Friday, November 18, 2011

JAWAPAN YB ISKANDAR ABDUL SAMAD



JAWAPAN YB ISKANDAR ABDUL SAMAD, PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN NEGERI SELANGOR KEPADA PERTANYAAN NO. 74 OLEH YB TUAN LAU WENG SAN ( KG. TUNKU ).





a.) Jumlah Rumah Mampu Milik yang akan dibina di Daerah Petaling oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( PKNS ) adalah,

1.) Seksyen U12, Shah Alam oleh PKNS / Debbin Sdn. Bhd. - 96 unit pangsapuri
2.) Seksyen U12, Shah Alam oleh PKNS / Must Ehsan Sdn. Bhd. - 400 unit pangsapuri

Kerajaan Negeri mengakui PKNS sahaja tidak akan dapat memenuhi permintaan Rumah Mampu Milik di Daerah Petaling.

Untuk seluruh negeri Selangor, penglibatan sektor swasta juga diperlukan untuk menyediakan Rumah Mampu Milik yang secukupnya.

Pelaksanaan projek Rumah Mampu Milik oleh PKNS perlu juga dipercepatkan.

Projek pertama di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi dengan 124 unit telah dilancarkan pada 3 Jun 2011.

Tetapi projek kedua di Kg. Seri Temenggong, Gombak masih belum dilancarkan walaupun tapak tersebut telah dikenalpasti tahun lepas.

Menurut perancangan terkini, projek ini akan dilancarkan paling awal pada Mac 2012.

Kelemahan-kelemahan seperti ini mesti diperbaiki oleh PKNS sekiranya bekalan Rumah Mampu Milik yang secukupnya hendak disediakan.

Walau bagaimanapun sektor swasta telah dilibatkan dengan projek-projek Rumah Mampu Milik di bawah oleh sebuah pemaju swasta,

1.) Sg. Long 800 kaki persegi dengan harga RM72,000 – 136 unit – Dalam pembinaan
2.) Seksyen U10, Shah Alam 850 kaki persegi dengan harga RM89,000 – 536 unit - Menunggu kelulusan Exco.

Satu lagi sebab kenapa, sektor swasta perlu dilibatkan adalah kerana tidak ada tapak-tapak yang sesuai yang dimiliki oleh PKNS untuk membina lebih banyak Rumah Mampu Milik.

Penglibatan sektor swasta akan melipatgandakan jumlah projek Rumah Mampu Milik di Selangor.

Kerajaan Negeri telah menerima cadangan-cadangan dari pemaju-pemaju yang mahu membina Rumah Mampu Milik di kawasan-kawasan di mana pemintaan untuk Rumah Kos Rendah adalah terlalu rendah.

Cadangan ini akan dikaji dengan teliti.

b.) Tidak ada pemotongan harga akan diberi untuk pembeli Rumah Mampu Milik. Harganya adalah sama bagi semua kaum.



sumber

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP