Tuesday, June 1, 2010

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah-Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempatyang khusus sewaktu berdiri.

-Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunatdibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuhdan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulanRamadhan.

-Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencanaatau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalangdan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangidengan cubaan-cubaan seperti ini.

-Bacaan ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhanberamai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkanhadis berikut:"Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunutpada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabatsahabatnyapenghafaz-penghafaz al-Quran."-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

-Tatacara Bacaan Qunut Nazilah

1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jikakedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "DemiAllah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat RasulullahS.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' danSubuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin danmemintakan laknat ke atas orang-orang kafir".

2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaatterakhir.

Terjemahan doa Qunud Nazilah“

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dariMu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kamimemuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidakmengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhakakepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kamibersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu keranaazab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam.

Hentikanlahsegala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudarakami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari merekakesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlahEngkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kamidari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannyamelainkan Engkau, ya Allah.”

4. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

5. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dandiaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

6. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusiaditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidakdibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk





~Asyraf Al-Fandani~

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP