Sunday, November 6, 2011

Wujudkah Sistem Demokrasi Yang Menepati Syariah? Satu Pandangan


                                 

DEMOKRASI HARAM???


Assalamualaikum wb.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
 اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
وبعد

Saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan apa yang dikatakan demokrasi menurut realiti dan teknikal undang-undang. Dalam artikel ini terdapat tiga bahagian yang akan dibincangkan iaitu

(A)  Hukum Demokrasi,
(B)  Demokrasi ala BARAT Sebagai ALAT dan
 (C) Lihat bagaimana Supremacy of Shari'ah boleh di apply dalam Constitution of Malaysia


(A)  Hukum Demokrasi:

[1]. Demokrasi tak lebih dari alat untuk memerintah. Asas dalam demokrasi ialah suara majoriti. Segala penetapan hukum di buat dalam parlimen atas majoriti. Demokrasi didefinisikan secara theori sebagai pemerintahan ‘oleh rakyat dari rakyat untuk rakyat’ (the rule of the people by the people for the people).

[2]. Demokrasi tak mungkin boleh berdiri tanpa perlembagaan. Pelembagaan memandu demokrasi. Punca masalah sekarang ialah perlembagaan dan bukannya demokrasi.

[3]. KERANA dalam perlembagaan kita rujukan tertinggi ialah RIED dan bukannya Quran Sunnah. Dalam demokrasi membolehkan undang-undang Allah dibahaskan dan di undi samada ingin dilaksanakan atau tidak dan ini bertentangan dengan ajaran Islam iaitu undang2 Allah adalah hak2 Allah. Rujuk al-Quran [6;57]

[4]. Jadi ini yang diusahakan PAS (untuk seketika smentara membina kefahaman Islam dan kekuatan ummah sebelum mendirikan daulah khilafah) iaitu ingin menjadikan quran sunnah sebagai rujukan tertinggi.

[5]. Kita berusaha supaya undang-undang Allah tidak boleh diperbahaskan dan tidak boleh diundi majoriti samada mahu atau tak mahu. Kita ingin KEBALkan undang-undang Allah ini di Malaysia.

[6]. Impossible? Nanti dulu. Lihat dan check kedudukan hak istimewa melayu. Kedudukan hak istimewa melayu adalah IMUNE = KEBAL dan tidak boleh dipinda walaupun peroleh majoriti 2/3 melainkan kebenaran Mutlak RAJA. Selain tidak boleh dipinda, hak Istimewa Melayu juga tidak dibenarkan dibahaskan di parlimen oleh kerana sifatnya yang IMNUNE (Perkara 153 Hak Istimewa Melayu)

[7]. Jika hak istimewa Melayu boleh dikebalkan dalam demokrasi, syariah Allah juga BOLEH dikebalkan dalam demokrasi (supremacy of the Shari'ah). Sebahagian pro-Hizbut Tahrir mengatakan jika syariah didaulahkan dalam demokrasi, maka itu bermakna ia bukan demokrasi! Alasan mereka: kerana tidak lagi berlaku the rule of the people by the people for the people. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat kita dari Hizbut Tahrir, perlembagaan kita juga ada Perkara 153 Hak Istimewa Melayu yang tidak boleh digubal oleh majoriti 2/3 ahli parlimen. Adakah kerana sifat Hak Istimewa Melayu Perkara 153 maka hilang makna demokrasi itu?

[8]. Kesimpulan: Demokrasi tidak haram secara mutlak. Yang menjadikan ia haram ialah perlembagaannya yang kufr (reid). Kesilapan Hizbut Tahrir dalam bincangkan hukum demokrasi ialah apabila TIDAK MENGAMBIL KIRA perlembagaan (constitution) dan HANYA membincangkan makna demokrasi secara literal sahaja.

(B)  Demokrasi ala BARAT Sebagai ALAT
[9]. Tujuan keberadaan PAS dalam demokrasi ialah untuk meraih maslahah (kebaikkan)  lebih besar dan menolak mafsadah (keburukkan). Jika PAS keluar dari demokrasi dalam keadaan sekarang iaitu dalam keadaan ummat masih belum faham kewajipan syariah a.k.a sistem khilafah, ia pasti akan mengundang 1001 masalah dan kerosakkan lebih besar. Ia akan memberi ruang seluas-luasnya buat kuffar dan munafiqun menjadi pemerintah negara.

Fahamnya, keizinan ini bukanlah bererti menghalalkan apa yang haram tapi ia sekadar seketika dan kerana keterpaksaan suasana. Jika umat telah faham Islam dan berkeinginan mahukan Islam dengan bersungguh, maka ketika itu pastinya ruang keringanan itu telah tertutup
Fahamnya juga, gerakan Islam yang berada dalam demokrasi selain bertujuan maslahah, kita juga ingin berusaha agar Quran Sunnah menjadi perlembagaan tertinggi dalam demokrasi.

[10]. kenapa PAS tidak memperjuangkan sistem khilafah secara khusus? Jawapan: tuduhan itu melulu dan sungguh tidak adil. Lihat:
Teori yang paling asas bagi PAS ialah: model kerajaan Islam yang ditegakkan oleh Rasulullah s.a.w dan diteruskan oleh Khulafa al-Rasyidin adalah rujukan utama dalam sistem politik dan kenegaraan. (1)
Syariat Allah wajib menjadi aqidah negara dan pegangan kerajaannya. Perlembagaan dan segala urusan pemerintahan hendaklah dirujuk kepadanya" (2)
Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau imaratul mukminin ataupun al-imamah al-Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariah Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya". (3)

[11]. Lalu kenapa PAS kelihatan tidak mengutamakan memperjuangkan sistem Khilafah? Jawapan:kerana tidak wujud sebarang dalil secara KHUSUS yang benar-benar jelas mewajibkan mendirikan sistem khilafah. Yang lebih kuat dan jelas ialah dalil mewajibkan perlaksanaan Syariah Allah dan ini yang diusahakan PAS.

[12]. Hadith”: "..Akan kembali Khilafah Kali kedua diatas minhaj (method) kenabian" (4)
Ramai yang kata sistem demokrasi bukan method kenabian malah haram, dan kita perlu ikut method kenabian berasaskan hadith ini. Pandangan ni wujud banyak persoalan. Method kenabian itu bermakna apa? samada:

[1] kekhilafahan yang BANGKIT semula SEPERTI cara Nabi saw mula-mula meyebarkan Islam, atau

[2] pemerintahan khilafah yang memerintah SEPERTI cara Nabi saw (mengikut Quran Sunnah)?

Pandangan kedua mungkin lebih kuat. Kalau tidak, imam Ibnu Qayyim dan Ibnu Aqli pasti tidak akan mengeluarkan kenyataan ini:

Kata Ibnu ‘Aqil mendefinisikan Siaysah: “perbuatan yang membawa manusia kepada kebaikan dan menghindarkan manusia dari kebinasaan, walau ia tidak tetapkan oleh Rasulullah SAW; atau sabit dalam nas” (5)
Kata Imam Ibnu Qayyim, “sekiranya ada dari kalangan kamu berkata, bahawa bukan politik Islam melainkan pada perkara yang disebut oleh Nas sahaja. Sudah pasti, kenyataan itu adalah salah. Sebarang tindakan yang tidak menyalahi syarak, waimma tidak disebut dalam nas sekalipun; apabila dilakukan, maka ia adalah sesuatu yang tepat atau betul, tetapi hendaklah dalam bentuk yang sepatutnya” (6)
Tambahan, Imam Bukhary menilai hadith Riwayat Ahmad (di atas) bawa adalah lemah. (7)

[13]. Oleh itu saya menolak pandangan demokrasi adalah haram secara mutlak. Tapi saya tetap raikan pelbagai pandangan kerana ia lumrah. Berbezanya para Ilmuan Islam tentang hal ini adalah kerana perbezaan dalam memahami teks al-Quran dan as-Sunnah. 
Kita juga sepakat sistem khilafah adalah sistem Islam dan mesti ditegakkan.

(C) Lihat bagaimana Supremacy of Shari'ah boleh di apply dalam Constitution of Malaysia

Rentetan dari perbincangan saya dengan rakan-rakan dari Jamaah Hizbut Tahrir, saya membuat kesimpulan berikut:

[14] Menurut mereka Demokrasi haram kerana:

"Kuasa majoriti adalah mutlak menentukan apa jua perkara. Sehinggakan apabila majoriti bertembung dengan nas, maka majoriti didulukan. Sedangkan dalam Islam, apabila majoriti bertentangan dengan NAS, maka WAJIB nas didulukan." atau Demokrasi didefinisikan secara theori sebagai pemerintahan ‘oleh rakyat dari rakyat untuk rakyat’ (the rule of the people by the people for the people).

[15] Salah faham pihak mereka ialah apabila memukul rata kesemua demokrasi adalah haram. Sedangkan sifat demokrasi adalah BERBEZA mengikut ketetapan perlembagaan. Tentu kita boleh bersetuju jika mereka menghukum Demokrasi Reid adalah haram tapi kita TOLAK pandangan mereka yang menghukum kesemua jenis Demokrasi adalah Haram.

[16] Lihat bagaimana Supremacy of Shari'ah boleh di apply dalam Demokrasi.
Antara cara untuk mendaulatkan syariah ialah dengan cara memasukkan satu artikel baru selepasArticle 3(1), boleh dinomborkan sebagai 3(1A), boleh dicadangkan sebagaimana berikut:

"The laws in this country,including this Constitution, must be based on Quran and Sunnah law and any part of the laws, including this Constitution, which is inconsistent with the Quran and Sunnah law shall, to the extent of the inconsistency, be void; and in the event of any lacuna or in the absence of any matter not expressly provided for the statutes, the court shall apply the Quran and Sunnah law. Any motion to amend/vary/abolish the Quran and Sunnah law shall not be passed without the consent from the Conference of Rulers and the Yang diPertuan Agong." [8]

Secara otomatik, article 4 (1) berkenaan supremacy of the Federal Constitution boleh dipinda dengan memasukkan di awal peruntukan "Subject to Article 3, this Constitution is the supreme law of the Federation."

[17] Perbincangan:

1. Dalam peruntukan yang dicadangkan ini akan menyebabkan semua undang-undang wajib bersandarkan perundangan Islam.
2. Jika terdapat mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Supremacy of Shariah maka ia adalah terbatal.
3. Jika ada undang-undang yang baru ingin diperkenankan adalah wajib bersandarkan Quran dan Sunnah Law
4. Supremacy of Shariah adalah tidak boleh sama sekali dipinda atau dibahaskan walaupun mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen 2/3 KECUALI mendapat izin Majlis Raja-raja Melayu.

[18] Bagaimana cara dan kaedah supaya Supremacy of Shariah boleh diapply dalam constitution of Malaysia?

Secara umumnya ada dua kaedah :

1. Pengundian dan persetujuan majoriti 2/3 Ahli Parlimen.
atau
2. Revolusi rakyat melalui Deklarasi Darurat (Perkara 150).

Ulasan,
Saya tidak menyentuh kaedah pertama iaitu melalui undian majoriti 2/3 Ahli Parlimen kerana semua maklum tentang itu. Dalam perlembagaan Malaysia, apabila berlaku darurat akan ada peruntukan di bawah Perkara 150 untuk YDP Agong berkuasa melalui nasihat Perdana Menteri untuk menggubal undang-undang. Jadi, jika berlaku revolusi rakyat mendesak pemerintah melaksanakan undang-undang Shariah, maka ia boleh berlaku. Yang hanya diperlukan ialah keinginan bersungguh 'segelintir' rakyat Muslim Malaysia melalui kefahaman dan kesedaran.

(19) Lalu pasti timbul persoalan lain iaitu apa pula tugas parlimen, dan siapa pula yang akan bertanggungjawap untuk membahaskaan sesuatu  hukum syarak?

Ulasan:
Parlimen masih berjalan seperti biasa dan masih menggubal dan membahas undang-undang tetapi terbatas iaitu hanya dalam hal undang-undang bersifat mubah. Selagi mana sesuatu perkara tidak ditegaskan dalam Quran dan Sunnah maka ia mubah. Parlimen boleh menggubal undang-undang seperti seperti jenayah dibawah takzir, peraturan2 penguatkuasaan undang2 media, peraturan jalan raya dan kenderaan, peraturan pilihan raya, peraturan makanan, peraturan ubat-ubatan, Akta Penerbangan Awam, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, Akta Hasutan, Akta Amanah Perumahan, Akta Telekomunikas, Akta Zon Perdagangan Bebas, Akta (Peruntukan Khas) Saman dan Waran, Akta Bantuan Guaman, Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat), dan banyak lagi akta2 yang tidak disebut dalam quran samada wajib atau melarang (bersifat mubah). Asalkan bukan perkara yang disebut oleh Quran Sunnah.

Namun hak membahaskan sesuatu hukum syarak adalah diberikan pada para Ilmuan Islam. Dalam hal ini dicadangkan pada pemerintah untuk melantik satu suruhanjaya yang dianggotai oleh para ilmuan Islam seperti para Mufti, para JAKIM, para pendakwah bebas, saintis Islam.

Fahamilah, apa yang cuba saya sampaikan ialah asas dan step pertama untuk meninggikan al-Quran dan As-Sunnah dalam perlembagaan Malaysia. Kemudian jika ini berjaya, pasti akan wujud beberapa lagi perubahan kecil dalam perlembagaan Malaysia yang mesti dilakukan untuk pastikan perlembagaan ini benar-benar menepati Quran dan Sunnah. (Artikel ini tidak sesekali menyeru mana-mana golongan untuk melakukan revolusi.)


[20] KESIMPULAN:

Apabila Supremacy of Shariah di apply dalam constitution Malaysia, maka apa yang berlaku kini ialah"apabila majoriti bertentangan dengan supremacy of Shariah (NAS) maka majoriti tertolak" . Antara negara demokrasi yang mengamalkan constitution seperti ini ialah Sudan, Yeman, Iran, Pakistan dan Afghanistan. Ini menjawap suara-suara yang mengatakan ia satu imaginasai yang pasti tidak akan berlaku.

[21] KESIMPULAN KESELURUHAN:

Saya nukilkan hasil thesis sahabat saya (Zuhaili Kamal Basir, UKM) yang mengadaptasi dari buku al-Maududi , al-Khilâfah wa al-Mulk ( Khilafah dan Kekuasaan ), yang diterbikan di Kuwait tahun 1978.

Konsep ini (teo-demokrasi) jelas menonjolkan peranan agama dalam memandu demokrasi dania berbeza dengan demokrasi ala Barat yang lebih mengutamakan kehendak manusia dan kebebasan individu ( individual freedom ). Maududi percaya bahawa  demokrasi hanya boleh diterima jika sistem politik dari Barat itu berlandaskan syariah atau ‘lingkungan’ yang telah ditetapkan oleh Islam.

Prinsip utama yang terkandung dalam asas pemikiran politik Islam iaitu al-hakimiyyah, al-siyadah atau kedaulatan Allah ( sovereignty of god ). Dalam hal ini, al-Maududi menjelaskan tidak ada sebarang kompromi dalam soal kedaulatan atau sumber perundangan kerana ia adalah milik eksklusif Allah Taala.

Kecenderungan sarjana Muslim dalam menghadapi demokrasi, mereka semua berpegang kepada prinsip  supremacy of the Shari'ah !  Bahawa dalam bentuk sesebuah negara Islam itu yang paling penting adalah perundangan Islam perlu ditegakkan. Kedaulatan hukum syariah ini pada prinsipnya tidak memberi ruang kepada pemerintahan kuku besi dan menghapuskan pemerintahan diktator, diskriminasi dan penyelewengan.

Berbalik kepada persoalan tajuk artikel Wujudkah Sistem Demokrasi yang menepati Sistem Syariah? , Jawapannya: Wujud atas beberapa syarat.
wallahu'alam

[Disclaimer]: Bukan pendirian rasmi Parti Islam se-Malaysia. Jika ada kesalahan, mohon ditegur.

Artikel ini juga tidak bertujuan untuk menjauhkan ummah dari sistem khilafah. Malah saya berpendirian sebarang usaha penegakkan Syariah Islam dan juga sistem Khilafah adalah wajib disokong. Menurut saya, jalan yang diambil oleh PAS adalah benar dan begitu juga Hizbut Tahrir. Kedua-duanya punyai hujah yang jelas dan kuat. Semoga Allah merahmati kita semua. Artikel ini tidak sesekali menyeru mana-mana golongan untuk melakukan revolusi.



UNDILAH PAS


rujukan:
(1) Model kerajaan Islam oleh Haji Harun Taib h.27
(2) Haji Hadi, Konsep Negara Islam h. 8 & 20,21,22dan23
(3) Harun Taib; Model Kerajaan Islam h.49
(4) Musnad Ahmad:IV/273 dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 5
(5) At-Turuq Al-Hukmiyyah : 1/16.
(6) Ibid
(7) Dibahaskan oleh panel Fiqh al-fikrah
(8) Hasil perbincangan saya dengan beberapa teman dan salah seorang Pengamal Undang-Undang dan ahli Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia JUHAM, DPPP. Saya berterima kasih pada mereka. Semoga Allah beri ganjaran buat mereka. Amin
(*) FATWA Syekh Shalih Al Fauzan hafizhahullah. SEKITAR Parlimen
Ash Shulhu Khair.terbitan Jama’ah Anshar As Sunnah Al Muhammadiyah di Sudan
(*) Fatwa Lajnah Daa'imah yang diketuai oleh Shaikh Ibn Baaz 1/373-374
(Silsilah Liqaa' Al Baab Al Maftuuh, Mu'assasah Al Istiqaamah)
(*) FATWA berkaitan DEMOKRASI oleh syiekh Al 'Uthaymeen
Silsilah Liqaa' Al Baab Al Maftuuh


http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=6421%3Awujudkah-sistem-demokrasi-yang-menepati-syariah-satu-pandangan&catid=69%3Aartikel&fb_source=message

2 comments:

Jihardist November 11, 2011 at 10:40 AM  

Analisa yg mantap...dan ulasan yang berkesan..:)

Akh asyraf Al-fandani February 2, 2013 at 4:03 PM  

percambahan ilmu yg lain boleh dikongsikan

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP