Showing posts with label :::landskap politik:::. Show all posts
Showing posts with label :::landskap politik:::. Show all posts

Friday, November 6, 2009

Dalam negara

Written by Pengurus Laman(pemudapandan.net)
kedahALOR SETAR, 6 Nov: Kerajaan negeri Kedah berjaya meningkatkan pendapatan hasil hutan negeri sebanyak 205.5 peratus apabila pendekatan tender terbuka dilakukan.

Peningkatan ini berjaya dibuat walaupun jumlah kawasan balak yang ditebang tidak meningkat, kata anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

"Semasa BN memerintah Kedah dahulu balak yang diluluskan ditempat lain, tempat lain pula yang ditebang.

"Sehektar balak milik rakyat yang untungnya mungkin mencapai puluhan ribu ringgit tetapi hanya RM1000 sahaja premiumnya kembali kepada kerajaan ketika itu.

"Dengan tindakan terkini Datuk Seri Azizan membuka tender balak maka sekaligus ia melonjakkan pendapatan yang diraih oleh Kerajaan Negeri Kedah.

"Dengan tender terbuka ini perolehan pendapatan hutan ini telah meningkat 205.5 peratus jika dibandingkan semasa pentadbiran BN dahulu," katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah berkata, bagi tahun 2007 semasa Kedah ditadbir oleh Kerajaan BN pendapatan Kerajaan Negeri ketika itu hanyalah berjumlah RM9.21 juta dan kini telah meningkat kepada RM28.14 juta.

"Dengan peningkatan jumlah ini maka banyak manfaat dapat digunakan bagi kesejahteraan dan kebajikan rakyat negeri Kedah. Ini semua adalah ekoran kepimpinan kerajaan negeri yang memahami permainan politik balak yang telah dimainkan sebelum ini oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab,"katanya lagi.

Kerajaan negeri juga terpaksa berdepan dan menanggung kesilapan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional(BN) sebelum ini dengan mewariskan legasi hutang mereka berjumlah RM2 bilion.

Menurut Mohd Nasir, prestasi pentadbiran Kerajaan Kedah dibawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi tahun pertama sepertimana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 menunjukkan kewangan Kedah adalah memuaskan._

Baca Seterusnya - Dalam negara

Read more...

Wednesday, November 4, 2009

PERINGATAN!!!

FACEBOOK DARK SIDE – fakta yang perlu kita tahu mengenai FACEBOOK.

- Penulis: rohaizad.com
-disediakan oleh asyraf Al-fandani-


dark_side_of_facebook.gif

Aku baru terbaca mengenai tulisan Khai di blognya mengenai Facebook. Selepas selesai membacanya, aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai Facebook ini. Walaupun bagi sesetengah orang cerita ini cerita lama, tetapi apa salahnya aku kongsikan sekali lagi sebagai info tambahan.

Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog.
Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betul`kan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.

facebook_darkside_cia.gif

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?
Sedarkah kita bahawa semua data-data yang ada di Facebook itu ada kaitan dengan CIA?
Tahukah kita bahawa semua data itu boleh diakses oleh sesetengah pihak dengan mudah?
Tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita malah keluarga kita!!
Sila lihat slide flash ini:
http://albumoftheday.com/facebook/

Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita… senang sikit!”

Malang sekali bukan itu yang berlaku.
Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita:
facebook_darkside_1.gif

Cuba bayangkan!!!
Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk orang-orang tertentu mendapatkan data peribadi kita dengan PERCUMA. Mengapa?

Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.

Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?
Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?

- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule…. habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Halo…
Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.
Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita!
Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya:

Esok kalau katakan ada pihak yang ingin membuat onar, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Macam-macam yang mereka boleh buat kepada golongan bijak pandai ini. Ini adalah kerana mereka sudah tahu dimanakah golongan bijak pandai tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?

Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!

Memang betul.
Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.
Dan ini juga adalah satu fakta:

Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini, kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.

Sila klik banner di bawah untuk pemahaman lanjut:
facebook_darkside_4.gif

Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.
cia_facebook.gif

Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan mende PERCUMA sebegini.

Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…

Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?
Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.

Baca Seterusnya - PERINGATAN!!!

Read more...

Tuesday, November 3, 2009

:::info facebook:::MESTI BACA!!!

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008?

Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?
tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?



Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi
pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui
Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B’inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?

Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

  • salam semua...,mcm mn dgn post kali ni,marilah kite semua sama2 fikir2kan,renung2kan...,kite skrng ni brd di mana?jln yg diredhai @ dihina oleh Allah swt...?secara sedar tak sedar kite jaga solat...,rupa2nye,pada masa yg same,kite turut sekali menyumbang & membantu yahudi utk menjatuhkan islam pada hari ini...
  • sering kali kite berbicara bersama rakan...,mngenai dunia islam,daulah islamiyah,negara islam,politik,FB..cth : -"guna facebook ape salahnye,kite guna lah FB ni dgn cara islam walaupn dtg dr yahudi sendiri,kan?"jgn lagho2 dah laa...
  • TAPI,bagi aku,knp x terfikir mcm mn kite nk buat 'site'@web' yg sebegitu rupa?Jika betul,FB tu menyumbang pada ekonomi yahudi..,hari ini harus kite sedar dan fikirkan bagaimana nk 'create' web sebegitu rupa & ms yg sama dpt disalurkan pada ekonomi org2 islam...nk kate,xde bidang 'IT' dlm MALAYSIA ni,ade...adakah negara ni GAGAL melahir seseorang yg betul2 pakar IT jauh berkualiti...?kenapa msti yahudi mendahului kite dlm perkara sebegini...?
  • Memang, kalau kite berbicara ttg isu ni...,pasti dan pasti harus berjiwa BESAR!bkn berjiwa KECIL yg hanya mampu berkata2....
  • aku ni x lah a'lim sangat pun,tapi sekurang2nya!ade perasaan sensitif ttg perkara ni,so mcm mn..?bnyk pilihan...1.Teruskan....2.Tutup akaun FB(BOIKOT)....3.Berfikir & bertindak (cari kwn2 yg pakar bdg it,)
semua persoalan dan cadangan di atas hanyalah pendapat peribadi...tp,same2lah berfikir dan renungkan...wallahutaa'la a'lam...

-kalau nak komen dipersilakan...


__________________
Tetapkan Matlamat dan Impian Anda, Biar Rakan Lain Baca Dan Doakan.
Baca Seterusnya - :::info facebook:::MESTI BACA!!!

Read more...

Friday, October 30, 2009

:::Malaysia:::


KUALA LUMPUR, Malaysia — Malaysian authorities have confiscated more than 15,000 Bibles in recent months because they referred to "God" as "Allah," a translation that has been banned in this Muslim-majority country, Christian church officials said Thursday.

The alleged seizure of the Bibles, imported from neighboring Indonesia, is certain to reignite complaints by religious minorities that their right to practice their faiths freely has come under threat as the government panders to the Muslim majority.

A growing sense of discrimination among the minorities is chipping away at Malaysia's reputation as a harmonious multiethnic nation that practices a moderate brand of Islam.

The Rev. Hermen Shastri, general secretary of the Council of Churches of Malaysia, said authorities seized a consignment of 10,000 copies sent from Jakarta to Kuching in Sarawak state on Sept. 11 because the Indonesian-language Bibles contained the word "Allah."

Indonesian language is similar to Malaysian language, both of which use "Allah" as translation for God in both Islamic and Christian traditions.

Another 5,100 Bibles, also imported from Indonesia, were seized in March, said an official from the Bible Society of Malaysia, who asked not to be named for fear of angering the government.

A Home Ministry official said he was not aware of the seizures. He said he couldn't be named without his superiors' clearance.

Malaysia has banned non-Muslims from using the word "Allah" in their texts, saying the word is Islamic and may upset Muslims. About 60 percent of the country's 28 million people are Malay Muslims while 25 percent are ethnic Chinese and 8 percent are Indians. Many of the Chinese and Indians are Christians.

Baca Seterusnya - :::Malaysia:::

Read more...

Wednesday, October 28, 2009

:::rekod cemerlang pentadbiran kerajaan negeri Pimpinan PAS:::


HULU TERENGGANU – Kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS menunjukkan rekod cemerlang pemerintahan apabila kesemua kerajaan tersebut berjaya membayar hutang kepada kerajaan pusat.

Terbaru, kerajaan Kedah yang di pimpin Menteri Besarnya Dato' Seri Azizan Razak telah berjaya membayar hutang peninggalan Umno-Barisan Nasional (BN), walaupun baru sahaja menerajui tampuk pemerintahan sejak Mac, 2008.

Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di pekan Manir, dekat sini, 16 Oktober lalu.

”Tengok (negeri) Kedah, sebelum kita menang, sebelum Dato’ Seri Azizan jadi Menteri Besar, Kedah berhutang RM2 bilion dengan kerajaan pusat,

”tahun ni buat kali pertamanya, Kedah membayar (hutang sebanyak) RM10 juta,”katanya

Menurutnya, perkara tersebut telah dibentang dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.

Katanya, apabila mendengar laporan tersebut, Najib ’berasa malu’ terpinga-pinga dan tidak berkata apa-apa, akhirnya bertanya kepada Menteri Besar Selangor, bilakah Selangor akan membayar hutang kepada kerajaan pusat.

Hasrat ’menutup malu’ dan cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah dipulangkan ’paku buah keras’ oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

”Kerana ’tidak ada arah’ akhirnya pusing ke arah Menteri Besar Selangor, lalu bertanya, bila Selangor mahu bayar hutang,

”Menteri Besar Selangor menjawab ’dengan cerdik’ dan berkata, hutang kita (negeri Selangor) bukan saya yang buat, tapi milik anak’Toyo’ (Dato’ Seri Mohd Khir Toyo) sebelum ini,”jelas Nik Amar.

Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno-BN adalah negeri yang paling teruk berhutang namun tidak pernah membayar hutang.

Sebaliknya berdasarkan rekod yang disemak Buletinonline, negeri-negeri dibawah pemerintahan PAS telah berusaha membayar hutang kerajaan, walaupun hutang tersebut telah dibuat oleh kerajaan Umno-BN (Lihat jadual)

Sebagai contoh, sehingga bulan Oktober 2008, Kerajaan negeri Kelantan telah berjaya membayar

sejumlah RM220 juta hutang kepada kerajaan pusat sejak memerintah Kelantan bermula tahun 1990.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta.

Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta.

Perkara yang sama telah dilakukan oleh kerajaan PAS Terengganu diantara 1999 sehingga 2004 lalu.

Kerajaan Barisan Alternatif (BA) negeri Terengganu (ketika itu) yang dipimpin oleh PAS telah membayar balik hutang peninggalan kerajaan Umno-BN sebanyak RM37,115,398.89 kepada kerajaan Pusat.

Bayaran balik yang dilakukan pada tahun 2000 itu terdiri daripada pokok sebanyak RM24,590,666.52 dan faedah berjumlah RM12,524,732.37.

Perkara diatas telah didedah oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Menteri Besar Terengganu ketika itu.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani (PAS-Rantau Abang) pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kesepuluh, pada bulan April tahun 2002.

Justeru, dengan rekod cemerlang tersebut, Nik Mohd Amar ketika mengakhiri ceramahnya berkata, rakyat Malaysia tidak perlu ragu untuk memilih PAS menjadi kerajaan dan melantik dikalangan pemimpin PAS untuk menjadi Menteri Besar sesebuah kerajaan.

Sumber: Buletin Online

Baca Seterusnya - :::rekod cemerlang pentadbiran kerajaan negeri Pimpinan PAS:::

Read more...

Thursday, August 13, 2009

ppsmi

Bahasa Inggeris dan
Pemansuhan PPSMI
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/



Source



Tahniah saya ucapkan kepada para pejuang bahasa yang menolak pelaksanaan PPSMI selama ini. Apa yang diperjuangkan oleh mereka iaitu pengajaran Matematik dan sains di dalam bahasa ibunda bakal menjadi kenyataan bermula tahun 2012 selepas pimpinan kerajaan membuat keputusan untuk membatalkannya setelah enam tahun ia dilaksanakan.


Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata :-
"Sebelum ini kita banyak mendapat memorandum meminta untuk mengkaji semula, maka kita menetapkan supaya satu kajian dibuat mengikut tempoh pelaksanaan dasar itu iaitu selama enam tahun (2003 hingga 2009). Dan semalam keputusan telah dicapai menerusi kajian selama enam tahun itu. Itu membuktikan keputusan semalam dibuat bukan kerana desakan"

Ia jelas, menunjukkan desakan mengkaji semula mendapat perhatian kerajaan, tetapi keputusan muktamad kerajaan itu sebenarnya lebih dipengaruhi oleh hasil kajian mereka sendiri dan bukannya kerana terpengaruh dengan desakan demi desakan dari pelbagai pihak termasuk kesemua Sasterawan Negara dan parti pembangkang. Seorang pimpinan parti kerajaan dilaporkan berkata[1] ,

''UMNO Johor sejak mula lagi tidak bersetuju dengan PPSMI. Pembangkang jangan pula kata ini usaha mereka kerana perubahan dasar ini dibuat setelah kajian teliti dan perbincangan dilakukan pelbagai pihak,

Itulah gambaran politik yang belum cukup matang malah kurang sihat sebenarnya, semua parti kelihatan asyik cuba mengelak dari pihak lawan mendapat kredit atas tindakan dan keputusannya. Parti pemerintah begitu, pembangkang juga demikian.

Bagi saya, tiada apa salah sekalipun jikalau mengakui bahawa tindakan pemansuhan itu dibuat disebabkan oleh antaranya desakan parti pembangkang. Bukankah pembangkang juga mewakili sebilangan besar para pengundi warganegara Malaysia yang membayar cukai dan mentaati undang-undang demokarasi berparlimen Malaysia. Malah ‘pengakuan' sebenarnya akan membuatkan pihak yang mengaku tampak lebih matang dan terbuka dalam menerima segala cadangan yang baik demi kebaikan rakyat Malaysia. Bukankah itu kelebihan berbanding penafian.?

Malah akibat penafian, ia akan menunjukkan seolah-olah pihak parti pemerintah dan kerajaan TIDAK AMBIL ENDAH atau ‘pekakkan telinga' terhadap semua desakan dari mana-mana yang membantah dan mendesak. Apa yang boleh mengubah pendirian pimpinan kerajaan lebih tertumpu kepada hasil kajian mereka sendiri dan orang mereka sendiri sahaja? Demikiankah mesej yang ingin disampikan?.

Saya lebih selesa apabila membaca kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang berkata, pemansuhan dasar itu dibuat setelah kajian terhadap keberkesanan pelaksanaannya dilakukan.

"'Keputusan ini membuktikan bahawa kerajaan bertanggungjawab setelah mendapati dasar ini kurang berjaya. Kita mesti berani buat keputusan untuk memperbetulkan keadaan" [2]

"Ini bukan keputusan yang dibuat dalam masa sehari, langkah ini diambil untuk kepentingan rakyat, buat apa kita teruskan dasar yang kurang berjaya.
"Contohnya kita lihat pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sejak dilaksanakan pada 2003, telah jatuh daripada 85 peratus kepada 83 peratus," katanya.[3]

ANTARA FAHAM DAN BAHASA

Apapun, kita berharap keputusan ini terbaik buat semua rakyat. Perlu disedari bahawa bahasa Inggeris sememangnya penting, namun kefahaman dalam pengajian lebih penting dari bahasa yang digunakan dalam pengajian sesuatu ilmu itu. Samalah seperti pengajian ilmu Islam di dalam bahasa Arab, sekiranya peljara gagal memahami ilmu itu, ia lebih bahasa walaupun kita boleh berbangga kerana kelas dilaksanakan di dalam bahasa arab. Kesannya, pelajar akan menghafal tanpa faham dan apabila tamat pengajian dan ingin menyumbang kepada masyaarkat, mereka mula goyah dan bermasalah. Namun demikian, keperluan untuk memahami bahasa Arab dengan baik dan kemas AMAT penting bagi mereka yang ingin memahami ilmu Islam dengan tepat. Pergantungan kepada terjemahan hanya sesuai untuk peringkat awal dan permulaan, bukan bagi mereka yang ingin menjadi pakar.



Pernah saya tuliskan sebelum ini, Germany, Perancis, Jepun dan kebanyakan negara maju tidak memandang Bahasa Inggeris sebagai penting untuk mereka mengekalkan kemajuan. Mereka terus kukuh mempertahankan survival bahasa ibunda mereka sendiri dan sesiapa yang ingin mengambil manfaat dari mereka, pelajarilah bahasa tempatan atau terpulang kepada anda untuk terpinga-pinga. Menurut pengalaman saya, seolah-olahnya itu mesej mereka, percubaan kita bertutur dan bertanya di dalam bahasa Inggeris langsung tidak diendahkan walau mereka faham.

Menurut pengalaman saya, seolah-olahnya itu mesej mereka, percubaan kita bertutur dan bertanya di dalam bahasa Inggeris langsung tidak diendahkan walau mereka faham. Pasti dibalas di dalam bahasa mereka. Lebih sukar, apabila barang makanan tidak mempunyai maklumat di dalam bahasa Inggeris (khususnya kandungan makanan), semuanya di dalam bahasa Jerman jika di Germany dan bahasa Perancis jika di Perancis.
Keadaan ini menjadikan para pelajar Malaysia yang berada di Germany, Perancis serta Jepun khususnya menghadapi cabaran tambahan. Masakan tidak, para pelajar ini memberitahu saya bahawa semua pengajian menggunakan bahasa tempatan sebagai bahasa pengantar. Bagi pelajar yang mempelajari kejuruteraan automatif di Germany sebagai contoh, semua rujukan, buku dan bahasa komunikasi adalah bahasa Jerman.

Apabila mereka pulang untuk mendapat pekerjaan di Malaysia, temuduga dilakukan di dalam bahasa Inggeris. Tatkala itu, graduan ini akan menghadapi kesukaran dan cabaran tambahan. Setiap istilah kejuruteraan dan perubatan yang difahami dan dipelajari di dalam bahasa Jepun, Perancis, Russia dan Germany bukan mudah untuk dicari istilah yang sama di dalam bahasa Inggeris.

Saya kira, kalau begitulah keadaannya, adalah lebih baik sekiranya syarikat-syarikat di Malaysia menggunakan bahasa Malaysia sahaja bagi temuduga graduan lepasan negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mereka. Salah satu sasaran temuduga adalah melihat sejauh mana kompeten seseorang calon dalam ilmunya, seleaps itu baru dilihat kualiti lain termasuk kebolehan berbahasa Inggeris untuk komunikasi sewaktu kerja.

ILMU SEKOLAH, UNIVERSITI DAN DUNIA SEBENAR

Saya bukan pelajar aliran sains semasa di sekolah rendah tetapi sekadar membuat satu perbandingan melalui pengalaman sendiri, saya merasakan alam persekolahan rendah dan menengah bukanlah tempat yang paling berkesan untuk murid menggarap sebanyak ilmu. Saya kira, apa yang diperlukan di ketika itu adalah kesedaran dan minat untuk belajar selain mempersiapkan diri murid dengan skill tertentu.

Pemerolehan ilmu secara terperinci biasanya akan diperolehi bermula di peringkat Universiti. Jika tapaknya sudah disediakan dengan baik di sekolah, minatnya sudah dibiakkan, kehidupan universiti bakal menyaksikan peningkatan dahsyat dalam diri seseorang. Mungkin sahaja dia akan keluar seperti seorang yang amat asing dari dirinya semasa di sekolah.

Justeru itu, harapan agar lebih ramai pelajar sekolah mampu menguasai apa yang didakwa sebagai "bahasa teknologi dan sains" iaitu Bahasa Inggeris di peringkat persekolahan, amat sukar untuk memberikan si murid ketiga-tiganya sekali dalam satu masa, iaitu kepakaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris, pasti tidak akan mampu, malah satu di antara tiga pun belum tahu mampu.

Saya pernah bertanya kepada ahli keluarga saya dan rakan-rakan yang sudah berjaya di sektor kejuruteraan, farmasi, kedoktoran dan lain-lain sektor berasakan ilmu Sains, saya ingin tahu sama ada ilmu yang dipelajari di universiti banyak membantu semasa bertugas di alam realiti korporat, industri dan pekerjaan. Jawapannya, tidak banyak yang relevan, apa yang dipelajari berbeza dengan alam realiti. Malah sewaktu bertugas itulah beliau belajar dengan lebih sempurna dari masa ke semasa, berbekalkan ilmu asas dari Univeristi.

Keadaan itu merujuk kepada pembelajaran di Universiti, kalau hanya itu kesan pembelajaran dari universiti, apatah lagi ilmu yang diperolehi di peringkat sekolah, tentunya lebih jauh. Saya juga melihat bagaimana silibus persekolahan United Kingdom.

Amat jelas mereka tidak terlalu membebankan murid dengan pelbagai ilmu, peperiksaan, tekanan dan desakan di alam persekolahan. Namun sistem universiti mereka yang berperanan penting membentuk generasi mereka sehingga lahir sebagai ahli sains, pakar matemtik, ekonomi dan lain-lain.

Maka jika ingin menguatkan Bahasa Inggeris murid, memang tepat untuk tidak memaksa murid sekolah rendah untuk belajar Matematik dan Sains di dalam bahasa Inggeris. Semakin tepat apabila dilihat prasarana sekolah dan latar belakang guru yang langsung tidak bersedia untuk menyahut cabaran dan hasrat itu. Hasilnya, tentulah murid gagal, guru pun akan gagal dan ini terbukti dengan keluarnya hasil kajian yang dilakukan oleh kerajaan sendiri.

Apa yang perlu adalah memulakan modul intensif bahasa Inggeris di peringkat Universiti. Minda dan kematangan pelajar di ketika itu sedang berada ditahap yang terbaik.
Baca Seterusnya - ppsmi

Read more...

Tuesday, July 7, 2009

:::berita politik:::

Oleh :Malaysiakini

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berterus terang dengan rakyat sama ada wujud perjanjian royalti minyak antara Petronas dengan Kelantan."Kita nak tahu daripada kerajaan pusat, ada atau tidak perjanjian (royalti minyak) dengan Kelantan?""Yang itu dulu. Kalau ada, kita kena terus terang dengan rakyat, terutama sekali masa pilihanraya ini."Baru kita boleh kira (berapa nilainya).

Tetapi kalau kita nak bantu rakyat, saya rasa boleh RM200 juta, RM300 juta tu boleh. Nak kata tidak ada ni, (menggambarkan) mudah sangat jadi perdana menteri," katanya.Zaid mengulas mengenai isu royalti minyak Kelantan dalam ceramah membantu Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.Ini juga merupakan kali pertama Zaid berceramah sebagai pemimpin pembangkang, selepas menyertai PKR baru-baru ini.

Beliau juga dilantik sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.Kerajaan Kelantan dilaporkan menuntut RM1 bilion daripada kerajaan pusat sebagai bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004 yang didakwa bernilai RM2.5 bilion setahun.Setelah diluluskan dalam mesyuarat exco negeri Kelantan pada 17 Jun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menulis surat rasmi kepada perdana menteri berhubung perkara itu.Berkhidmat untuk rakyatZaid berceramah malam tadi di kubu kuat Umno - Kampung Lela Setia, Laloh. Kira-kira 50 orang hadir mendengar ceramah Zaid.

Sebelum itu, PAS menggunakan pendekatan unik menarik penonton, dengan memainkan lagu "dikir barat PAS" sebelum ceramah itu bermula.Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan calon parti Islam itu, Mohd Fauzi Abdullah, turut hadir.Mengulas lanjut, Zaid berkata, sebagai perdana menteri, Najib perlu memberi penjelasan terhadap perkara yang menjadi buah mulut rakyat, termasuk isu kontroversi pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu.Tampil bekerja keras untuk Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai "Abe Uji", Zaid berkata, Manek Urai memerlukan calon yang boleh berkhidmat kepada rakyat, dan tidak semestinya berpendidikan tinggi."Kita bukan pilih pemimpin yang mengaji tinggi. Zaman Nabi pun tidak ada universiti satu pun. Yang penting pengalaman lebih. Kalau ada ijazah pun tapi putar-belit tak payah (pilih)," katanya menggunakan slaga Kelantan.

Abe Uji, sebagai pemborong ikan seikar Kuala Krai, yang tidak mempunyai latar belakang berpendidikan tinggi, sering menjadi modal serangan BN.Berbeza dengan Mohd Fauzi, calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat merupakan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Lembaga Lemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).Zaid berkata, Mohd Fauzi merupakan jirannya semasa menuntut di Bachok semasa kecil dan sama-sama "orang susah" pada masa itu.

Sementara itu, Salahuddin pula berjanji akan berjuang bersama ahli parlimen lain dalam Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat bagi mengurangkan beban rakyat melalui pemotongan insurans kereta dan motosikal."Najib kata rakyat diutamakan, 1Malaysia, insurans motosikal harga RM200... insya-Allah kami ahli parlimen Pakatan Rakyat akan menyerang habis-habisan dalam sidang bajet bulan sepuluh ini. Kami akan perjuangkan supaya kerajaan kaji balik insuran kereta dan motosikal pada rakyat.
Baca Seterusnya - :::berita politik:::

Read more...

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP