Wednesday, January 15, 2014

Lepak dan busking


Bismillah.

Berkesempatan busking bersama rakan-rakan musician. Sang faqir dah lama sebenarnya tinggalkan alat-alat instrument seperti gitar, mungkin dalam 5,6 tahun.

Tapi, oleh kerana sang faqir memikirkan ini adalah platform yang baik untuk dekati orang muda dalam 'street dakwah' maka sang faqir ambil keputusan hidupkan balik. Mungkin insyaAllah (dengan izin Allah), peristiwa ini akan diasah lagi sehingga menjadi lebih baik.


Terfikir, ada kalanya, jemput ustaz-ustaz membuat diskusi agama sambil busking dengan cara santai, agar setiap kali perjumpaan akan mendapat manfaat dan keredhaan Allah.


Lebih kurang bunyinya macam 'usrah' tapi kami lebih selesa menggunakan istilah 'Lepak dan busking'. Pandangan sang faqir, istilah 'usrah' mungkin nampak eksklusif untuk golongan tertentu dan lebih islamik. Jadi, sang faqir memperluaskannya lagi sebagai platform menyumbang kepada dunia dakwah mengajak masyarakat kepada islam.


Music bukan tujuan sebenar, ia sekadar wasilah untuk menggerakkan 'street dakwah' mendekati orang muda dengan cara seni musical.





14/Jan/2014 | Pandan Indah KL

FB : Asyraf Al-fandani

Wallahualam

5 comments:

ieta Mat Sa'ad January 24, 2014 at 3:18 AM  

Tahniah ustaz. Smart pula saya nampak header blog dan susunan blog ustaz nih. Teruskan usaha dakwah ustaz. Sampaikan salam sy pada vokalis Fazs Band, Ibnu Saidieya tu ya :)

Akh asyraf Al-fandani January 24, 2014 at 5:48 PM  

Terima Kasih. Doakan semua berjalan dengan lancar. Susah juga sebenarnya nak buang jiwa seni dalam diri ni. Bila direnung balik, ia kurniaan Allah, cuma berbalik kepada kita cara mengurus dan di mana mahu dibawa. Kepada hawa nafsu atau kepada Allah?

Tengkubutang January 29, 2014 at 9:47 PM  

Haiiiii..Cakkk!! kemasnya blog ni..
done follow sini no. 218
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. February 4, 2014 at 9:57 PM  

Takpe Ustaz.... Rasulullah pun tak melarang kita berhibur. Cuma kitalah yg perlu bijak utk mengyrusnya. Ustaz bila nak buang captcha word tu ustaz? Akak dah buatkan tutorial khusus utk ustaz dah tu. Hihi...

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP