Tuesday, May 24, 2011

PM Palestin Terkena Serangan Jantung


Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin (PA) Salam Fayyad mengalami serangan jantung ketika mengunjungi Amerika Syarikat dan sudah mulai kembali pulih di sebuah hospital Texas, kata seorang jurucakap PA Isnin lalu (23/5).



Fayyad, yang lahir pada tahun 1952, berada di Austin untuk menghadiri wisuda anaknya, Khalid, ketika dia berasa sakit dada yang kuat hari Minggu lalu, kata jurucakap perdana menteri, Jamal Zakout.



Fayyad, seorang perokok berat, menjalani tes yang menunjukkan adanya penyumbatan dalam arteri koroner, Zakout mengatakan. Fayyad menderita serangan jantung ketika di Seton Medical Center di Austin, kata jurucakap tersebut.



Dokter melakukan kateterisasi untuk membuka arterinya yang tersumbat tersebut, menambahkan bahawa Fayyad diharapkan dapat meninggalkan hospital dalam dua hari.



Fayyad memegang jawatan sebagai perdana menteri PA sejak tahun 2007. Dia diangkat setelah Presiden Palestin Mahmud Abbas memecat Perdana Menteri Ismail Haniyah dari Hamas, setelah pengambilalihan Jalur Gaza oleh Hamas.



Fayyad, seorang ahli politik bebas, yang berpusat di Tebing Barat. Fayyad boleh kehilangan jawatannya sebagai akibat dari perjanjian rekonsiliasi yang baru-baru ini terjadi antara Hamas dan gerakan Fatah.



Fayyad telah mengembangkan hubungan yang dekat dengan para pemimpin Barat, yang ingin dia tetap sebagai perdana menteri. (fq/ap)



0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP