Friday, November 18, 2011

JAWAPAN YB ISKANDAR ABDUL SAMAD



JAWAPAN YB ISKANDAR ABDUL SAMAD, PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN NEGERI SELANGOR KEPADA PERTANYAAN NO. 49 OLEH YB KHASIM ABDUL AZIZ ( LEMBAH JAYA )


a. ) Di bawah Pakatan Rakyat, rumah-rumah kos rendah masih dibina di Selangor.

Buat masa ini sejumlah 3,317 unit rumah kos rendah sedang dalam pembinaan.

Sejumlah 10,338 unit rumah kos rendah dalam proses pemulihan iaitu projek terbengkalai atau projek sakit.

Sementara 8,579 unit rumah kos rendah telah mendapat kelulusan untuk dibina.

Oleh itu jumlah rumah kos rendah yang akan siap dibina adalah 22,234 unit.


b. ) Untuk mereka yang tidak mampu membeli rumah kos rendah, terdapat rumah-rumah di Projek Perumahan Rakyat atau PPR yang boleh disewa oleh rakyat.

Senarai lengkap adalah seperti berikut,

1.) PPR Kg. Baru HICOM di Seksyen 26, Shah Alam dengan 980 unit dan 396 unit kosong.

2.) PPR Taman Tasik Teratai di Serendah, Hulu Selangor dengan 300 unit dan 215 unit kosong.

3.) PPR Kota Damansara di Seksyen 8, Kota Damansara dengan 1,152 unit dan 293 unit kosong.

4.) PPR Taman Putra Damai di Lembah Subang dengan 3,004 unit dan 488 unit kosong.

Kerajaan Negeri telah menurunkan sewa yang pernah dinaikkan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada Jun 2007.

Pengurangan sewa ini adalah bagi mereka berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan atau yang mempunyai tanggungan yang ramai.

Mereka yang hendak menyewa rumah PPR tidak perlu membayar deposit secara sekali gus. Bagi yang berpendapatan rendah, deposit boleh dibayar secara ansuran.

Selain itu, Kerajaan Negeri di dalam peringkat akhir rundingan dengan sebuah untuk menyediakan pinjaman perumahan di bawah skim pinjaman khas bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji iaitu seperti mereka yang bekerja sendiri.

Sebagai permulaan, bekas peneroka bandar Kg. Rimba Jaya akan menikmati kemudahan ini.

Skim ini akan diperluaskan selepas ini.


sumber

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP