Friday, November 25, 2011

kakiku melangkah kembali???



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wb.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
 اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
وبعد

Mungkin lebih 10 tahun...kakiku ni tdk melangkah ke stadium bukit jalil utk menyaksikan perlawanan bola sepak,..akhirnya kali ini berkesempatan untuk hadir menyaksikan perlawanan di antara Malaysia vs Syria (kelayakan olimpik) pada hari rabu lepas (23hb/Nov).

Di zaman persekolahan,pernah juga diri ini mewakili sekolah dalam sukan bola sepak tapi gagal untuk mewakili daerah@negeri,(hihi,mase tu main posisi midfield) nak diceritakan di sini ialah semangat/jiwa sukan tu masih wujud dalam diri dan sukar untuk dibuang,cumanya pendekatan sekarang mungkin berbeza.Jelas kini bersukan supaya kuat beribadat kepada Allah swt dan berdakwah.

Hasilnya tarbiyah,diri ini masih mampu hadir ke tempat sedemikian(Stadium) tidak lain tidak bukan mendekati orang-orang muda,melihat telatah demi telatah,pelbagai sikap,..ya,jadi inilah mad'u yang disasarkan,jika tidak didekati,tidak turun padang,mana mungkin risalah islam itu sampai kepada mereka,sekurang-kurangnya ditekankan bab solat,..(cara utk mngajak itu ade carenya,..style org muda bile bercakap) mungkin boleh cuba pada rakan-rakan yang terdekat.


Mungkin ramai rakan sepengajian@sejemaah melihat pendekatan penulis ketika dahulunya agak syadid dalam pendekatan dakwah,(maklumlah,mase tu sy bru nak berhijrah...skill dakwah pun xde...(,-_-,)isk3...) namun sekarang dengan pengajian demi pengajian dilalui,maka konsep dakwah sangatlah luas,berkocak minda ketika menjelajah ilmu-ilmu dakwah,bertumpu telinga mendengar ucapan oleh sang murobbi...Ya,memang itu semua perlu dicari dengan kesungguhan hati.Wallahu'alam






"sedikit pencerahan"





0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP