Saturday, February 11, 2012

Seminar MUSLIM 2012


Seminar MUSLIM 2012 : 

Apa Erti Saya Menganut Islam?

On February 10, 2012, in INFO, by STC
SEMINAR MUSLIM 2012 : APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? 
MUSLIM adalah hasil penghayatan seorang manusia kepada ISLAM.  
Justeru MUSLIM dan ISLAM seharusnya beriringan merentas 
perjalanan masa. Namun ada ketikanya MUSLIM dan ISLAM 
boleh menjadi dua subjek yang terpisah. ISLAM berada di satu
lembah, MUSLIM berada di lembah yang lain. Semuanya 
berpunca daripada ISLAM sebagai satu [...]


SEMINAR MUSLIM 2012 : APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM?
MUSLIM adalah hasil penghayatan seorang manusia kepada ISLAM.  Justeru MUSLIM dan ISLAM seharusnya beriringan merentas perjalanan masa. Namun ada ketikanya MUSLIM dan ISLAM boleh menjadi dua subjek yang terpisah. ISLAM berada di satu lembah, MUSLIM berada di lembah yang lain.
Semuanya berpunca daripada ISLAM sebagai satu PILIHAN, diamalkan di dalam kehidupan sebagai satu WARISAN.
Justeru, lontaran persoalan kritikal yang diajukan oleh Fathi Yakan di dalam Magnum Opus beliau, iaitu “APA ERTI SAYA MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA ISLAM” menjadi persoalan malar segar untuk dijawab oleh setiap individu Muslim merentas zaman. Bukunya Maza Ya’ni Intimaa’i li al-Islaam telah diterjemahkan kepada puluhan bahasa di seluruh dunia, pada mewacanakan Islam sebagai satu cara hidup untuk seorang Muslim.
Memasuki tahun 2012, bagaimanakah kita membina identiti sebagai seorang Muslim yang mampu mengemudi kehidupan berteraskan sistem kepercayaan, pandangan hidup dan sistem nilai yang berkompaskan Quran dan Sunnah? Bersediakah kita untuk menyemak pada asas apakah kita berpendirian dalam mendepani cabaran semasa?
MANFAAT SEMINAR
Manfaat seminar ini mahu dipindahkan kepada :
  1. Bagi individu yang sudah mesra dengan buku ini, seminar ini berhasrat membantu menyuntik nafas baru pada membincangkannya, dengan menghubungkannya dengan realiti semasa
  2. Bagi individu yang masih belum memiliki buku ini, seminar ini mahu membantu anda memahami komponen-komponen penting yang membentuk sistem kepercayaan, pandangan hidup dan sistem nilai seorang Muslim
  3. Bagi naqib atau ahli usrah, pendidik atau anak didik, ibubapa atau anak dan semua yang tergolong dalam kalangan memberi atau menerima
KANDUNGAN SEMINAR
Kandungan seminar akan mengupas komponen-komponen berikut :
Hari Pertama (25 Februari 2012)
Kualiti Intrapersonal
8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi : Kata-kata aluan
9.15 pagi : Mengertikan Kembali Islam dan Muslim [Muslim Syariatik dan Saintifik]
10.15 pagi : Rehat & Minum Pagi
10.30 pagi : Muslim Pada Kepercayaan
12.00 tengahari : Rehat
12.15 tengahari : Muslim Pada Ibadah
1.30 petang : Rehat/Makan Tengahari/Solat Zohor
2.45 petang : Muslim Pada Akhlaq
3.45 petang : Soal Jawab
4.30 petang : Bersurai

Hari Kedua (26 Februari 2012)
Kualiti Interpersonal
9.00 pagi : Kata-kata aluan
9.15 pagi : Muslim Pada Rumahtangga
10.15 pagi : Rehat & Minum Pagi
10.30 pagi : Muslim Pada Rumahtangga (sambungan)
12.00 tengahari : Rehat
12.15 tengahari : Muslim Pada Minda Sedar dan Kawal Diri (Taqwa)
1.30 petang : Rehat/Makan Tengahari/Solat Zohor
2.45 petang : Meyakini Prospek Masa Depan Islam
3.45 petang : Soal Jawab
4.30 petang : Bersurai

Hasil program ini mensasarkan pandangan hidup Muslim yang segar lagi dinamik serta mampu membaca cabaran semasa dan memberikan tindak balas terbaik dalam seluruh aspek kehidupannya. Ia sesuai untuk golongan dewasa hingga ke peringkat remaja di sekolah menengah.


0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP