum-mafhum syariat dalam mentadbir urusan ummat dalam lingkunagn syariat Islam. Di antaranya adalah apa yag disebut الثوابت iaitu yang tidak berubah dengan perubahan masa dan tempat. Di antaranya juga ialah المتغيرات, iaitu sesuatu yang menerima perubahan.

Fiqh As-siasah As-syari'yyah mempunyai asas atau unsur yang membentuknya, di antaranya ialah:

  1. Asas pertama : فقه النصوص
  2. Asas kedua    : فقه الواقع
  3. Asas ketiga    : فقه الموازنات
  4. Asas keempat : فقه الاولويات
  5. Asas kelima  :  فقه التغيير

Penutup
Demikianlah yang dapat saya kemukakan sebagai bahan perbincangan untuk warasatul anbiya' dalam waktu yang cukup terbatas. Ia merupakan ringkasan daripada kitab As-Siasah As-Syari'yyah oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Saya mengharapkan teguran daripada ulama' sekalian sekiranya di sana terdapat kesalahan dan kesilapan. Wallahua'lam bissawab.


Disediakan oleh,

IBNU ABD. RAHMAN
Syawwal 1419.


Rujukan
  1. لسان العرب لابن المنظور  ج 6 ص 429
  2. Riwayat Bkhari , Bab Al-Anbiya' dan Muslim bab al-imarah
  3. السياسة الشرعية فى ضوء تصوم الشريعة ومقاصدها للقرضاوى  ص 32
  4. Lihat السياسة الشرعية لابن تيمية , احكام سلطانية لابن يعلى, احكام سلطانية للمارودى,
  5. الطرق الحكمية لابن القيم
  6. السياسة الشرعية فى ضوء نصوص الشرعية ومقاصدها للقرضاوى  ص 18 و ص 19
  7. Al-Qaradhawi . op.cit m/s 25-26
  8. Ibnu Qayyim op.cit m/s 13-19
  9. Al-Qaradhawi . op.cit m/s 225-227
  10. Di sini hanya disebut lima jenis fiqh sahaja. Dalam kitab al-Qaradhawi yang lain, Dikemukakan juga فقه السنن و فقه الاختلاف
Baca Seterusnya - FIQH AS-SIASAH AS-SYAR'IYYAH SATU PENGENALAN

Read more...

Siasah Syar’iyyah Dan Perlaksanaannya Pada Masa Kini


siasah_islamiahSiasah Syar’iyyah atau Sains Politik Islam merupakan suatu peruntukan khas anugerah Allah swt kepada pimpinan negara/negeri Islam yang menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah al Nabawiyah sebagai perlembagaannya. Ianya muncul bersama kelahiran Kerajaan Islam yang pertama di Madinah al-Munawwarah yang dipimpin sendiri oleh baginda s.a.w. Kemudian diikuti pula di zaman pemerintahan para khalifah al-Rasyidin r.a. ajma’in dan di zaman selepasnya. Fungsi dan tugasnya amat penting dalam menangani dan menyelesaikan masalah-masalah semasa yang sentiasa membaru yang memerlukan kepada jawapan yang tepat dan bijaksana dengan mengambil kira kesesuaian dan ketepatannya dengan kehendak Syariah Islam yang mulia. Maka sudah tentu pihak yang berautoriti dalam menentukan hukum-hukum menerusi Al-siyasah al-Syar’iyyah ialah pimpinan kerajaan Islam yang memiliki keupayaan berijtihad secara jama’ie hasil gabungan antara para ulamak dan kumpulan profesional seperti yang pernah dilakukan di zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid ketika baginda meminta Al-Qadhi Abu Yusuf menyediakan rangka cadangan kutipan hasil-hasil pertanian termasuklah menyediakan infrastruktur ke arah menjayakan projek tersebut begitu juga mengenai sistem pengairan yang baik dan teratur. Maka dengan kerjasama Osman bin Hunaif, seorang juruukur yang terkenal pada masa itu, maka petua Al-Qadhi Abu Yusuf telah berjaya dihasilkan dan dikenali dengan nama al-Kharaj. Melihat kepada kedudukan kita sebagai sebuah jama’ah Islamiyah yang dilihat sebagai sebuah jamaah yang memiliki keupayaan memanfaatkan kesemua tenaga para ulamak dan professional kita dalam membina keutuhan hukum, undang-undang, peraturan-peraturan yang sebahagiannya terpaksa mengambil kira kesesuaian masa dan tempat berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syarak yang konkrit.

PEMBAHAGIAN HUKUM SYARAK

Sepanjang kajian kita dalam bidang syariah, kita mendapati bahawa hukum-hukumnya terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama: Dikenali sebagai hukum-hukum syarak yang ‘kulliyah’

Iaitu hukum-hukum syarak yang tetap dari segi prinsip dan pelaksanaannya dan tidak tunduk kepada sebarang perubahan masa dan tempat sehinggalah ke Hari Kiamat.

Sebagai contoh, hukum-hukum mengenai urusan aqidah, akhlak, ibadah, undang-undang keluarga (pusaka), hudud dan qisas.

Kedua : Dikenali sebagai hukum-hukum syarak yang ‘juz’iyah’.

Hukum-hukum ini agak berbeza dengan hukum-hukum syarak yang pertama kerana perlaksanaan hukum-hukum ini boleh berubah berdasarkan kepada perubahan masa dan tempat walaupun prinsip-prinsipnya masih kekal dan tidak berubah.

Sebagai contoh, pelaksanaan konsep Al-Syura boleh menerima perubahan daripada semasa ke semasa sedangkan prinsip atau konsepnya kekal dan tidak berubah sepertimana yang berlaku selepas kewafatan baginda saw khususnya di zaman khulafa’ al-Rasyidin r.a. Hukum-hukum syarak di bahagian inilah yang pernah diungkapkan oleh para ulamak dengan kata mereka: “Di sana terdapat beberapa hukum syarak yang berkait rapat dengan ‘illah (sebab), dengan kata lain adanya ‘illah ada hukumnya dan tiada ‘illah maka tiada hukumnya”. Sebagai contoh, sepertimana tindakan Saidina Umar al-Khattab r.a. memberhentikan pemberian zakat kepada ketua-ketua Quraisy yang masih kafir yang sebelum ini pernah mendapatnya di zaman baginda Rasulullah saw, di zaman Saidina Abu Bakar r.a. dan di awal zaman pemerintahan baginda sendiri (sebelum pembukaan Rom dan Parsi).

Hukum-hukum syarak bahagian kedua inilah yang dikenali dengan Al-Hukum al-Siasah al-Syar’iyyah.

PENGERTIAN SIASAH SYAR’IYYAH

Para ulamak mengemukakan dua takrif siasah syar’iyyah:

1. Takrif ‘Am

Siasah Syar’iyyah mengikut takrif ‘am diertikan sebagai peraturan-peraturan dan undang-undang yang digubal untuk mengurus dan mentadbir negara di mana ianya sejajar dengan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syarak walaupun tidak terdapat dalil-dalil yang tafsiliy. Takrif ini merangkumi semua aspek peraturan dan undang-undang samada yang berkaitan dengan lembaga penggubal, pelaksana dan kehakiman termasuklah juga urusan-urusan perlembagaan, soal dalam dan luar negara. Di antara buku-buku yang ditulis berkaitan dengan siasah syar’iyyah seperti Al-Hukum al-Sultaniyah karangan Al-Imam al-Mawardi Al-Syafi’e dan Qadhi Abu Ya’ia Al-Hanbali, kitab Al-Siasah al-syar’iyyah fi Islah al-Ra’i wa Ra’iyyah karangan Al-Imam Ibn Taimiyah dan kitab Tafsir al-Hukum oleh Ibn Firhaun.

Kitab-kitab yang serupa ini menyebutkan perkara-perkara yang menjadi kewajipan ke atas pemerintahan perkara-perkara yang menjadi kewajipan ke atas pemerintahan kerajaan Islam terhadap rakyat jelata dalam semua aspek kehidupan.



2. Takrif Khas

Ia diertikan sebagai suatu hukum yang agak keras yang dipetik daripada dalil-dalil yang ijmaliyah sekiranya hukum fiqh biasa tidak dapat mencapai matlamat di mana hukum serupa itu disyariatkan.

Ianya seolah-olah menyerupai undang-undang khas yang digubal apabila negara berada di dalam keadaan darurat.

Ibn Nujaim al-Hanafi menjelaskan tentang hukuman zina menyatakan bahawa siasah syar’iyyah bermaksud suatu tindakan yang dilakukan oleh pemerintahan demi untuk suatu maslahah walaupun tindakan tersebut tidak disokong oleh dalil yang juz’ie, seperti mengenakan hukuman buang daerah kepada penzina yang belum muhsan selain disebat sebanyak seratus kali. Untuk menjelaskan lagi kedudukan siasah syariyyah, para ulamak memberikan beberapa contoh antaranya seperti berikut:

1.Boleh dikenakan hukuman bunuh ke atas pencuri yang berulang kali melakukan jenayah tersebut.

2.Seseorang yang dituduh mencuri yang enggan mengaku bersalah, pihak berkuasa boleh mengenakan hukuman ta’zir seperti mengurungnya atau menyebatnya dengan syarat pada hemat pihak berkuasa bahawa besar kemungkinan tertuduh sememangnya terbabit dalam kes kecurian tersebut dan barang yang dicuri masih berada di tangannya. Sedangkan jika menurut hukum fiqh biasa, kes seperti di atas pihak pendakwa akan mengemukakan keterangan dan bukti-bukti yang mensabitkan pertuduhan ataupun pihak tertuduh bersumpah menafikan tuduhan tersebut

3.Rasulullah saw pernah disoal mengenai unta dan kambing yang hilang di padang pasir. Baginda menyuruh agar sekiranya kambing-kambing itu dijumpai hendaklah mereka mengurungnya sehingga didapati tuannya dan diserahkan kepadanya semula. Adapun mengenai unta-unta yang hilang, baginda mengarahkan agar binatang tersebut dibiarkan begitu sahaja sehinggalah tuannya menjumpainya. Hukum ini berkuatkuasa sehinggalah zaman Saidina Othman bin Affan r.a. Di zaman baginda keadaan dan suasana agak berbeza dengan keadaan sebelumnya di mana perompak dan penyamun bermaharajalela hatta di padang pasir. Kerana itu, baginda memerintahkan agar unta dan kambing yang hilang ditangkap dan dikurung sementara menunggu kehadiran tuan empunya, sedangkan sebelum itu apa yang dibimbangkan hanyalah binatang-binatang buas seperti singa dan harimau. Kambing sebagai binatang yang kecil dan lemah tentunya tidak mampu melawan binatang buas tersebut sepertimana unta.

Di zaman Saidina Ali r.a. pula, segala –perbelanjaan untuk menjaga binatang tersebut diambil daripada Baitul Mal.

4.Saidina Umar r.a. menjatuhkan talak tiga ke atas lelaki yang menceraikan isterinya (talak tiga) dengan satu lafaz.

5.Penulisan mushaf di zaman Saidina Abu Bakar r.a.

6.Mengadakan jabatan-jabatan di zaman Saidina Umar r.a.

7.Dasar Saidina Umar r.a. mengekalkan tanah-tanah yang dibuka di Iraq kepada tuan-tuan empunya disamping mengenakan cukai (al-kharaj) ke atas tanah tersebut sekiranya mereka masih menganut agama asal mereka

8.Keputusan Saidina Umar r.a. membuang daerah seorang pemuda di Madinah yang bernama Nasr bin Haliaj. Pemuda ini memiliki rupa paras yang amat kacak sehingga mempesonakan seorang gadis di kota suci itu. Mulanya Umar r.a mengarahkan pemuda itu dicukur. Namun, rupa parasnya masih lagi cantik. Akhirnya dia dibuang daerah ke Basrah, Iraq. Pada hemat Saidina Umar r.a., jika pemuda tersebut masih dibiarkan berada di Madinah, kemungkinan besar gadis-gadis lain turut terpesona dengan kekacakannya.

Ini suatu fitnah yang besar terutama di kota suci Madinah. Berlainan sekiranya kalau pemuda itu di Basrah sebab beliau dikira terasing di tempat orang. Lagipun, mungkin dia akan bersikap lebih waspada terhadap dirinya.

HUKUM-HUKUM YANG DIPUTUSKAN MENERUSI SIASAH SYARIYYAH

Perlu ditegaskan bahawa semua hukum yang diputuskan menerusi Al-Siasah al-Syar’iyyah ianya juga digolongkan sebagai hukum-hukum syariah. Ini kerana ianya ditentukan menerusi dalil-dalil syariah yang umum sepertimana ia diputuskan melalui al-Maslahah al-Mursalah yang diguna pakai sebagai salah satu sumber hukum. Oleh itu, penggunaan istilah al-Hukum al-Siasah al-Syar’iyyah yang terdapat di dalam kitab-kitab berkenaan adalah penggunaaan istilah biasa dan tidak berubah kandungan dan struktur hukum-hukum tersebut.

Hukum-hukum tersebut memberi keluasan dan kelonggaran kepada pemerintah kerajaan Islam dalam melaksanakan keadilan dan memastikan kemanan tumbuh subur di dalam kehidupan masyarakat dengan syarat ianya bebas daripada sikap keterlaluan dan kecuaian dan berish daripada sebarang kepentingan diri.

Hukum-hukum yang diputuskan melalui siasah syar’iyyah lebih bersifat fleksibel. Walaubagaimanapun, para ulamak meleraikan syarat-syarat berikut:

1.Ianya diputuskan oleh pemerintah negara dan kerajaan Islam yang menjadikan Al-Qur’an dan Al-Sunnah sebagai perlembagaannya. Kerajaan yang tidak Islam atau orang perseorangan tidak berhak menjadikan siasah syar’iyyah sebagai saluran untuk mengeluarkan hukum-hukum tersebut.

Maka dalam konteks kita sebagai sebuah Jama’ah Islamiyah yang setakat ini diamanahkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dua buah negeri Kelantan dan Terengganu, di samping DUN-DUN dan Parlimen yang kita kuasai, maka pada hemat penulis, kita sudah berupaya insya-Allah untuk mengeluarkan hukum-hukum dan peraturan-peraturan menerusi al-Siasah al-Syar’iyyah lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan urusan dalam jama’ah, begitu juga urusan luar yang masih berada di dalam bidang kuasa kita.

2.Hukum-hukum tersebut hendaklah bertepatan dengan semangat perundangan Islam serta berpandukan kepada kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip am dalam Islam seperti kaedah Sadd al-Zara’ie dan Raf’a al-Harj sepertimana ia juga bersesuaian denga prinsip Al-syura, Tahqid al-Adalah dan prinsip Al-Ruju’ bimu’ dhakit al-umuri ila ahl al-zikri wa al-Ra’yi (merujuk semua urusan yang rumit kepada kumpulan cerdik pandai).

3.Tiada sebarang percanggahan yang hakiki dengan mana-mana dalil tafsiliy yang telah menjadi sebagai syariat’ am di setiap masa dan tempat, ataupun sememangnya ada dailil tersebut tetapi hanyalah sebagai syariat/peraturan sementara spertimana masalah penetapan harga barangataupun sedari asal tiada sebarang dalil tafsiliy berhubung dengan perkara berkaitan Ibn Qayyim r.a. dalam kitabnya Al-Turuq al-Hukmiyah Fi Siasah al-syar’iyyah menukilkan kata-kata Ibn ‘Uqail r.a. yang bermaksud:Sudah menjadi kebiasaan betapa dibolehkan beramalan dengan siasah syar’iyyah dalam negara malah itu merupakan suatu tekad bahkan setiap tokoh ulamak (imam) telah bersikap demikian. Imam Al-Syafi’e r.a. menegaskan katanya…”Tiada siasah dikira sah melainkan ianya hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak. ‘Ibn ‘Uqail r.a. pula menyatakan: “Siasah ialah suatu tindakan yang boleh membawa manusia lebih hampir kepada kebaikan dan terhindar jauh daripada kebinasaan walaupun itu tidak pernah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dan tidak pernah diturunkan melalui wahyu”.

Inilah siasah yang dikatakan siasah syar’iyyah yang adil dan saksama.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa saluran al-Siasah al Syar’iyyah sepatutnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh PAS sebagai organisasi Islam yang bersifat haraki yang mengambil tempat sebuah kerajaan Islam di rantau ini.

Kita sesungguhnya memiliki tiga fakta utama dalam memenuhi keperluan siasah syar’iyyah iaitu:

1.Timbulnya isu-isu dan masalah-masalah baru yang memerlukan jawapan yang tepat.

2.Wujudnya kumpulan ilmuan yang terdiri daripada ulamak dan professional yang pada penulis dapat di manfaatkan dalam melengkapkan lagi organisasi pengurusan dan pentadbiran jama’ah.

3.PAS bukan lagi sebagai sebuah badan dakwah, malah dengan izin Allah SWT telah mengorak selangkah ke hadapan sebagai sebuah kerajaan walaupun di peringkat negeri Sama-sama kita berdoa semoga Allah swt sentiasa menganugerahkan taufik dan hidayahNya serta mengekalkan kerajaan PAS yang sedia ada dalam usahanya untuk meluaskan sempadan pemerintahannya dan meyakinkan kepada masyarakat umum betapa Islam sebagai pilihan utama mereka di masa dahulu, sekarang dan untuk selama-lamanya, Amin.
Oleh : Dr Abdul Aziz Hanafi
Baca Seterusnya - Siasah Syar’iyyah Dan Perlaksanaannya Pada Masa Kini

Read more...

Saturday, October 1, 2011

KONSEP KEADILAN DALAM ISLAM


ISLAM mewajibkan sikap adil dalam keluarga. Ketua keluarga yang disebut suami wajib berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap mekanisme berkeluarga, memberi nafkah kepada anak isteri dan mendidik mereka supaya menjadi orang yang baik. Maksudnya, manusia bukan sahaja wajib menunaikan keperluan asas, dalam masa yang sama wajib menunaikan keperluan rohani yang menjadi ciri hidup bagi seseorang manusia. Waris lelaki yang terdekat wajib mengambil alih menunaikan kewajipan apabila wanita tiada suami dengan sebab kematian, perceraian dan sebagainya. Di sinilah hikmahnya golongan lelaki mendapat bahagian sekali ganda daripada bahagian perempuan dalam pembahagian harta pusaka.

Islam mengizinkan poligami kerana menangani masalah masyarakat, dengan syarat wajib berlaku adil terhadap keluarga dalam semua urusan secara menyeluruh, meliputi isteri dan anak-anak. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berlaku adil atau zalim maka haram baginya berpoligami.

Allah menegaskan menerusi ayat 3 surah An Nisa' yang bermaksud, "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja".

Isu poligami menjadi sasaran musuh Islam dan mereka yang jahil dan sombong di kalangan umat Islam. Mereka sebenarnya mempertikaikan hukum Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Adil. Poligami adalah penyelesaian daripada Allah bagi menghadapi masalah masyarakat, jangan anggap ia semata-mata untuk memuaskan nafsu.

Peningkatan jumlah wanita daripada lelaki dengan kelahiran, bencana alam atau peperangan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Itulah penyelesaian daripada Allah dengan alasan wajib yang menjamin keadilan keluarga. Sesiapa yang melanggarnya, terimalah balasannya di dunia dan di akhirat. Pihak kerajaan juga wajib memantau masalah keluarga agar berlaku adil kerana keluarga adalah komponen masyarakat yang wajib keluarga dipelihara dengan baik dan saksama.

Hubungan kejiranan ditegaskan dengan kewajipan yang besar, sehingga kewajipan terhadap jiran digabungkan bersama beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya, sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya, dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata-kata yang baik atau diam".

Jiran perlu dimuliakan tanpa mengira agama yang dianut kerana Nabi Muhammad S.A.W sendiri memberi hak kejiranan kepada yang bukan Islam. Baginda bangun berdiri apabila jenazah seorang penganut agama Yahudi lalu di hadapan Baginda. Adalah berdosa apabila seseorang yang beriman membiarkan jirannya menderita kesusahan tanpa apa-apa pertolongan.

Dalam masyarakat generasi awal umat Islam, tidak wujud rumah kebajikan bagi orang tua dan anak yatim, kerana mereka tidak ada yang terbiar dalam kelompok masyarakat. Berlaku zalim terhadap anak yatim, ibu tunggal dan jiran adalah dosa besar. Kewajipan dan perintah ini dijaga oleh setiap masyarakat kerana takut berdosa.

Islam juga mewajibkan hubungan secara kemanusiaan, walaupun berbeza agama. Hak rakyat bukan Islam dalam Negara Islam hendaklah dijamin dengan seadil-adilnya, tanpa mengira kaya atau miskin. Penganut agama Islam diwajibkan membayar zakat bagi membela orang-orang yang memerlukan bantuan melalui zakat fitrah, zakat harta simpanan, zakat perniagaan, zakat pertanian, zakat ternakan dan lain-lain.

Penganut bukan Islam pula dikenakan bayaran jizyah (sumbangan diri), kharaj (daripada hasil pertanian) dan usyur (daripada perniagaan) dengan cara yang tidak zalim dan tidak membebankan. Seperti juga harta kutipan zakat, harta ini digunakan bagi membantu mereka yang susah. Jelasnya orang Islam dan bukan Islam tetap dikenakan bayaran. Perbezaannya ialah, amalan zakat bersifat ibadat dan aspek ibadat Islam tidak boleh dipaksa terhadap penganut bukan Islam.

Pada zaman Khalifah Umar berlaku peristiwa menarik, Abu Ubaidah bin Al Jarrah mengambil keputusan membatalkan bayaran jizyah daripada penduduk bukan Islam di wilayah Jordan dan wang yang sudah dipungut juga dipulangkan'semula. Tindakan ini dibuat kerana ancaman tentera Rom Timur menyebabkan kerajaan Islam tidak dapat menjamin keamanan penduduk bukan Islam.

Antara syarat mengambil jizyah, pemerintah hendaklah menjaga keselamatan rakyat dan hak-hak yang lain. Penduduk bukan Islam tersebut tidak mahu mengambil wang tersebut sebaliknya menegaskan mereka lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam. Mereka menyedari keadilan pemerintahan Islam dan kezaliman penjajah Rom Timur yang seagama dengan mereka.

Suatu ketika Khalifah Umar bertemu dengan seorang tua penganut agama Yahudi yang meminta sedekah. Peminta sedekah itu lalu dibawanya kepada pengawal Baitulmal dan meminta supaya diberi bantuan yang cukup kepadanya sehingga akhir hayat. Khalifah Umar berkata, "Alangkah tidak baiknya kerana kita mengambil bayaran jizyah pada masa muda dan sihatnya, kemudian kita biarkan dia apabila dia tua".

Institusi Kehakiman Teraju Utama Masyarakat Bersih & Adil

Institusi kehakiman adalah perkara penting bagi menegakkan keadilan sebenar dalam masyarakat secara praktikal. Undang-undang yang adil sekalipun, kadang-kadang menjadi tidak adil dengan sebab pelaksanaannya pincang. Hukum Islam yang dinyatakan oleh Allah Yang Maha Adil, dan contoh yang ditunjukkan oleh Rasul yang bersifat adil perlu dilaksanakan dengan adil juga. Islam menetapkan cara yang menjamin dan mengukuhkan tegaknya keadilan dalam aspek kehakiman. Antaranya menetapkan pemisahan kuasa kehakiman daripada dipengaruhi oleh badan yang lain.

Syarat hakim, saksi, keterangan dan adab mahkamah dan hakim mestilah dengan cara yang jelas dan wajib. Mereka yang terlibat dalam bidang ini mestilah seseorang yang sanggup bertanggungjawab dengan Allah dan sesama manusia. Badan kehakiman adalah satu kewajipan yang ditetapkan oleh Al Quran, hadis Nabi Muhammad S.A.W dan ijma'. la termasuk dalam urusan ibadah, pemerintahan dan memikul amanah besar dalam Islam, walaupun ianya fardu kifayah.

Banyak ayat Al Quran yang mewajibkan melaksanaan hukum Allah dengan adil, disertakan dengan amalan Nabi Muhammad dan Para Sahabat.

Hukum yang berkait dengannya dan adab-adabnya, menjadi fardu ain kepada orang yang ditugaskan menjadi hakim.

Badan kehakiman diberi hak mengendalikan pertelingkahan dalam masyarakat dengan kebebasan yang tersendiri, tanpa diganggu oleh pihak yang lain. Nabi Muhammad sebagai Rasul pilihan Allah menjadi contoh yang ulung dan unggul, tidak menyalahgunakan haknya menjadi ketua negara apabila berlaku pertelingkahan antara manusia dan dalam banyak perkara.

Baginda S.A.W berjaya memisahkan kedudukannya sebagai ketua negara dan tidak mempengaruhi kehakiman dengan melantik orang lain menjadi hakim dalam perkara yang melibatkan peribadinya tanpa apa-apa gangguan. Keadaan ini menyebabkan orang Yahudi dan Musyrikin yang paling bermusuh dengan Islam berubah menjadi penganut dan sahabat yang setia. Mereka melihat keadilan Islam secara langsung terhadap diri mereka sendiri dan perkara ini tidak berlaku di kalangan mereka sebelum kedatangan Islam.

Sebelum wafat, ketika dalam keadaan uzur, Nabi Muhammad S.A.W. datang ke masjid. Setelah menunaikan solat, Baginda menyampaikan pidatonya yang berbunyi; "Sesiapa yang aku pernah jatuhkan maruahnya sila tampil untuk beritahu, supaya aku dihukum kerana menzalimi maruahnya. Sesiapa yang pernah aku zalimi hartanya, sila nyatakan, supaya aku boleh membayar gantinya. Sesiapa yang aku pernah pukul belakangnya, ini dia belakangku silalah balas ke atas belakangku ini".

Khalifah Umar bin Al Khattab pernah bertelingkah dengan seorang Arab Badwi selepas membeli kudanya. Beliau menyedari kuda itu cacat sewaktu menunggangnya dan ingin membatalkan pembelian. Khalifah Umar memulangkan kuda itu kepada tuannya dan meminta kembali harga yang dibayar, tetapi si Badwi itu menolak. Khalifah Umar tidak memaksanya tetapi menyerahkan hal ini kepada Badan Kehakiman supaya hak mengendalikan pertelingkahan dalam masyarakat dilaksanakan dengan penuh ketelusan dan tanggungjawab, dengan kebebasan yang tersendiri, tanpa diganggu oleh pihak yang lain.

Generasi Sahabat yang awal menerima tarbiyah yang menanamkan iman, melahirkan takwa dan menjadikan mereka pemimpin yang paling berwibawa yang pernah dilahirkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W, bertindak dengan adil serta memantau badan kehakiman di semua peringkat perkara ini di hadapan Hakim Syuraih yang dilantiknya. Oleh kerana kecacatan berlaku di luar tempoh membatalkan jualan, Hakim Syuraih memutuskan jualan itu tidak boleh dibatalkan.

Menurut satu peristiwa lain, baju rantai besi kepunyaan Khalifah Ali hilang, tiba-tiba dijumpai berada di tangan seorang Yahudi kafir yang paling bermusuh dengan umat Islam. Khalifah Ali tidak merampasnya secara paksa, tetapi dibawa ke mahkamah. Apabila Khalifah Ali tidak dapat mengemukakan saksi, hakim tidak membenarkan baju rantai besi itu dirampas, sebaliknya diserahkan kepada Yahudi itu.

Setelah keluar dari mahkamah, lelaki Yahudi itu menghadap Khalifah Ali. Dia mengaku baju rantai besi itu sebenarnya kepunyaan Khalifah Ali, lalu menyerahkannya kepada khalifah dan berikrar masuk Islam kerana melihat keadilannya.

Kesemua cerita ini dan banyak lagi cerita sepertinya menunjukkan kerajaan Islam adalah kerajaan yang paling awal melaksanakan sistem pemisahan kuasa badan kehakiman daripada badan yang lain dalam kerajaan. Tujuannya bagi menegakkan keadilan dalam aspek perundangan.

Ini menunjukkan bahawa keadilan Islam dalam aspek kehakiman adalah menyeiuruh terhadap semua makhluk tanpa mengira anutan agama, pangkat dan kedudukan seseorang.

Keadilan Undang-Undang Islam

Nabi Muhammad adalah contoh umat yang terbaik, dilantik oleh Allah mengikut pilihan-Nya, ditarbiyah dan dikawal dengan sifat-sifat yang wajib pada diri-Nya. Benar, amanah, menyampaikan semua ajaran Allah, bersifat bijak dan terpelihara daripada melakukan kesalahan.

Sekiranya berlaku kesilapan juga, itu adalah kerana Allah ingin menunjukkan hikmah di sebaliknya dan dengan tujuan Allah ngin membetulkannya dengan wahyu dan sebagainya. Sesungguhnya Rasul itu memiliki sifat manusia, tetapi dikawal selia oleh Allah bagi menjadi contoh kepada orang lain. Melalui Nabi Muhammad S.A.W, Allah peringatkan manusia dan menunjukkan cara beramal dengan Al Quran.
Sesungguhnya Allah Taala menegaskan di dalam Surah An Nahl ayat 44 yang bermaksud, "(Kami utuskan Para Rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab suci (yang menjadi panduan); dan Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, 'supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya".

Penjelasan dan penerangan daripada Nabi Muhammad itu dinamakan hadis atau sunnah, ia menjadi pentafsir secara praktikal dan tepat.

Golongan yang menolak hadis adalah golongan yang sesat kerana bercanggah dengan kenyataan Al Quran sendiri, serta hakikat yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad yang mewajibkan para sahabat mengumpulkan hadis dengan amanah. Banyak perintah Al Quran yang tidak menyatakan cara amalannya seperti ibadat dan Iain-lain dan ini memerlukan penjelasan cara amalannya daripada Nabi Muhammad S.A.W.

Walaupun hadis yang banyak itu sudah bercampur dengan perkara-perkara yang tidak sihat dari segi kesahihannya, tetapi Allah Taala melahirkan para sarjana berwibawa lagi amanah daripada segi ilmu dan akhlaknya supaya dapat mengumpulkan semuanya dengan cermat dan bertanggungjawab. Mereka memilih dan menapis hadis tersebut dengan teliti berpandukan ilmu, amanah dan akhlak mereka Al Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka.

Mereka mengkaji dan meneliti semua hadis tersebut yang terkumpul di dalamnya segala ucapan, amalan, keputusan dan pengakuan Nabi Muhammad S.A.W dalam masa 23 tahun melaksanakan tugas menjadi Rasul.

Para sarjana juga merekodkan secara khusus hadis yang berkait dengan aspek cara hidup dari segi individu, keluarga, masyarakat dan negara, ini termasuklah bidang perundangan dan kehakiman bagi melaksanakan keadilan, selama tempoh pemerintahan Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat di seluruh wilayah Islam pada zamannya.

Sehubungan itu, Allah menegaskan dalam Al Quran menerusi ayat 7 surah Al Hasyr maksudnya, "Apa-apa yang dibawa oleh Rasul, hendaklah kamu mengambilnya".

Apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah itu bukan sahaja apa yang disebut dalam Al Quran, tetapi termasuk juga perkara yang tidak disebut di dalamnya. Setiap orang di kalangan Khulafa' Rasyidin bertindak bertanya kepada Para Sahabat berkaitan tindakan Nabi Muhammad S.A.W apabila mereka tidak mendapatinya dalam Al Quran. Apabila pasti tidak ada maklumat, barulah mereka akan bertindak menceri penyelesaian dengan kebijak^naan tersendiri.

Baca Seterusnya - KONSEP KEADILAN DALAM ISLAM

Read more...

Friday, September 23, 2011

“Negara Berkebajikan; Dari Perspektif Siasah Syar’iyyah”.


Khulasah Pembentangan AAM di Seminar Siasah Syar'iyyah SPSS2011



1)       MUQADDIMAH:


بسم الله الرحمن الرحيم.

{الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُورِ} [الحج: 41] 


Maksudnya: {(Iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.} [Al-Haj: 41].


2) KEPENTINGAN PELAKSANAAN SIASAH SYARIAH DALAM SEBUAH MASYARAKAT DAN NEGARA.



  Perbincangan ini cuba menyentuh satu sudut penting berkenaan pelaksanaan Siasah Syar’iyyah di dalam sebuah masyarakat dan negara iaitu aspek jaminan kesejahteraan terhadap rakyat. Hal ini mustahak untuk diketengahkan ketika mana ramai di kalangan ahli sains politik, sains sosial mahupun pemimpin masyarakat mencari pelbagai pendekatan Barat untuk memelihara maruah umat dan martabat wanita daripada pelbagai bentuk penindasan dan diskriminasi.




Pendekatan yang berteraskan agama khususnya Islam seringkali diketepikan lantaran timbulnya sikap yang prejudis terhadap identiti masyarakat Islam.

3)      Pengertian Siasah Syariah;
Berasaskan kepada pengertian yang telah digunakan oleh masyarakat Arab, perkataan siasah telah digunakan oleh masyarakat Melayu dengan maksud politik, kebijaksanaan untuk mencapai sesuatu maksud, dan pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal kenegaraan..
  Istilah: Pengertian Istilah Siasah Syariah:


َقَالَ ابْنُ عَقِيلٍ: السِّيَاسَةُ مَا كَانَ فِعْلا يَكُونُ مَعَهُ النَّاسُ أَقْرَبَ إلَى الصَّلاحِ، وَأَبْعَدَ عَنْ الْفَسَادِ،
وَإِنْ لَمْ يَضَعْهُ الرَّسُولُ r، وَلا نَزَلَ بِهِ وَحْيٌ.

“Siasah Syar’iyyah ialah suatu tindakan yang boleh membawa manusia lebih hampir kepada kemaslahatan (menurut neraca syariat Islam) dan terhindar jauh daripada kebinasaan meskipun tindakan tersebut tidak pernah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dan tidak pernah diturunkan melalui wahyu.”

4)       DEFINISI NEGARA KEBAJIKAN
i)         Kebajikan menurut al-Quran: meliputi kemaslahatan dunia dan akhirat.
ii) Sebuah negara yang patuh kepada segala perintah Allah swt dan dalam masa yang sama mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama dalam pembangunan Negara.
Berpandukan Al-Quran, istilah kebajikan dibicarakan dalam konteks yang lebih luas dan menyeluruh, iaitu meliputi kemaslahatan dunia dan akhirat. Terdapat beberapa kalimah yang menunjukkan kepada makna ‘kebajikan’.
Kalimah tersebut ialah ‘al-khaiyr’, ‘al-hasanah’, ‘al-birr’ dan ‘al-thoiyyib’. Dalam bahasa Melayu kalimah-kalimah ini diterjemahkan dengan makna ‘baik’.
Secara umumnya ia juga memberi makna ‘kebajikan’. Konsep ‘al-khaiyr’digunakan pada ayat dakwah supaya menyeru kepada kebajikan sebagaimana firman Allah:

{وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ} [آل عمران: 104]

Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.  [Aal-Imran: 104].  

{وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} [البقرة: 201]

Maksudnya: Dan di antara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"[Al-Baqarah: 201].


Kesimpulannya, ‘Negara Berkebajikan’ bolehlah didefinisikan sebagai:
“Sebuah negara yang patuh terhadap segala perintah Allah swt dan dalam masa yang sama mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama dalam pembangunan negara di samping tidak melupakan tugas amar makruf dan nahi mungkar."

5)      CIRI-CIRI NEGARA BERKEBAJIKAN
·Mencangkupi urusan hubungan manusia sesama manusia secara adil ,
·Hubungan manusia dengan tuhannya.
·Melaksanakan amar ma’ruf, nahi munkar.
·Iktibar & pengajaran  dalam al-quran,  as-sunnah dan sejarah islam.
·Melaksanakan kebajikan – amal soleh, berakhlak, kekuatan, keupayaan mentadbir.
·Rakyat dan pemerintah berlumba melakukan kebajikan
·Memastikan keperluan asas rakyat dinikmati tanpa kecuali
·Mengelak perebutan peluang di antara rakyat dan kerajaan
·Mengutamakan pembangunan akhlak dan jati diri
·Menjadikan kepelbagaian adat budaya dan agama sebagai pemangnkin keharmonian rakyat dan asas kekuatan negara
·Memastikan imbangan kuasa pemerintah.

6)      PRINSIP SIASAH SYARIAH
Apa yang dimaksudkan sebagai prinsip Siasah Syar’iyyah ialah perkara yang benar-benar bersifat dasar dan pokok serta menonjolkan identiti wajib bagi Siasah Syar’iyyah, kerana prinsiplah yang dapat menonjolkan perbezaan antara Siasah Syar’iyyah dengan siasah yang lain. Para pengkaji politik Islam berbeza pandangan dalam menyenaraikan bilangan atau jumlah prinsip. 7
Prinsip Siasah Syar’iyyah yang ingin dikemukakan di sini ialah:
i. Prinsip hakimiyyah bagi Allah, yang membawa kepada kedaulatan Syariat Islam.
ii. Prinsip menunaikan amanah dan tanggungjawab (mas’uliyyah)
iii. Prinsip ketaatan, yang mewajibkan rakyat mentaati pemimpin dalam kerangka ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.
iv. Prinsip mewujudkan dasar syura.
v. Prinsip mempertahankan keadilan dan menggarap persamaan yang akan memberikan jaminan dan perlindungan hak rakyat dalam segenap aspek.

7)      MAQASID (OBJEKTIF) SIASAH SYARIAH
Terdapat beberapa pandangan yang sering diketengahkan dalam menyenaraikan Maqasid Siasah Syar’iyyah atau matlamat kepimpinan politik dan pentadbiran negara mengikut acuan syariat Islam ini.
Antaranya ialah sebagaimana yang digariskan oleh Abd al-Wahhab Khallaf iaitu:
i. Memandu pentadbiran negara supaya selaras dengan kehendak Islam.
ii. Menjamin seluruh kepentingan dan kemaslahatan rakyat di sepanjang masa dan tempat.
iii. Menjadikan Islam sebagai sistem yang relevan dalam pentadbiran negara.

Seiring dengan maqasid syariah yang bertujuan untuk membawa kemaslahatan kepada orang ramai dan menolak kemudharatan daripada mereka, maka Maqasid Siasah Syar’iyyah pula bertujuan untuk memastikan bahawa kemaslahatan itu benar-benar terjamin dan kemudharatan dapat dielakkan melalui kuasa politik dan pentadbiran, kehakiman dan undangundang.
Di dalam urusan pentadbiran negara dan ummah, setiap keputusan dantindakan pemerintah yang berdasarkan Siasah Syar‘iyyah hendaklah sentiasamengambil kira prinsip yang digariskan oleh kaedah fiqhiyyah yang menegaskan:

تَصُرُّفُ الإمَامِ عَلى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالمَصْلَحَةِ
Maksudnya: “Tindak tanduk Imam (pemerintah) terhadap rakyatnya hendaklah
didasarkan kepada maslahah”

•      Maka menjadi kewajipan kepada pemerintah menjadikan objektif umum syariah ( (المقاصد العامة للشريعةsebagai asas dalam pentadbiran negara berkebajikan.

•      Pemerintahan yang berlawanan dengan prinsip islam pastilah tidak akan dapat menjaga dan memenuhi hajat serta kebajikan manusia untuk kesejahteraan dunia dan akhirat mereka.


  Berkata Ibn Al-Qayyim rh:
“Syariah Islam dibina atas asas hikmah kebijaksanaan, kemaslahatan hamba di dunia dan akhirat. Syariat semuanya adil, maslahah, hikmah. Maka semua perkara yang keluar dari batasan keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada lawannya, dari maslahah kepada mafsadah, hikmah kepada pekerjaan sia-sia, maka ia bukanlah dari Syariat Islam walaupun dimasukkan ke dalamnya secara takwil”.

Syariah Islam dibina dengan asas untuk membawa kebaikan dan menolak keburukan:
(Jalb al-masalih wa dar’ al-mafasid) - (جلب المصالح ودرء المفاسد).

Di samping penekanan terhadap pemeliharaan agama sebagai asas, Ibn Hazm dalam kitabnya ‘Al-Muhalla’ juga manegaskan bahawa pihak kerajaan wajib menunaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat dengan melakukan beberapa perkara. Antaranya:
1.       Memastikan rakyatnya mendapat makanan, pakaian dan minuman yang sempurna.
2.       Memastikan rakyat mendapat pendidikan yang sempurna.
3.       Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat bila dituntut.
4.       Memelihara keselamatan nyawa, harta dan kehormatan rakyat.
5.       Menyediakan kemudahan pengangkutan kepada rakyat



KESIMPULAN / PENUTUP:

Hakikatnya, ‘Negara Berkebajikan’ telah wujud semenjak wujudnya negara Islam Madinah lagi, bahkan ianya telah dipraktikkan sendiri di zaman para Nabi sebelum Rasulullah s.a.w. Konsep mengenai ‘Negara Berkebajikan’ yang sukar dijelaskan oleh ahli-ahli ekonomi moden hingga kini sebenarnya telah jelas dalam Syariah Islam.
  Konsep ‘Negara Berkebajikan’ yang dibincangkan di atas sebenarnya selaras dengan konsep sebuah Negara Islam yang telah dilaksanakan di zaman kegemilangan Islam dahulu. Keadilan dan  kesaksamaan yang dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w, Khulafa’ al-Rasyidin, Khalifah Umar Abdul Aziz dan lainnya menjadi bukti sejarah bahawa Negara Islam adalah merupakan negara yang berlandaskan ‘Negara Berkebajikan’. WALLAHU A’LAM.

Akhukum,
Abu Anas Madani. PSD. 19 Syawwal 1432H -17 Sep 2011.

sumber
Baca Seterusnya - “Negara Berkebajikan; Dari Perspektif Siasah Syar’iyyah”.

Read more...

Resolusi Seminar Pelaksanaan Siasah Syar’iyyah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan 2011

Seminar Pelaksanaan Siasah Syar’iyyah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan 2011 yang berlangsung pada 19 Syawwal, 1432 H bersamaan 17 September, 2011 bertempat di Dewan Besar Kompleks Balai Islam, Lundang anjuran Jabatan Al-Syariah, KIAS. Resousi ini telah dibaca oleh Al-Fadhil Ustaz Zulqarnain Hasan, Pengarah Seminar. 
Baca Seterusnya - Resolusi Seminar Pelaksanaan Siasah Syar’iyyah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan 2011

Read more...

Wednesday, August 24, 2011

SEMINAR PELAKSANAAN SIASAH SYAR‘IYYAH DALAM KONTEKS SEMASA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011



Peringatan kembali : Jom teman,jmp disane ye...^__^
Wakil PEN. SU SPSS
SEMINAR PELAKSANAAN SIASAH SYAR‘IYYAH DALAM KONTEKS SEMASA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011


19 SYAWAL 1432
Sabtu | 17 September, 2011 | 8.00 Pg - 6.30 Ptg | Dewan Besar, Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan

Perasmian oleh | YAB DATO' BENTARA SETIA TUAN GURU HJ. NIK ABDUL AZIZ BIN HJ. NIK MAT

page | https://www.facebook.com/pages/Seminar-Siasah-Syariyyah-Peringkatan-Kebangsaan-2011/208868822494277

Event | Maklumat Lanjut | https://www.facebook.com/event.php?eid=106294802803067
Baca Seterusnya - SEMINAR PELAKSANAAN SIASAH SYAR‘IYYAH DALAM KONTEKS SEMASA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

Read more...

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP