Tuesday, May 24, 2011

Mahasiswa kecam tindakan tatatertib universiti

Kuala Lumpur, 24 Mei : Sekumpulan mahasiswa telah mengadakan satu sidang media mengecam tindakan pihak universiti menghukum mahasiswa dengan AUKU.Tindakan universiti tersebut mengheret seramai 17 mahasiswa ke tribunal tatatertib universiti. Kumpulan mahasiswa berkenaan berkumpul di perkarangan bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan menyerahkan tuntutan tersebut dilihat oleh pihak SUHAKAM.

Fakta tersebut memperlihatkan pada 12 Mei 2011 ,17 mahasiswa Universiti Malaya dipanggil menghadiri prosiding tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Malaya ( Tatatertib Pelajar ) 1999 oleh pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) yang diketuai oleh Datuk Rohana Yusof.

Kesemua mereka didakwa di atas pertuduhan mengadakan perhimpunan haram dan terlibat menganjurkan sidang media tanpa kebenaran Naib Canselor berkenaan. Mereka dihadapkan kepada saksi yang dikemukan oleh pihak universiti tersebut iaitu Major(B) Md Nor Ismail (Ketua Pengarah Pegawai Keselamatan Universiti Malaya ) serta Encik Wahyu(Pegawai HEPA).Dalam perbicaraan tersebut pihak Panel Jawatankuasa Tatatertib hanya membawa gambar dan video sebagai bahan bukti.

Justeru ,diperingkat Front mahasiswa berpendirian bahawa pertuduhan ke atas 17 mahasiswa tersebut adalah tuduhan yang tidak relevan dan menuntut dibatalkan semua pertuduhan kerana ia hanya melibatkan tindakan biasa yang normal serta tidak sepatutnya dikenakan tatatertib.

Selain itu, pihak universiti seharusnya menggunakan proses budibicara untuk menyiasat pertuduhan ke atas mahasiswa sebelum mendakwa mahasiswa ke kamar prosiding.

Antara front-front mahasiswa yang terlibat dalam sidang media ini Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM), SMM, Pro MN, GAMIS , serta Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN).-Pmium


sumber

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP