Friday, November 11, 2011

Perancangan Tarbiyyah



Assalamualaikum wb.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
 اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
وبعد


Perancangan adalah perkara penting kerana sesuatu program tarbiyyah hendaklah menepati tujuan-tujuan yang tertentu. Langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam perancangan tarbiyyah ialah:

1.Mengenalpasti keperluan semasa- perlu kepada persiapan ahli yang dilatih dengan kemahiran tertentu.

2.Menentukan matlamat: kenalpasti kelemahan-kelemahan yang timbul dan memberi keutamaan terhadap penyusunan program tarbiyyah.

3.Mengenalpasti tahap kefahaman para peserta- ambil kira kematangan peserta dan memulakan pendedahan daripada peringkat asas, dan meneruskan keperingkat seterusnya jika sudah lengkap.

4.Menentukan kandungan program tarbiyyah- ambil kira matlamat yang ingin dicapai dan tahap kefahaman peserta. Hubungan dalam setiap program harus diperjelaskan agar wujud kaitan yang tersusun diantara satu program dengan program seterusnya.

5.Tentukan kaedah dan pendekatan- kaedah dan pendekatan penyampaian indikasi kepada kejayaan.

6.Melaksanakan program tarbiyyah- 
(i) memberi maklumat pada tempoh yang munasabah

(ii) agihkan segera tugasan kepada yang terlibat, senarai semakan amat penting dalam sesuatu gerak kerja bagi mengelakkan sesuatu perkara tercicir.

(iii) pastikan penyusunan program bersesuaian, masa, tentatif tidak terlalu padat atau longgar,tempat yang tidak membosankan

7.Penilaian dan pengawalan: 2 asasi penilaian harus dibuat, pertama; penilaian gerakerja semasa dan kedua selepas program. Tujuannya adalah supaya kita dapat menilai sejauh mana pendekatan tersebut memberi kesan kepada keberhasilan program tersebut.

dipetik daripada buku Pengurusan Dakwah, Rozhan Othman, 


0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP