Wednesday, November 9, 2011

Fiqh Al-Aulawiyat



Assalamualaikum wb.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
 اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
وبعد




salam....buku ini ana dah belinya 2tahun yang lalu,harganya RM20.00 sahaja...jadi ana ambil sebagian apa yang dicatatkan secara ringkas utk dikongsi bersama..

Dr. Yusof Al-Qardhawi mendefinisikan Fiqh Al-Aulawiyat sebagai:
“Meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum hakam dan nilai-nilai akhlak yang mulia yang mengikut Syariat Islam berdasarkan wahyu Ilahi sebagai petunjuk kepada akal fikiran insan”.


perkara yang kurang penting tidak boleh didahulukan keatas perkara yang penting, dan perkara yang penting tidak boleh diutamakan keatas perkara yang sangat penting dan selanjutnya.

perkara yang paling utama dan sangat penting mesti diletakkan diurutan tangga yang teratas dan harus didahulukan daripada perkara yang berada diurutan selanjutnya.

perkara-perkara penting yang diabaikan muslimin sekarang ini 
  1. melalaikan tugas fardhu kifayah dalam maslahah ummah.
  2. melalaikan tugas fardhu ain seperti amar makruf nahi mungkar
  3. mengutamakan sebahagian rukun Islam daripada sebahagian tuntutan rukun lain
  4. memberi tumpuan kepada perkara-perkara sunnah daripada perkara fardhu(wajib)
  5. lebih mengutamakan sifat individual(perseorangan) seperti solat/zikir daripada yang bersifat jamaah yang manfaatnya kembali kepada kepentingan orang ramai
  6. mendahulukan perkara remeh-temeh  berbanding perkara asasi/pokok
  7. sibuk memerangi perkara yang makruh/syubhah sedangkan memerangi perkara yang jelas haram terlalu sedikit ditekankan
hal ini kerana rapuhnya asas keutamaan penilaian umat serta rapuhnya keutamaan penilaian cendekiawan muslimin

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP