Showing posts with label Tazkirah Ringkas. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Ringkas. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

SISTEM PENDIDIKAN MELAHIRKAN ROBOT.





Setiap ibu bapa sentiasa inginkan yang terbaik bagi anak-anak mereka. Segalanya dibuat dengan teliti dan terbaik. Ibu bapa merancang dan menghantar anak-anak mereka ke mana-mana institusi (sekolah, pusat tusyen , pusat pengajian) yang dirasakan terbaik. Tidak dinafikan bahawa daripada tindakan ini, lahirkan ramai anak bangsa yang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Namun, saya khuatir melihat kecenderungan yang melampau ibu, guru, sekolah bahkan negara yang mahu melihat sebuah empayar robot ditegakkan (dalam lain kata keperluan sumber manusia) yang mungkin akan mengancam survival ummah kita sendiri..

Sistem pendidikan bukan lagi tempat untuk melahirkan adab. Ia bukan lagi tempat untuk melahirkan jiwa-jiwa manusia yang mampu mencorakkan peradaban dalam konteks Malaysia yang mempunyai latar belakang ketimuran dan keIslaman yang menebal. Sistem pendidikan juga bukan juga tempat untuk melahirkan manusia yang berfikir demi kepentingan manusia lain (yakni ummah) dan rela memperjuangkan keadilan. Sistem pendidikan bukan lagi tempat melahirkan manusia yang jernih hati dan pemikirannya, mampu mencetuskan revolusi dalam pemikiran masyarakat dan mampu mengubah masyarakat.


Sistem pendidikan kini menjadi sarana untuk melahirkan para lepasan yang hanya menurut, tidak bersikap kritikal dan tidak mampu memberi pulangan kepada masyarakat. Lihatlah bagaimana masyarakat melihat sekolah. Masyarakat melihat sekolah tidak lebih daripada pusat melatih anak-anak mereka supaya menjadi jurutera, peguam, doktor, pegawai dan apa jua profesion, bukan sebagai tempat pemusatan ilmu, kebudayaan, perpaduan, kecintaan , kesedaran dan pelatihan adab. Masyarakat mula memikirkan bahawa pendidikan ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan kesenangan yang tak kekal lama tanpa memikirkan fungsi asal sesuatu pendidikan.

Sistem pendidikan dilihat perlu diwujudkan demi membekalkan tenaga kerja kepada kilang-kilang, perusahaan-perusahaan, kelab-kelab, jabatan-jabatan kerajaan dan sebagainya. Sistem pendidikan juga menjadi komoditi utama dalam negara dan diperdagangkan sistem itu demi mendapat pekerja-pekerja yang bergantung sepenuhnya kepada sistem kapitalis yang direncanakan semenjak dulu. Manusia tidak lagi dipandang mulia kerana keilmuan dan kemurniaan akhlaknya, tetapi dipandang dengan berapa income bulanan, berapa buah motokar mewah, berapa nilai sebuah kata-kata.

Tidak salah untuk merubah nasib keluarga. Tidak salah untuk mengharumkan nama negara dengan kecemerlangan yang dicapai. Tidaklah salah juga untuk menikmati segala kemanisan dunia setelah bertungkus lumus menguruskan persekolahan anak-anak di bawah tanggungan. Namun masihkah kita mengerti terdapat tujuan yang lebih utama daripada sekadar kepentingan peribadi? Adakah kita sedar bahawa hidup ini bukanlah seperti "robot" bahkan "haiwan" ternakan sepertimana yang difirmankan oleh Allah?

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai"[al-A'raf : 179]

Saya tertarik dengan ungkapan Prof. Khoo Kay Kim terhadap apa yang dinamakan sebagai "pendidikan" sekarang ini. Beliau juga menjadikan terma "robot" dalam kritikannya terhadap insan yang "terkorban" dalam sistem pendidikan.

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim.

Dalam Daurah Ini Sejarah Kita (ISK) , selalu ditekankan bahawa manusia selalu dikaitkan dengan robot ,yang suka bermain, bergembira dan berehat apabila tiba masanya. Lalu dipusatkan pemerhatiannya hanya kepada dirinya sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Bicaranya hanya bicara tentang diri, isu ummah ditolak tepi kerana menyangkakan bahawa ia bukan urusannya. Masanya diatur dan diuruskan hanya berpusatkan kepentingan diri dan seputar isu dalaman diri. Kita mengulangi aktiviti kita secara rutin, sehari, seminggu , setahun. sepuluh tahun sehinggalah Malaikat maut menjemput kita. Ia rutin, dan sekadar rutin. Lalu kita menyangka bahawa kita sudahpun mencapai matlamat dalam kehidupan ini.

Lihatlah bagaimana Abul A'la melihat hasil yang dituai dari sistem pembelajaran berpusatkan diri. Syeikh Abul A'la Al Maududi merupakan seorang tokoh dakwah dan gerakan dan juga seorang pemikir.

"Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.

Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik in, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini." (Abul A'la Al Maududi, pengasas Jamaah Islamiyah Pakistan).

Kita sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini. Adakah kita termasuk dalam golongan yang selamat ? Atau leher kita telah dipotong dan dikelar dalam sistem ini? Masihkah kita tidak mengerti apa yang ingin disampaikan ? Mungkin ayat ini dapat merungkaikan persoalan yang masih berputar dalam benak hati kita.

Firman Allah Ta’ala:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )

Ayuh menjadi manusia !





Baca Seterusnya - SISTEM PENDIDIKAN MELAHIRKAN ROBOT.

Read more...

Wednesday, April 3, 2013

Tazkirah Ringkas (Cara mudah untuk umat Islam sedar diri)




Cara mudah untuk umat Islam sedar diri, terbunuh ego, buang rasa perasan bagus, hilang malas mengaji, ialah menyemak hasil kajian Orientalis Barat.

Biar apa sekali pun niat mereka, usaha-usaha mereka untuk memahami kita dengan mengkaji ribuan buku, menyalin ribuan manuskrip berusia ratusan tahun kepada buku bercetak yang boleh dibaca, menyebabkan kita tersedar, kita bersenang lenang dengan status Islam dan Iman, kemudian berangan-angan masuk ke Syurga tanpa berpenat-penat di Dunia.

Insafkan kami ya Allah 
Facebook Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Baca Seterusnya - Tazkirah Ringkas (Cara mudah untuk umat Islam sedar diri)

Read more...

Wednesday, October 24, 2012

Jom puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah






Hari Arafah (9 Zulhijjah ) iaitu ESOK (25 OKTOBER 2012 - KHAMIS) adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya (dari api neraka) sebagaimana pada hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga apabila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, "ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya." (Riwayat Muslim)
matannya : ( يكفر السنة الماضية والباقية)

Selamat berpuasa semua...^^



Baca Seterusnya - Jom puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah

Read more...

Sunday, October 14, 2012

DA’WAH - الدَّعوَة



Maksud da’wah ialah menyeru/mengajak kepada Allah ( الدعوة إلى الله ). 
Sebagaimana firman Allah, 
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنْ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya, “Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."

( Yusuf : 108 )

Manakala yang dimaksudkan menyeru/mengajak kepada Allah ( الدعوة إلى الله ) IALAH mengajak/menyeru kepada agamaNya iaitu ISLAM. Lihat firman Allah,

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإِسْلامُ 
Maksudnya, “Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.

( Aali Imran : 19 ).

Berdasarkan kenyataan di atas dapatlah kita rumuskan bahawa da’wah ada usul-usul(dasar-dasar)nya ( أصول الدعوة). Ianya terbahagi empat iaitu :

1- Isi Kandungan Da’wah - مَوضُوعُ الدَّعوَة
2- Penda’wah - الدَّاعِي
3- Sasaran Da’wah - المَدْعُو
4- Method - Wasilah Da’wah - وَسَائِلُ الدعوةِ وَأَسَالِيبُهَا

1. Isi Kandungan Da’wah - موضوع الدعوة

Isi kandungan atau apa yang hendak didakwahkan ialah Islam itu sendiri. Islam sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah kepada RasulNya Muhammad saw di dalam al-Quran dan Sunnah Baginda saw.

Maka Islam itu adalah Islam yang sempurna dan menyeluruh dalam seluruh aspek hidup samada aqidah, ibadah, muamalah, munakahat dan jenayah. Merangkumi persoalan hidup individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Islam yang menyeluruh (comprehensive - شمول ). Islam yang memerintah bukan diperintah. Oleh itu umat Islam wajib menegakkan sebuah negara Islam yang terlaksana di dalamnya hukum-hakam Allah.Itulah tanggungjawab sebagai khalifah (إقامة الدين وسياسة الدنيا به )

Antara tajuk-tajuk di bawah “Isi Da’wah” :

a.Takrif dan definisi Islam
b.Huraian rukun-rukun Islam
c.Keistimewaan Islam
d.Nizam Kehidupan( نظام الحياة ) - kemasyarakatan, Ekonomi, Politik, Jihad undang jenayah .

2. Penda’wah (Da’i ) - الداعي

Siapakah Pendakwah

Da’i ialah orang yang dipertanggungjawab oleh syarak bagi menyeru manusia kepada Allah. Para da’i hendaklah memiliki bekalan (persiapan) dan akhlak yang mulia.

Pendakwah Pertama

Pendakwah yang pertama ialah Rasul kita Muhammad saw.

Tugas Pendakwah Sama Tugas Nabi

Berdakwah adalah merupakan tanggungjawab dan tugas para Rasul. Mereka bertanggungjawab mengajak manusia beriman dan beribadat kepada Allah.

يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا(45)وَدَاعِيًا إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيرًا

Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi.

Nabi Muhammad saw adalah rasul yang terakhir. SyariatNya merupakan risalah yang sesuai untuk akhir zaman. Apabila Nabi saw wafat, maka tugas RasuluLlah saw wajiblah dipikul oleh umatNya.

Firman Allah,

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

(Aali Imran : 110 )

Persiapan/ Bekalan Pendakwah ( عُدة الداعى )

Seorang pendakwah hendaklah memiliki persiapan dan bekalan yang cukup untuk berdakwah. Ini kerana jalan dakwah tidak ditaburi dengan bungaan tetapi penuh onak dan duri. Cabaran dan tentangan pastikan akan dihadapinya. Di antara bekalan utama pendakwah ialah:

a- Ilmu/ Kefahaman yang mendalam الفهم الدقيق
b- Iman yang mendalam الإيمان العميق
c- Hubungan berterusan dengan Allah الإتصال الوثيق 

Akhlaq Pendakwah

a. Bersifat benar 
b. Sabar 
c. Kasih Sayang
d. Tawaddu’ 
e. Dan lain-lain.

3. Sasaran Da’wah - المدعو

Siapakah Mad’u ?

Mad’u atau orang yang kena dakwah ialah manusia. Manusia yang diajak kepada Allah kerana risalah Islam adalah kekal hingga qiamat dan bersifat universal.

Golongan Yang Didakwah

a- al-Mala’ (الملأ ) iaitu para pemimpin dan orang besar.
b- Orang awam ( جمهور الناس ) .
c- Orang munafiq
d- Orang yang berdosa ( العصاة )

4. Method - Wasilah Da’wah - وسائل الدعوة وأساليبها

Sumber Rujukan Method Dakwah

a- al-Quran al-Karim (القرآن الكريم )
b- as-Sunnah an-Nabawiyyah (السنة النبوية )
c- Sirah as-Salaf as-Soleh ( سيرة السلف الصالح )
d- Pendapat para fuqaha’ ( استنباطات الفقهاء )
e- Pengalaman ( التجارب )

1st) Uslub ad-Da’wah - أساليب الدعوة

Uslub ialah tariqat atau jalan yang digunakan oleh pendakwah untuk mencapai matlamat kerja dakwah.

a- أسلوب الشرح والتفسير لأصول الدعوة - iaitu menerangkan ajaran Islam yang syumul berhubung dengan aqidah, ibadah, muamalah, jenayah dan akhlak.

b- أسلوب المقارنة بين دعوة الحق والدعوات الأخرى - iaitu uslub perbandingan antara seruan Islam yang benar dan seruan yang lain yang salah.

c- أسلوب الرد على الشبهات والمفتريات - iaitu uslub menolak segala kesamaran dan kekeliruan.

d- أسلوب التعهد والتربية والإعداد
e- أسلوب التجميع والتصنيف والتوظيف
f- أسلوب الترغيب والتبشير
g- أسلوب الترهيب والتهديد

2nd) Wasilah Da’wah - وسائل الدعوة

Wasilah ialah kerja dakwah itu sendiri untuk mencapai matlamat dakwah.

a- وسيلة التبليغ بالقول - Khutbah, syarahan, risalah, makalah dll
b- وسيلة التبليغ بالعمل
( al-Amr bi al-Ma’ruf, al-Nahy ‘an al-Munkar dan Mewujudkan khidmat sosial. )
c- وسيلة التبليغ بالقدوة

Baca Seterusnya - DA’WAH - الدَّعوَة

Read more...

Apa itu Manhaj?


DEFINISI MANHAJ

Manhaj (المنهج), nahaj (النهج) atau minhaaj (المنهاج) dari madah: نَهجا– يَنهج – نَهج yang semuanya mempunyai satu makna. Dari segi bahasa manhaj ialah:
[1]

اَلطَّرِيْقُ الْبَيِّنُ الْوَاضِحُ ، وَيُطْلَقُ عَلَى الطَّرِيْقِ الْمُسْتَقِيْمِ اَوِالسُّنَّةِ.

“Jalan yang jelas, terang dan dikatakan juga (mengikut) jalan yang lurus[2] atau mengikut sunnah”.

Kalimah manhaj/minhaj bermakna jalan yang terang atau mengikut sunnah. Ia disebut di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:

لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا

“Untuk tiap-tiap umat (antara kamu), Kami berikan aturan dan jalan yang terang (atau sunnah)”.[3]

Berkata Abu Ja’far, bahawa manhaj ialah: “Jalan yang terang atau jelas” (الوالبيان اضح).[4] Dan apabila dikatakan (طريق نَهج) bererti “Jalan Yang Terang” atau (بين) “Jelas”.

Menurut Ibn Kathir rahimahullah manhaj ialah:

فَهُوَ الطَّرِيْقُ الْوَاضِحُ السَّهْلُ

“Maka manhaj ialah jalan yang terang dan mudah”.[5]

Manhaj juga dapat difahami menurut sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Abbas radiallahu ‘anhu yang diriwayatkan dari Mujahid, Ekrimah, Hasan al-Basri dan selain mereka:

قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : سَبِيْلاً اَوْ سُنَّةً
“Berkata Ibnu Abbas Radiallahu ‘anhu bahawa manhaj ialah: Jalan atau sunnah”.[6]

سُنَّةُ النَّبِي ، اَوْ الْبَيِّنُ الْوَاضِحُ

“Manhaj ialah: Sunnah Nabi. Atau yang terang dan yang jelas”. [7]

Manhaj atau minhaj dimaksudkan juga sebagai mazhab (aliran atau jalan). Walaupun mazhab sering digunakan untuk aliran fikah tetapi ia sering juga digunakan atau dimaksudkan dengan maksud yang sama dengan manhaj. Seperti disebut: “Manhaj as-Salaf as-Soleh atau Mazhab as-Salaf as-Soleh”.
-----------------------------------------------------------------------------


[1]. Lihat: Lisanul Arab 2/383. Abi Fadzil Jamaluddin Muhammad al-
Afriki al-Misri. Lihat: Kamus al-Muhit. 1/209. Fairus Abadi.
[2]. Lihat: منهج الاستدلال على مسائل الاعتقاد عند اهل السنة والجماعة1/19. Uthman bin Ali Hasan.[3] . Al-Maidah, 5:48.[4] . Lihat: At-Tabari, 4/609.[5]. Lihat: Tafsir Ibn Kathir 2/26. Dan Fathul Qadir 2/48 As-Syaukani.[6]. Lihat: Sahih Bukhari. 1/46 Fathul Bari (Kitab al-Iman). Diriwayatkan oleh Al-Lalakaii hlm. 66. At-Tabari 6/271. Lihat Ibn Kathir. 3/120. Lihat: Manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah, 1/50. Khalid bin Abdullatif.[7]. Lihat: At-Tabari, 6/609.
Baca Seterusnya - Apa itu Manhaj?

Read more...

Saturday, February 11, 2012

Negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud

Bumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad  S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah, yang dianugerah Allah kepada Ibrahim A.S. kerana jasa perjuangannya yang besar menentang syirik dan zalim oleh kuasa terbesar dunia dizamanya iaitu kerajaan Babylon yang diperintah oleh Raja Namrud.
Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin dimuliakan  kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak di atasnya  kaki para anbiya’  dan banyak darah para syuhada daripada kalangan Nabi dan ulama, kerana dibunuh oleh bangsa yahudi  dengan zalimnya , menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga hari Qiamat. Allah juga manjadikan kiblat pertama bagi umat Islam dibumi Palestin. Di sini juga tampat berakhirnya  Isra’ dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W. ketika dijemput menjadi tetamu Allah. Maka  yang layak memakmurkan Palastin ialah  mereka yang beriman dan budiman.
Agama Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang  penganut Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan mengunjungi tempat suci mereka. Sejarah membuktika hanya pemimpin Islam sahaja dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi hak yang adil kepada semua.
Kejayaan tentera Islam di zaman Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. membebaskan Palestin daripada penjajahan Romawi disambut oleh Paderi besarnya dengan meminta Khalifah Umar  datang menyaksikannya. Maka Khalifah Umar datang sehingga mengunjungi geraja besarnya, kemudian dimeteraikan perjanjian yang memberi hak yang adil kepada semua, kerana selama ini penjajah Romawi Byzantin yang beragama Kristian  mazhab Ortodok, tidak melayani mereka yang tidak semazhab dengannya dan kerajaan Yahudi pula menzalimi mereka yang tidak seagama dengannya. Hal yang sama berlaku dalam era kelemahan kerajaan Islam, sehingga tentera salib menakluk Palestin. Keadaan  menjadi baik semula, setelah Sultan Salahuddin Al Ayyubi daripada bangsa Kurdis dapat mengalahkan tentera Salib yang zalim dan membebaskan semula bumi Palastin. Lalu melayani semua pengunjungnya dengan adil.
Di zaman mutakhir, malapetaka menimpa bumi Palestin dengan memuncaknya keganasan, setelah Palestin dirampas dengan ganas oleh penjajah Barat yang menyimpan dendam terhadap Islam dan mengambil kesempatan daripada kelemahan umat  Islam Arab yang memperkecilkan Islam dan membesarkan kebangsaan Arab sehingga melebihi Islam dan mengatasinya. Dalam pembahagian tanah air yang dijajah dikalangan penjajah barat, maka Palastin jatuh ke dalam bahagian penjajahan British. Perjanjian Balfore dimeteraikan diantara pemimpin Zionis Yahudi dangan Menteri Luar British, Lord Balfore bagi menyerahkan bumi Palastin kepada golongan Zionis untuk mendirikan negara kebangsaan Yahudi  dinamakan Israel. Kalangan penganut mazhab Ortodok  Yahudi menentangnya dan memberi amaran bahawa tindakan ini bercanggah dengan ajaran mereka dan boleh menguburkan bangsa Yahudi. Kalangan sekuler yang memisahkan agama yahudi daripada politik melakukan kesalahan besar ini,  semata-mata menegakkan semangat kebangsaan dengan alasan sejarah bohong, bagi negara agung Israel yang pernah dipimpin oleh Nabi Sulaiman A.S. sehingga  menakluk dunia.
Negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi. Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua, bagi mengotakan perjanjian Balfore  yang melibatkan British yang dibantu oleh zionis Yahudi, sejak  perang dunia pertama lagi. Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan manusia. Ini kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka. Negara kuasa besar dunia yang menjajah memejam mata bagi menghilangkan sifat perikemanusiaan mereka untuk melakukan jenayah bersejarah ini demi kepentingan mereka. Bahkan sebahagian pemimpin negara itu dibantu oleh wang dan media golongan zionis untuk berkuasa.
Dalam pertarungan politik dan ekonomi antarabangsa yang didalangi oleh kuasa besar dunia pula, menjadikan negara haram Israel rakan strategik untuk menjaga kepentingan mereka dirantau paling banyak membekalkan sumber tenaga kepada dunia, dan juga bertindak menjadi polis bagi pihak Barat terhadap dunia Islam.
Perkara ini ditambah lagi dengan sikap tidak saksama negara besar  yang menghalalkan negara haram Israel  memiliki  senjata pemusnah yang diharamkan kerana tanpa perikemanusiaan. Israel sudah membinanya sejak tahun enam puluhan lagi dan menghalang dengan apa cara sahaja bagi melindungi jenayah kemanusiaan yang dilakukannya. Walaupun melalui badan antar bangsa yang paling besar dan berpengaruh, sehinggalah menggunakan kuasa veto paling zalim.
Bagi umat Islam sudah menjadi perkara wajib membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang dizalimi, sehingga menjadi fardu ain kepada penduduk tempatan dan yang berjiran dan wajib mengikut kedudukan masing-masing di tempat yang jauh. Haram menerima kewujudan negara haram. Maka PAS yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian wujud dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak.
Walau pun banyak kalangan negara Arab menerima penyelsaian secara mewujudkan dua negara, ketahuilah bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Kalangan penganut agama Yahudi yang kuat berpegang dengan agama Yahudi menolak wujudnya negara Israel dan menghukumnya dosa besar kerana tindakannya adalah menggali kubur untuk kaum yahudi  sendiri, yang disedari melakukan jenayah dosa besar, membasahi bumi Palastin dengan  darah para anbiya dan ulama yang soleh.
Bagi Penganut Islam, bacalah firman Allah dalam beberapa surah. Diantaranya firman Allah:
وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (61 ) البقرة.
61.  Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. hal itu (terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.
Firman Allah:
إنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (21) أُولَئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ (22 ) آل عمران .
21.  Sesungguhnya orang-orang yang engkar kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka, bahawa mereka akan menerima siksa yang pedih.
22.  Mereka itu adalah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong.
Bagi penganut Islam yang mendirikan solat lima waktu yang diwajibkan, memanjatkan doa pada tiap-tiap rakaat sembahyangnya supaya dijauhkan bersifat golongan yang dimurkai Allah, maksudnya saperti golongan Zionis Yahudi tersebut.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
Baca Seterusnya - Negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud

Read more...

Sunday, January 29, 2012

Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat


oleh: Dr. Tengku Asmadi
Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80% pelajar tidak bermatlamat dan ini adalah punca utama pelajar melayu gagal bersaing. Menyedihkan tetapi itulah hakikatnya.

Matlamat memudahkan perancangan. Sekiranya anda ada matlamat, maknanya anda telahpun menetapkan apa yang mahu dicapai dalam suatu tempoh yang tertentu. Ini pastinya memudahkan lagi untuk anda merancang tugas anda setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. 

Matlamat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila anda punya matlamat maka anda merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya. Sebab sekiranya anda terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan bermakna anda menggadai masa depan anda sendiri. Mata pelajaran Sains seperti di atas tidak mungkin dapat dihabiskan hanya sekiranya anda meletakkan komitmen untuk mengikut jadual harian anda sendiri. 

Matlamat membantu anda membuat keputusan. Dalam kehidupan seharian anda pasti menyedari betapa sukarnya untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual harian anda. Malah mereka yang mampu mengikut jadual harian jumlahnya terlalu kecil, hanya sekitar 5% sahaja. Yang lain, sama ada langsung tidak mempunyai jadual harian atau ada jadual tetapi sekadar hiasan dinding dan tidak pernah diikuti. Kenapa ini berlaku? Jawapannya ialah sebab kita bukannya robot dan bukannya mesin yang boleh dijadualkan untuk berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap hari. 

Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor-faktor luar jangka. Tetapi dengan adanya matlamat anda pada bila-bila masa boleh mengubah perancangan harian anda asalkan ia tidak meninggalkan kesan atas perancangan jangka panjang anda. Anda boleh tidak belajar mengikut masa yang ditetapkan tetapi anda perlu ganti semula dan belajar pada waktu yang lain. Yang penting belajar tetap belajar. Yang penting setiap tajuk perlu dihabiskan dalam masa satu minggu seperti perancangan asalnya. Be flexible!! 

Matlamat membantu anda mendapatkan pertolongan. Apabila anda mempunyai matlamat anda mula mengatur perancangan. Apabila anda bertindak melengkapkan perancangan, anda mula menyedari dan mengenali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan pertolongan. Anda mungkin perlu berjumpa pensyarah setelah mengetahui ada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu mata pelajaran yang tidak anda fahami. Anda mungkin bertemu rakan-rakan dan berbincang dengan mereka. Ingat tidak ada rakan yang mahu membantu anda disaat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan. 
Matlamat pengukur kejayaan. Matlamat tidak akan tercapai dengan angan-angan atau impian kosong. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok hari ialah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Bagaimana anda tahu bahawa anda telah berjaya? Pengukur kepada kejayaan ialah matlamat yang telah dirancang. Sekiranya anda telah melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti yang dirancang maka anda dikatakan sebagai berjaya. Hari demi hari tanpa anda sedari anda mendaki puncak kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna. Jadi pastikan sekarang bahawa matlamat anda tidak terlalu kecil sehingga ia tidak bermakna, dan tidak pula terlalu besar hinggakan anda rasakan mustahil untuk mencapainya. Tetapkan satu matlamat yang anda begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.

“Bukanlah tuan gurumu itu seorang yang hanya kamu mendengar daripadanya, tetapi tuan gurumu yang sebenar ialah yang mana kamu telah mengambil ilmu daripada pengamalannya…” (Imam Ghazali)
Baca Seterusnya - Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat

Read more...

Syarat Memperolehi Ilmu Yang Dipelajari




Sesuatu ilmu yang dipelajari hendaklah dikuasai dengan sebaik-baiknya oleh pelajar tersebut. Walaubagaimanapun, ilmu bukan sekadar untuk dipelajari, malahan untuk difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sesuatu ilmu yang telah dipelajari tanpa mengamalkannya akan memberi kesan lupa.

Pepatah arab menyebutkan bahawa,

“Ilmu tanpa amal adalah seperti pokok yang tidak berbuah,”

Oleh itu, dalam konteks untuk menguasai sesuatu ilmu yang dipelajari termasuklah ilmu pengubatan Islam memerlukan usaha yang gigih serta pengorbanan masa, tenaga dan harta benda.

Perkara ini jelas disebutkan oleh Imam as-Syafie menerusi rangkap syairnya kepada seluruh penuntut ilmu.

“Wahai saudaraku, sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan ilmu kecuali dengan 6 syarat. Aku akan memberitahukannya kepadamu dengan jelas iaitu:

1)Mempunyai kecerdikan
2)Berminat
3)Bersungguh-sungguh
4)Mempunyai perbelanjaan
5)Hubungan baik guru dan murid
6)Tempoh masa yang panjang

Apabila syarat-syarat tersebut dipenuhi, nescaya seseorang itu akan dapat mengikuti proses pembelajaran dan mampu menguasainya. Pada hakikatnya, ilmu Allah swt itu sangat luas dan tidak terbatas.

Firman Allah swt dalam surah Lukman ayat 27:

“Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan menjadi tinta, dengan dibantu kepadanya 7 lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah maha perkasa, lagi maha bijaksana.”

Sumber: Buku Pengantar Perubatan Islam; Kaedah Rawatan Penyakit Berdasarkan Petunjuk Rasulullah Saw. Oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Timbalan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia), m/s:25-27
Baca Seterusnya - Syarat Memperolehi Ilmu Yang Dipelajari

Read more...

Sunday, December 4, 2011

PUASA SUNAT BULAN MUHARRAM - 9/10/11hb Muharram

Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya :


وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ
bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”.

Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.

Dari hadis riwayat Muslim berbunyi 


“إن عاشوراء من أيام الله..” 
bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”. 
Dalam satu riwayat bermaksud, “… dengan nikmat Allah taala”.

Dalam satu hadis menyebut 
“هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” 
bermaksud, “Hari ini adalah hari yang besar dimana Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”. 


Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم” 
bermaksud,“Hari ini ialah hari yang baik di mana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”. 

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda


“أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..” 
bermaksud,“Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel ke atas Firaun”.


يعني رمضان) وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري 
Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”.

Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.

Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah di antara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.
Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ?

Kebanyakan Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim).

Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan Ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas ra


 ويؤيده ما رواه ابن عباس “أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر” (الترمذي: 755 حسن صحيح)، 

yang bermaksud, “Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).

Ibadat puasa adalah salah satu tunggak Islam terpenting dalam membina rijal Dakwah dan generasi masa depan Islam yang gemilang.

Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas

 فقد سُئل ابن عباس عن صيام يوم عاشوراء فقال: إذا رأيت هلال المحرم فاعدد، وأصبح يوم التاسع صائمًا، قلت: هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه؟ قال: نعم (رواه مسلم: 1133 وأبو داود: 2446 والترمذي: 754 وأحمد: 1/239: 2135 صحيح) 

apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata bermaksud, “Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan’. Aku bertanya, ‘Begitukah Rasulullah saw berpuasa?’. Dia menjawab, ‘Ya’’. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja.
Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh bulan Muharram berdasarkan hadis 

“حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم (مسلم: 1134/133) 

bermaksud, “Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, ‘Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup’. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat”.

Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Dikalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai langkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.

Puasa mendidik jiwa pemuda pemudi Dakwah menjadi ikhlas kerana ia adalah ibadah yang tidak boleh dilihat oleh manusia yang lain, mendidik jiwa menjadi kental kerana ia adalah perbuatan yang melawan arus nafsu makan dan syahwat, mendidik jiwa menjadi penyayang kerana berlapar mengingat dan menginsafkan dia akan kehidupan orang fakir dan miskin yang sering dilanda kelaparan dan serba kekurangan.

Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasaHari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas

berdasarkan hadis riwayat Ahmad 

أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا”

 bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.

Ringkasnya, yang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.

Diriwayatkan bahawa generasi Islam terdahulu suka melatih kanak-kanak kecil berpuasa Hari Asyura dengan cara membawa mereka ke masjid dan membuatkan untuk mereka alat permainan di sana. Jika sesiapa dari mereka yang menangis kerana lapar, dia akan diberi alat mainan tersebut sehingga dia asyik bermain sehingga tiba waktu berbuka puasa 
(rujuk syarah hadis Muslim no 1136).

Kita berdoa kepada Allah swt agar diterima puasa dan amal ibadat kita di Hari-hari yang mulia ini, meningkatkan keperibadian Islam pada diri, keluarga dan masyarakat kita ke arah mendaulatkan kembali Islam di Negara, rantau dan dunia ini. Ameen.

Baca Seterusnya - PUASA SUNAT BULAN MUHARRAM - 9/10/11hb Muharram

Read more...

Saturday, November 26, 2011

Menghias solat dengan sifat malu





بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wb.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
 اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
وبعد

SESUNGGUHNYA apabila seseorang itu menyedari betapa lemahnya hendak mendirikan ibadah dengan cara paling sempurna,sehingga tidak terdaya untuk memenuhi masa sepanjang solat itu dengan betul-betul mengingati Allah swt,maka wajarlah ia merasa malu terhadap Allah swt.

Mengapa seseorang itu perlu merasa malu?Betapa tidak,jika dilihat dari persediaan yang dibuat ketika hendak mendirikan solat dimulai dengan mengambil air wudu' diikuti pula dengan persiapan pakaian yang baik-baik dan dilengkapi dengan memakai serban,bersugi dan sebagainya.Malangnya lebih banyak masa yang digunakan untuk persiapan daripada masa yang digunakan untuk mengingati Allah swt.Oleh kerana lalai menyebabkan amat sedikit masa yang digunakan bagi mengingati Allah swt di dalam solatnya.

Oleh itu wajarlah seseorang itu merasa malu terhadap Allah swt sebaik sahaja ia selesai menunaikan solat.Kerana mendirikan solat itu adalah untuk mengingatiNya semata-mata,sedangkan ketika solat jika masa yang digunakan itu kira-kira 10 minit,sayangnya hanya 1,2 minit saja yang ia ingat kepada Allah swt,selebihnya ingatannya melayang mengikut kemahuan hati,khayal dan lalai.

Jika ia tidak merasa malu dengan ibadah solat yang sedemikian rupa,malah mendakwa bahawa ia telah melakukan semua rukun fardhu di dalam solatnya,dan ia merasa tanggungjawabnya untuk mendirikan solat itu sudah pun tertunai.Alasan seperti itu hanyalah datangnya dari ahli ibadah yang jahil,sedangkan orang jahil itu(kedudukannya) adalah sebagai musuh Allah swt.

Tetapi orang yang merasakan bahawa ibadah solat itu sebagai suatu tuntutan fardhu yang hendak dibawa sebagai bekalan ke akhirat,maka sudah tentulah orang itu akan merasa malu.Ia malu kerana ibarat orang yang hendak menyerahkan hadiah kepada seorang raja,sayangnya apabila dibuka,hadiahnya itu cacat.Maka sudah tentulah ia merasa malu dimajlis tersebut kerana raja itupun sebenarnya bukan saja tidak perkenan dengan pemberian hadiah serupa itu malah raja akan murka dengan perbuatannya itu.

Wajarlah ia merasa malu memandangkan persiapan untuk mendirikan solat begitu rupa,ia wudu' untuk bersuci dan hadas,berpakaian indah,melakukan semua rukun dengan penuh kesempurnaan fizikal.Tetapi semua kesibukan lahiriah itu hanya ibarat orang makan keropok berbunyi berderap-derap dan habis 2,3 pinggan namun masih tidak juga kenyang.

Kesibukan ibadah solat yang hanya bersifat fizikal itu tidak memberi erti apa-apa di sisi Allah swt kerana yang dikehendaki dengan ibadah solat itu selain dan kesempurnaan syariat yang lahir ialah sejauh mana ingatan seseorang itu terhadap Allah,kerana tujuan solat itu ialah untuk mengingati Allah swt.

Malu itu akan hanya lahir apabila seseorang mengetahui keaiban diri dan segala kelemahan dirinya,disamping mengingat kebesaran Allah swt.Perasaan malu itu akan bertambah kuat apabila kesedaran semakin mendalam terhadap keaiban diri,kurangnya ingatan kita terhadap Allah swt serta dangkalnya rasa ikhlas,disamping keinginannya terhadap kesenangan hidup dunia yang segera telah mengatasi keinsafan dirinya dari mengingati dan merasai betapa besarnya kerja serta amal yang dikehendaki oleh Allah swt.

Patut benar orang itu merasa malu memandangkan bahawa begitu indahnya persiapan lahiriah yang telah dilakukan untuk ibadat solat itu,tetapi malangnya tidak pula seindah itu persiapan rohaniah yang disertakan.Ibarat  seseorang yang bersiap sedia menghadapi ketibaan pembesar yang hendak datang ke rumahnya,semua dinding luar rumahnya telah dicat begitu cantik,halaman rumahnya pun sudah dihias.Namun apabila sampai ke dalam rumah didapati penuh dengan sarang labah-labah serta keadaan berselerak dengan sampah sarap.Sudah tentu ini amat memalukan.

Sumber : siri tazkirah(Khusyuk dalam solat)/bab 11,ms 39
 Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz
Baca Seterusnya - Menghias solat dengan sifat malu

Read more...

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP