Sunday, November 13, 2011

BERSIH 3.0 sekiranya kerajaan tetap berdegil

SHAH ALAM - Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia menyambut baik saranan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi yang menegaskan bahawa Dewan Pemuda Pas Malaysia bersedia untuk menggerakkan gelombang rakyat Bersih 3.0 sekiranya pihak Kerajaan Persekutuan masih lagi bersikap pekak dan tuli di dalam melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 untuk pilihanraya yang bersih dan adil.

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan dalam kenyataan berkata, sememangnya Malaysia kini dikendalikan oleh manusia-manusia yang cukup ketakutan sekiranya kuasa yang ada pada mereka kini diregut daripada genggaman mereka. Manusia sebegini merupakan ‘parasit’ yang telah menyalahgunakan amanah yang diterima oleh rakyat untuk menghisap semua darah-darah rakyat dengan bebanan cukai-cukai dan kenaikan harga barangan yang tidak munasabah.

"Puak-puak ini juga adalah merupakan liability kepada negara Malaysia  kerana mereka ingin terus berkuasa bukan kerana ingin mengambil berat dan menyelesaikan masalah rakyat tetapi merekalah yang menjadi perampok utama harta rakyat untuk kesenangan peribadi dan anak menantu mereka. Inilah rupa sebenar pemerintahan negara Malaysia yang diterajui oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Maka sudah tentulah UMNO/BN akan terus merahsiakan tarikh untuk  menghadapi pilihanraya umum kerana situasi politik mutakhir kini tidak menyebelahi mereka, ‘gula-gula’ Bajet 2012 belum ditelan lagi oleh rakyat, kewangan untuk menghadapi pilihanraya belum mencukupi kerana banyak projek-projek ‘direct nego’ kepada kroni telah banyak didedahkan oleh Pakatan Rakyat, projek IC untuk pendatang tanpa izin telah dapat dihidu pihak pembangkang, SPR dan JPN telah teruk ‘dibelasah’ oleh pemuda Pas dan rakyat kini mengharapkan pilihanraya akan diadakan setelah Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkenaan penambahbaikan sistem pilihanraya menyelesaikan tugasan mereka dan menyediakan cadangan terbaik untuk sistem pilihanraya yang telus dan adi," katanya.
Mohd Sany berkata lagi, UMNO/BN sebenarnya tidak lagi layak untuk memerintah negara ini dan sepatutnya berada di dalam muzium sebagai bahan kenangan sejarah kerana bersikap penakut untuk berhujah secara ilmiah, menggunakan politik kotor dan fitnah untuk menjatuhkan musuh politik, berterusan berbohong dan menipu rakyat di dalam mengurus tadbir negara, menjual maruah negara dengan secara sewenang memberikan kerakyatan segera kepada pemastautin tetap dan pendatang tanpa izin, menyalahgunakan institusi kerajaan untuk kepentingan parti dan merenggut harta kekayaan negara daripada rakyat seumpama harta peribadi mereka.

Menurutnya, oleh itu, pihaknya memberi amaran kepada Kerajaan Persekutuan di bawah kuasaan UMNO/BN untuk melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 dengan kadar segera dan mempastikan pilihanraya yang bersih, telus dan adil setelah menerima cadangan daripada Jawatankuasa penambahbaikan sistem pilihanraya yang telah ditubuhkan oleh parlimen Malaysia.

"Sekiranya tidak, pihak kita akan menggerakkan seluruh jentera parti Pas bersama Pakatan Rakyat, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Badan-badan berkecuali dan Rakyat Malaysia secara keseluruhannya untuk bersama menolak UMNO/BN daripada tampuk pemerintahan Malaysia melalui Himpunan Bersih 3.0," katanya. 


sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP