Showing posts with label Kisah Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Kisah Masyarakat. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

Lepak dan busking


Bismillah.

Berkesempatan busking bersama rakan-rakan musician. Sang faqir dah lama sebenarnya tinggalkan alat-alat instrument seperti gitar, mungkin dalam 5,6 tahun.

Tapi, oleh kerana sang faqir memikirkan ini adalah platform yang baik untuk dekati orang muda dalam 'street dakwah' maka sang faqir ambil keputusan hidupkan balik. Mungkin insyaAllah (dengan izin Allah), peristiwa ini akan diasah lagi sehingga menjadi lebih baik.


Terfikir, ada kalanya, jemput ustaz-ustaz membuat diskusi agama sambil busking dengan cara santai, agar setiap kali perjumpaan akan mendapat manfaat dan keredhaan Allah.


Lebih kurang bunyinya macam 'usrah' tapi kami lebih selesa menggunakan istilah 'Lepak dan busking'. Pandangan sang faqir, istilah 'usrah' mungkin nampak eksklusif untuk golongan tertentu dan lebih islamik. Jadi, sang faqir memperluaskannya lagi sebagai platform menyumbang kepada dunia dakwah mengajak masyarakat kepada islam.


Music bukan tujuan sebenar, ia sekadar wasilah untuk menggerakkan 'street dakwah' mendekati orang muda dengan cara seni musical.





14/Jan/2014 | Pandan Indah KL

FB : Asyraf Al-fandani

Wallahualam
Baca Seterusnya - Lepak dan busking

Read more...

Sunday, May 19, 2013

SISTEM PENDIDIKAN MELAHIRKAN ROBOT.





Setiap ibu bapa sentiasa inginkan yang terbaik bagi anak-anak mereka. Segalanya dibuat dengan teliti dan terbaik. Ibu bapa merancang dan menghantar anak-anak mereka ke mana-mana institusi (sekolah, pusat tusyen , pusat pengajian) yang dirasakan terbaik. Tidak dinafikan bahawa daripada tindakan ini, lahirkan ramai anak bangsa yang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Namun, saya khuatir melihat kecenderungan yang melampau ibu, guru, sekolah bahkan negara yang mahu melihat sebuah empayar robot ditegakkan (dalam lain kata keperluan sumber manusia) yang mungkin akan mengancam survival ummah kita sendiri..

Sistem pendidikan bukan lagi tempat untuk melahirkan adab. Ia bukan lagi tempat untuk melahirkan jiwa-jiwa manusia yang mampu mencorakkan peradaban dalam konteks Malaysia yang mempunyai latar belakang ketimuran dan keIslaman yang menebal. Sistem pendidikan juga bukan juga tempat untuk melahirkan manusia yang berfikir demi kepentingan manusia lain (yakni ummah) dan rela memperjuangkan keadilan. Sistem pendidikan bukan lagi tempat melahirkan manusia yang jernih hati dan pemikirannya, mampu mencetuskan revolusi dalam pemikiran masyarakat dan mampu mengubah masyarakat.


Sistem pendidikan kini menjadi sarana untuk melahirkan para lepasan yang hanya menurut, tidak bersikap kritikal dan tidak mampu memberi pulangan kepada masyarakat. Lihatlah bagaimana masyarakat melihat sekolah. Masyarakat melihat sekolah tidak lebih daripada pusat melatih anak-anak mereka supaya menjadi jurutera, peguam, doktor, pegawai dan apa jua profesion, bukan sebagai tempat pemusatan ilmu, kebudayaan, perpaduan, kecintaan , kesedaran dan pelatihan adab. Masyarakat mula memikirkan bahawa pendidikan ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan kesenangan yang tak kekal lama tanpa memikirkan fungsi asal sesuatu pendidikan.

Sistem pendidikan dilihat perlu diwujudkan demi membekalkan tenaga kerja kepada kilang-kilang, perusahaan-perusahaan, kelab-kelab, jabatan-jabatan kerajaan dan sebagainya. Sistem pendidikan juga menjadi komoditi utama dalam negara dan diperdagangkan sistem itu demi mendapat pekerja-pekerja yang bergantung sepenuhnya kepada sistem kapitalis yang direncanakan semenjak dulu. Manusia tidak lagi dipandang mulia kerana keilmuan dan kemurniaan akhlaknya, tetapi dipandang dengan berapa income bulanan, berapa buah motokar mewah, berapa nilai sebuah kata-kata.

Tidak salah untuk merubah nasib keluarga. Tidak salah untuk mengharumkan nama negara dengan kecemerlangan yang dicapai. Tidaklah salah juga untuk menikmati segala kemanisan dunia setelah bertungkus lumus menguruskan persekolahan anak-anak di bawah tanggungan. Namun masihkah kita mengerti terdapat tujuan yang lebih utama daripada sekadar kepentingan peribadi? Adakah kita sedar bahawa hidup ini bukanlah seperti "robot" bahkan "haiwan" ternakan sepertimana yang difirmankan oleh Allah?

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai"[al-A'raf : 179]

Saya tertarik dengan ungkapan Prof. Khoo Kay Kim terhadap apa yang dinamakan sebagai "pendidikan" sekarang ini. Beliau juga menjadikan terma "robot" dalam kritikannya terhadap insan yang "terkorban" dalam sistem pendidikan.

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."- Prof Khoo Kay Kim.

Dalam Daurah Ini Sejarah Kita (ISK) , selalu ditekankan bahawa manusia selalu dikaitkan dengan robot ,yang suka bermain, bergembira dan berehat apabila tiba masanya. Lalu dipusatkan pemerhatiannya hanya kepada dirinya sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Bicaranya hanya bicara tentang diri, isu ummah ditolak tepi kerana menyangkakan bahawa ia bukan urusannya. Masanya diatur dan diuruskan hanya berpusatkan kepentingan diri dan seputar isu dalaman diri. Kita mengulangi aktiviti kita secara rutin, sehari, seminggu , setahun. sepuluh tahun sehinggalah Malaikat maut menjemput kita. Ia rutin, dan sekadar rutin. Lalu kita menyangka bahawa kita sudahpun mencapai matlamat dalam kehidupan ini.

Lihatlah bagaimana Abul A'la melihat hasil yang dituai dari sistem pembelajaran berpusatkan diri. Syeikh Abul A'la Al Maududi merupakan seorang tokoh dakwah dan gerakan dan juga seorang pemikir.

"Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.

Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik in, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini." (Abul A'la Al Maududi, pengasas Jamaah Islamiyah Pakistan).

Kita sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini. Adakah kita termasuk dalam golongan yang selamat ? Atau leher kita telah dipotong dan dikelar dalam sistem ini? Masihkah kita tidak mengerti apa yang ingin disampaikan ? Mungkin ayat ini dapat merungkaikan persoalan yang masih berputar dalam benak hati kita.

Firman Allah Ta’ala:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )

Ayuh menjadi manusia !





Baca Seterusnya - SISTEM PENDIDIKAN MELAHIRKAN ROBOT.

Read more...

Friday, February 1, 2013

Hanya bergema di Masjid?


CINTA RASUL? BUKAN SETAKAT MAJLIS MAULID SAHAJA...

maka tadi telah berlangsunglah majlis Maulid Akbar bertemakan "Habibi Rasulullah" di Masjid Muadz Jabal, Setiawangsa. Majlis yg bermula dengan perarakan mini berakhir kira2 11 malam. kehadiran? aku rasa mau cecah 3 kali ganda kehadiran Maulid Akbar tahun lepas. gambar yang aku sertakan ini menjadi buktinya.

sejak kebelakangan ini, demam "maulid"
, "qasidah" dan "habib" benar2 melanda Malaysia. sebagai org yg mmg bertalaqi dengan para habib sejak 3 tahun lepas, peningkatan mendadak ini amat mengagumkan. aku ingat lagi masa kedatangan Habib Umar Hafidz ke Masjid al Falah, Subang Jaya pada ketika itu. meskipun kehadiran adalah ramai, tetapi tidak mencapai tahap kemeriahan Maulid Akbar malam ini. masa tu, qasidah2 adalah rarity. semasa aku memiliki album Habib Syech Assegaf, tak ramai antara sahabat2 aku di mana jua penah dengar pasal Habib nan satu dari Solo nih. bahkan, program berselawat anjuran TV AlHijrah yang awal2 aku pi dulu seperti di Masjid Saidina Hamzah Batu Muda juga menyaksikan kehadiran yang agak so-so; walhal siap ada live recording lagi tu.

how things changed.

kehadiran Habib Syech di KLCC dan Stadium Badminton menarik minat puluhan ribu orang. rancangan berselawat semakin mendapat sambutan. malahan demam itu melanda dunia facebook - begitu ramai sekali individu yg sibuk update status mengenai habib itu dan ini, upload link youtube qasidah2 yang dialunkan oleh para habib, sentiasa update status mengenai cinta Rasul dan pelbagai lagi. serius, ini adalah satu perkembangan yang bagus.

namun, sesuatu menjentik hati aku - apakah kecintaan kita terhadap Rasulullah itu hanya cukup sekadar meramaikan majlis Maulid? apakah cukup setakat update status syamail Rasulillah? apakah pantas setakat mengongsikan qasidah2 alunan para habib?

aku perhatikan manusia2 yg datang ke majlis Maulid Akbar tadi dan terfikir - berapa persenkan antara depa yg hadir ni benar2 merealisasikan segala sunnah Rasulullah yg kubro dalam kehidupan depa seperti perjuangan menegakkan Islam di muka bumi, menegakkan hukum Islam, menyebar dan menyampaikan dakwah Islam kepada kumpulan sasar yg lebih tepat dan sebagainya? aku perhati pula status2 di facebook yg dok bercerita ttg cinta Nabi, sayang Nabi dan sebagainya - apakah tukang2 update ini menerjunkan diri dalam perjuangan bersama jemaah utk menegakkan siasah? atau apakah dakwah itu setakat update status di fb semata2? atau setakat pasang cd Habib Syech dalam kereta lalu mengangguk2kan kepala mengikut rentak lagu Ya Hana Na?

aku amat suka fenomena Habib, fenomena cinta Rasul dan sebagainya. afterall, aku anak murid Habib Ali. tetapi aku terkilan jika fenomena itu gagal diterjemahkan utk memenangkan Islam di muka bumi Malaysia ni. dan kat negara ni, wasilah utk membentuk daulah adalah proses pilihanraya yg didukung semangat demokrasi. jadi berapa kerat sangatlah yg benar2 berjuang bersama jemaah utk menegakkan Islam dari segi siasah di Malaysia?

di saat kita bergembira memperingati Rasulullah s.a.w, masih ramai lagi yg hanyut di dunia luar sana. ketika aku menuju masjid Muadz, aku lalu sebelah Uptown Danau Kota. still, terlalu ramai lagi anak2 muda muslim kita yg terus hidup dalam kemaksiatan, kelaghaan dan kemungkaran. berapa keratkah antara "pencinta Nabi" ni yg pergi sentuh kumpulan yg kritikal ini?

jangan kita mengada2 nak sebut "urusan politik serahkan pada ahli politik" atau "urusan dakwah ni biar la ustaz dgn ustazah je yg buat". kalau benar kita cintakan Rasulullah, kita perlu ingat yang Rasulullah ni jack of all trades. semua perkara Rasulullah buat dan excel. dari segi ketua negara, segi pemimpin masyarakat, ketua keluarga, suami, bapa, datuk, sebagai pendakwah, sebagai peniaga, sebagai jeneral perang, sebagai panglima perang - u name it, he done it. and he done it so well. tak cukup lagi? para sahabat Nabi pun sama. depa buat macam2. semuanya demi utk mengembalikan manusia kepada Allah dan Rasulnya. itu yg sepatutnya kita buat.

jadi kalau benar kita cintakan Rasulullah, cinta itu harus dimanifestasikan. kita kena bergerak dalam jemaah siasah yg menegakkan Islam di malaysia ni menerusi jalan yg dibenarkan undang2 negara selagi ianya tak bertentangan dengan syarak. kita perlu turun padang berdakwah dan mendekati kumpulan sasar. kita kena mengamalkan sunnah dalam bisnes, dalam berinteraksi dengan masyarakat, kena sentiasa penuhkan masjid surau dan bukan hanya sekali seminggu atau sekali sepanjang tahun. amalkan sunnah dengan sebenar2nya, bukan setakat sarung jubah, serban dan shawl lalu berkata "akulah pencinta Nabi"!

janganlah tertipu dengan menyangka cinta kita terhadap Rasulullah itu cukup dibuktikan sekadar menghadirkan diri ke majlis maulid, mendengar qasidah para habib, atau update status cinta Rasul dan alunan qasidah para habib.

p/s : Perkongsian daripada 
Fais Al-Hajari (rakan FB)
Baca Seterusnya - Hanya bergema di Masjid?

Read more...

Friday, February 10, 2012

Sambutan Hari Kekasih


1. Memadu kasih antara dua insan lelaki dan perempuan adalah antara nikmat anugerah Allah swt kepada ummat manusia. Malah kasih dan cinta yang berputik lalu berbunga dan berbuah inilah menjadikan bumi ini meriah dengan penghuninya. Namun Islam tidak menetapkan hari - hari tertentu untuk meraikannya.

2. Adam dan Hawa pernah memadu kasih. Sunnah mereka berdualah menjadi fitrah ummah yang tidak mungkin boleh dipadam. Lantas Islam dibawa datang dari tuhan yang sama dengan tuhan yang telah mencipta manusia lalu menyatukannya dengan kasih dan cinta, malah tuhan yang sama jua telah menyusun kehidupan ini dengan penuh sistematik agar cinta tidak bernoda dan kasih tidak menjadi tragedi.

3. Islam mensyariatkan institusi perkahwinan untuk meluruskan kasih dan cinta. Justeru itu, Islam mengizinkan lelaki dan perempuan saling membina perasaan, memupuk rasa kasih serta memekarkan bunga cinta antara mereka selama mana mereka tidak membiarkan syaithan dan iblis menjadi perantara  yang menjerumuskan hubungan mereka ke lembah maksiat dan mungkar.

4. Anak - anak muda muslim dan muslimah boleh meraikan kekasih hati mereka terutama mereka yang telah berada diambang perkahwinan, sama ada sempena hari kekasih ataupun pada hari lebaran yang  lain selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam.  Antaranya :

a] pastikan tidak berdua - duaan, sebaliknya ditemani mahram
b] tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi
c] tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama
Ciri-ciri di atas adalah mengenai cara meraikan kekasih hati, sama ada bagi mereka yang berada di ambang perkahwinan atau yang telahpun mendirikan rumahtangga. Meraikan kekasih hati dengan syarat , adab dan akhlak yang saya nyatakan adalah dibenarkan oleh Islam. Inilah juga antara modul yang terdapat dalam Lajnah atau biro Baitul Muslim Jamaah Islam. Justeru, ia tidak kena mengena dengan Valentine's Day.
5. Valentine's Day bukan dari ajaran dan syiar Islam. Menetapkan 14 Feb saban tahun sebagai hari sambutannya juga tiada dalam Taqwim Islam. Justeru itu tidak berbangkit langsung soal keharusan ummat Islam menyambutnya saban tahun. Lagikan sambutan Maulud Nabi saw terdapat khilaf yang besar di dalam Islam, inikan pula sambutan Valentine's Day.

6. Mereka mungkin perlu bertemu pada saat - saat tertentu dengan memelihara adab dan akhlak yang telah saya nyatakan tadi, bagi mereka saling mengenali dan menyelami isi hati mereka sebagaimana mereka perlu membincangkan rancangan masa depan  dan persiapan mereka menghadapi gerbang perkahwinan.

7. Namun anak - anak muda muslim perlu elakkan budaya asing dan syiar agama lain dibawa masuk mewarnai corak dan gaya kehidupan mereka. Lantaran Islam sudah lengkap dengan tatacara dan gaya hidup yang indah dan  mendamaikan. Islam tidak pernah menghalang kemahuan dan keperluan manusia tetapi Islam memurnikan kemahuan dan mengurus keperluan mereka agar tidak terhindar dari redha Allah swt Tuhan yang mencipta mereka.

8. Meraikan kekasih hati tidak terhad kepada anak - anak muda yang belum berumahtangga, bahkan terlebih wajar ianya diraikan oleh pasangan yang sudah berumahtangga, samaada yang baru dibina ataupun yang sudah lama. Keraian tersebut boleh menyuburkan rasa kasih dan cinta yang sekian lama bersemi. Hubungan suami isteri bertambah intim dan keluarga kian erat. Terutama seorang pejuang, terlebih aula ia memiliki rumahtangga yang mendamaikan agar aksi di medan juang lebih berkesan.

9. Saya mengesyorkan, sempena hari kekasih  ataupun apa jua nama hari lebaran yang membawa maksud serupa, diraikan dengan hadiah dan ziarah. Jika melibatkan pasangan yang belum diijab kabul, pastikan 3 adab dan akhlak yang telah saya tegaskan tadi laksanakan.

9.  Tidak susahkan ? hanya perlu ditemani mahram seperti adik beradik ataupun ibu bapa serta berpakaian menutup aurat.  Ianya untuk keselamatan anda juga. Ingat, kita hidup di zaman yang sangat terdedah kepada kemungkinan maruah kita dicalar dan diragut dengan begitu mudah dan rakus  jika kita tidak mengambil langkah berhati - hati.
10. Saya di sini hanya mengemukakan alternatif agar anak - anak muda muslim tidak perlu terpengaruh dengan budaya dan syiar agama lain. Sebaliknya Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam membina rasa cinta dan menyemai benih kasih.

11. Matlamat tidak menghalalkan cara sebagaimana cara yang salah tidak boleh dilakukan biarpun untuk mencapai matlamat yang baik. Justeru itu, cara jangan bertentangan dengan syariat dan matlamatnya pula mestilah berasaskan syariat Allah swt.
12. Saya ucapkan selamat meraikan kekasih hati anda dengan akhlak Islami. Semoga rumahtangga anda, samaada yang bakal dibina atau yang telah lama dibina akan senantiasa dirahmati dan diberkati Allah swt.
Nota : sempena sambutan Maulidur Risaalah, saya juga mengharapkan semua khasnya anak - anak muda muslim/ah meletakkan rasa kasih dan cintanya kepada Junjungan Besar Nabi kita Muhammad saw. mengatasi cinta dan kasih kita kepada manusia yang lain.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Baca Seterusnya - Sambutan Hari Kekasih

Read more...

Tuesday, January 24, 2012

Semuanya gara-gara Hantu Bonceng


:: Sesuatu yang menjadikan zizan berbeza dari yang lain ::

Semua maklum kini Zizan Raja Lawak amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus ( Original ). Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. :) 

Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. 

Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah, juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik. 

Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam. (pada malam yang sama). Mereka tawarkan Zizan RM18,000.

Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur. (Kerajaan Negeri Selangor). Namun, atas dasar menghormati Zizan salah 1 faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000. 

Bayangkan.. ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi. Bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis Ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur2 dakwah. Allah PASti akan bantu. InsyaAllah. takbir!!!


sumber
Baca Seterusnya - Semuanya gara-gara Hantu Bonceng

Read more...

Sunday, November 13, 2011

Tarikh 11.11.2011



Tarikh 11.11.2011 bsamaan Hari Jumaat,kita kehilangan tiga butir mutiara yg brharga..AlMarhum Syeikh Muhammad An-Najjar (pengasas Ikhwan Muslimin di Gaza dan rakan As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin) saudara Kamarulzaman Abdullah (pegawai Khas YB Dato' Husam) yg gigih mempjuangkan isu Royalti Kelantan dan saudara Fareez Izhar (aktivis PMRAM yg komit dgn kerja dakwah)..


Walaupun mereka berlainan posisi kerja tetapi matlamat mereka tetap satu iaitu MARDHATILLAH..Damailah mereka di sisi Tuhan mereka.


 "Dari ALLAH mereka datang, kpd ALLAH mereka telah kembali.."
Baca Seterusnya - Tarikh 11.11.2011

Read more...

Friday, November 11, 2011

Antara Persoalan Kahwin Awal






Assalamualaikum wb.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
 اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
وبعد





Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)


5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)



"..klik utk besar.."

Baca Seterusnya - Antara Persoalan Kahwin Awal

Read more...

Thursday, November 10, 2011

Menyingkap Tabir Pengurusan Rumahtangga Hassan Al-Banna


Assalamualaikum wb.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
 اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
وبعد





Siapa sangka, susuk tubuh yang diinfaqkan pada jalan dakwah dan Islam ini merupakan seorang yang cukup menjaga hal ehwal rumahtangganya. Beliau sememangnya seorang yang sangat mengambil berat dalam pengurusan keluarganya walaupun kehidupannya sarat dengan lelahan tugas menuruni lapangan bersama jutaan rakyat Mesir. Keperibadiannya dalam meneladani akhlak yang diajarkan Rasulullah saw mengupayakan dirinya dicontohi ummah sama ada diluar rumah mahupun individu keluarganya, dan saudaranya dalam Ikhwanul Muslimin.

Pemikirannya bukan sekadar untuk ummah, bahkan turut dikongsi bersama ahli keluarganya. Beliau dengan senang hati menulis sendiri  senarai keperluan barang rumahnya bagi setiap bulan lantas beliau yang mempunyai sahabat yang juga anggota Ikhwanul Muslimin yang bernama Sayyid Sabiq Shihabuddin yang menguruskan sebuah kedai runcit. Kesungguhannya menjaga keperluan ahli keluarganya membuktikan beliau begitu menitikberatkan segala perkara yang harus diberikan perhatian sebagaimana kaedah Rasulullah saw yang diteladaninya.

Sifat lemah lembutnya menawan hati anak-anaknya lantas sifatnya menambat hati mereka untuk mentaati kepadanya walaupun tanpa arahan mahupun suruhan ke atas sesuatu kerja. Malah anak-anaknya sangat segan untuk melanggar arahannya, bukan kerana takut tetapi kesan didikan yang cemerlang terhadap anak-anaknya telah membuahkan rasa hormat dan kasih terhadap seorang ayah.

Hukuman Terhadap Anak-Anak

Ahmad Saiful Islam, seorang peguam, ahli Parlimen yang juga salah seorang anak Hassan Albanna menceritakan bahawa semasa kecilnya, beliau pernah melakukan kesalahan yang dilakukan pada suatu pagi, lalu mengakibatkan dirinya dicubit oleh ayahnya. Sepanjang hidupnya, itulah hukuman yang paling berat pernah beliau dihukum oleh ayahnya Hassan Al-Banna. Namun pada waktu tengaharinya, Hassan Al-Banna menghubungi anaknya itu sambil mententeramkannya kembali lalu berdamai bersamanya. Pendekatan ini sangat terkesan dihati Saiful Islam yang mengimbau kembali saat bersama ayahnya itu.

Sangat Mengambil Berat Perkembangan Kesihatan dan Akademik Anak-Anaknya

Anda pastinya merasa kagum bahawa Hassan Albanna dalam kesibukannya memberi ceramah dan usrah serta menghadiri kebanyakan perjumpaan awam dan khusus, beliau masih berkesempatan dalam menyusun serta memiliki database yang cemerlang untuk setiap anaknya. Beliau menyediakan satu fail khas bagi setiap anaknya bagi dicatatkan sendiri olehnya tarikh lahir, mahupun tarikh-tarikh yang berkaitan. Bahkan maklumat yang berkaitan perubatan anak-anaknya juga turut dicatatkan termasuk laporan lalu dan ini sememangnya memberikan kemudahan kepada para doktor yang merawat anaknya. Bayangkanlah setiap kali anaknya mengambil ubat dan berapa lama dimakan ubat,  juga dinyatakan serta tempoh kesakitan yang dialami.

Hassan turut menghadiahkan sebuah perpustakaan yang khusus kepada Saiful Islam dan turut memberikan perbelanjaan bulanan bagi keperluannya membeli kitab-kitab bacaan.

Buku laporan anak-anaknya turut memuatkan laporan prestasi akademik anak-anaknya. Saiful Islam menceritakan bahawa , “Ayah saya juga menyimpan semua sijil-sijil pelajaran anak-anaknya berserta catitan tertentu seperti: Saif perlu menekankan subjek ini dan dia lemah dalam subjek itu…. Wafa’ pula memerlukan pertolongan dalam subjek ini… Begitulah secara umumnya apa yang beliau lakukan terhadap anak-anaknya.”

Hassan Al-Banna Menyantuni Saudara Maranya

Sunnah Rasulullah serta ajarannya sangat menyelimuti keperibadian Hassan Albanna. Setelah beliau berkahwin dengan isterinya, beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mengenali setiap kaum keluarganya seorang demi seorang serta menziarahi mereka walaupun mereka itu tinggal berjauhan. Bahkan beliau juga turut menyayangi seluruhnya sehinggakan walaupun hubungan kekeluargaan sudah jauh dan bukan seibu sebapa bagi sebelah isterinya, Hassan bersungguh menziarahi mereka sehinggakan perkara ini sangat mengagumkan isterinya. Ketelitian dan kesungguhan ini adalah disebabkan beliau sangat menjaga apa yang dipesankan Rasulullah saw itu sendiri.

Tarbiyah untuk Anak-anaknya.

Saiful Islam bersama kakaknya Wafa’ sewaktu bulan Ramadhan memperuntukkan waktu selama sejam sebelum maghrib untuk membaca al-Quran. Proses bacaan ada ketika Hassan Al-Banna juga turut memperdengarkan bacaannya kepada anak-anaknya sambil mengikutinya. Akibat terlalu kerap dengan cara berkenaan, mereka mulai terbiasa dan lali lalu beliau menunjuki tempat bacaan tersebut. Proses ini mengajar kepada mereka bahawa Hassan Albanna berusaha mendidik anaknya dengan proses pendidikan yang baik.

Beliau juga memastikan bahawa bahan bacaan anak-anaknya juga diberi perhatian. Beliau tidak menengking sewaktu Saiful Islam memiliki bacaan seperti tulisan Arsin Subin, Sharlock Holmes berkenaan kisah-kisah polis. Sebaliknya beliau berkata kepada Saiful bahawa “Ayah akan memberikan bacaan kepada kamu bacaan yang lebih baik…”. Di antara beberapa buah buku yang dihadiahkan beliau adalah Sejarah Puteri Yang Mempunyai Keazaman Yang Tinggi, Sejarah ‘Antarah bin Syadad, Saif bin Zi Yazn, Kisah Umar bin Abdul Aziz dan lain-lain.

Begitulah cermatnya Hassan Albanna dalam menguruskan perihal rumahtangganya, yang seharusnya menjadi suatu peringatan kepada para dai’e mutakhir ini agar senantiasa ringan dalam mencontohi teladan yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw. Beliau memudahkan segala urusan yang dipikulnya dengan begitu bersemangat, dan tidak memperlekehkan urusan yang ditekankan dalam kesibukan berdakwah. Dalam menampilkan kesyumulan Islam yang tidak meninggalkan urusan politik, dakwah, amar makruf dan nahi mungkar, ekonomi, sosial, akhlak dan lain-lain, beliau telah menjalurkan garisan yang sangat jelas kepada ummah berpandukan sunnah Rasulullah saw yang mulia. Semoga cemerlangnya dakwah sehingga terbentuknya Khilafah Islamiyah melalui Daulah Islamiyah juga turut memikul kecemerlangan yang terhasil daripada Baitul Muslim yang cemerlang.

Rujukan: Olahan Buku Memperingati Imam As-Syahid Hassan Al-Banna,Editor: Ustaz Riduan Mohamad Nor.
Baca Seterusnya - Menyingkap Tabir Pengurusan Rumahtangga Hassan Al-Banna

Read more...

Monday, November 7, 2011

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA



::..PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..::

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti 
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA



sumber
Baca Seterusnya - PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA

Read more...

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP