Showing posts with label Motivasi (NEW). Show all posts
Showing posts with label Motivasi (NEW). Show all posts

Sunday, January 29, 2012

Modul: TANAH PUSAKA


  1. MASA : 15 MINIT
  2. PERALATAN / BAHAN
  3. Lukisan Berbentuk “L” (dalam Lampiran)
 OBJEKTIF




  • Menunjukkan kepentingan memecahkan tradisi berfikir kepada pemikiran anjakan pradigma
  • Memberi pendedahan kepada peserta supaya menggunakan cara yang lebih kreatif untuk membuat sesuatu @ berdakwah 
  • Untuk melahirkan nilai-nilai seperti kaizen(sentiasa memperbaiki diri), berusaha, cekal dan bangga.
MODUS OPERANDI
  1. Fasi dikehendaki mengedarkan lukisan berbentuk “L” 
  2. Fasi menerangkan yang lukisan itu adalah sebidang tanah pusaka.yang perlu dibahagikan kepada 4 orang waris.
  3. Peserta dikehendaki membahagikan tanah itu kepada 4 kawasan yang sama keluasannya dan bentuknya. 
KESIMPULAN
  1. Kita mestilah berfikir secara lebih kretif dan kritis untuk menghadapi cabaran hidup dunia hari ini. 
  2. Berusaha melakukan yang terbaik dengan sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri dan mengajak orang lain 


Contoh

Baca Seterusnya - Modul: TANAH PUSAKA

Read more...

Wednesday, November 9, 2011

MENERIMA HAKIKAT DIRI




Assalamualaikum wb.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
 اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
وبعد





"Jika anda dilahirkan 5 kaki 2 inci, terimalah hakikat ini kerana ia kejadian semulajadi anda. Apapun yang anda lakukan anda akan tetap setinggi itu.

Jika anda mengetahui anda tidak akan menjadi seorang ahli sukan yang handal kerana kekurangan tenaga dan stamina, akuilah hakikat ini kerana ALLAH telah menyediakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang anda mahukan itu.

Tidak semua orang boleh menjadi seperti P. Ramlee, Lat dan Mahathir Mohamad, tetapi setiap orang boleh menjadi seseorang yang hampir menyamai kecemerlangan mereka berdasarkan apa yang telah ALLAH sediakan untuk mereka.

Anda boleh berjaya dalam bidang anda, mengikut pada bidang yang anda lalui. Sebagaimana saya sering menginginkan kebolehan terbang seperti Superman sewaktu kecil, saya akui hakikat bahawa manusia tidak boleh sama dengan burung.

Seekor burung telah dianugerahkan ALLAH dengan fizikal yang demikian untuk menjalani hidupnya dan demikianlah saya, anda dan semua orang.

Sebagaimana corak di jari berbeza, begitulah setiap individu. ALLAH yang Maha Kaya telah menjadikan setiap ciptaan-NYA berbeza. Demikianlah dalam membina kejayaan, setiap orang unik dengan fizikal dan personalitinya, kejayaan juga turut unik dan berbeza.

Ahli-ahli jiwa mengatakan, salah satu faktor yang menghalang kejayaan bukan disebabkan kurang pintar tetapi kerana kurang yakin kepada diri sendiri. Penyakit ini akan membunuh minat dan menghambat kemajuan seseorang. Bagaimanakah mengatasi perkara begini:-

Fikirkan kejayaan bukan kegagalan
Selalu katakan kepada diri sendiri, ‘Aku lebih baik daripada yang aku sendiri sangka.’
Berjiwa besar
Keras kemahuan dan kehendak
Semoga kejayaan milik anda jua akhirnya.

Motivasi oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Sudah pastilah cintaKu kepada orang-orang yang saling menziarahi keranaKu,
Sudah pastilah cintaKu kepada orang-orang yang saling cinta-menyintai keranaKu,
Sudah pasti pula cintaKu kepada orang-orang yang saling membantu keranaKu.”
*hadis Qudsi*

-Mahasiswa bermotivasi teras keunggulan modal insan Negara-
Baca Seterusnya - MENERIMA HAKIKAT DIRI

Read more...

Petua memilih sahabat



Assalamualaikum wb.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
 اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
وبعد



Berkata Hukamak:

"Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adalah ia seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlu engkau bertanya di sana sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikuti kelakuan dan dan perbuatan kawannya itu".

Berkata Ulama’

"Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itupun memanfaat ilmunya kepadamu.


Petikan Dari Nasihat Al-Qomah Kepada Puteranya:

Berpesan Al Qomah kepadanya, "Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yg memiliki sifat yg berikut:

1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.

3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.

4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.

5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.

6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.

8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.

9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.

10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.
Baca Seterusnya - Petua memilih sahabat

Read more...

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP