Friday, August 12, 2011

Ikhwah dan akhwat seperjuangan,sdkt renungan utk anda...



PERINGATAN BUAT PIMPINAN

Berikut adalah sedikit peringatan buat renungan kita bersama. Semoga ianya dapat kita serapkan dalam diri demi membina keutuhan jiwa sbg seorang mukmin sejati.

1) Kita semua adalah para dai’ yang bekerja dengan Allah. Maka perkara pertama yang harus disedari adalah hubungan kita dengan Allah Subhanahuwataala.

2) Perkemaskan qiamullail kita kerana Allah SWT akan memberikan kehebatan kepada hamba-hambanya yang menghidupkan malam dengan beribadah.

3) Peruntukkan sedikit waktu sebelum tidur untuk muhasabah diri sendiri dengan penuh keikhlasan dan sentiasalah memperbaharui taubat nasuha kita.

4) Sesungguhnya tugas sebagai dai’ mempuyai banyak dugaan dan yang demikian itu memerlukan ketabahan dan kesabaran. Sahabat perlu menghadapi kehidupan ini dengan dada yang lapang. Selesaikan setiap masalah yang dihadapi dengan akal yang sihat berpandukan syariat.

5) Kita perlu memiliki sifat syukur dan redha. Redhailah dan terimalah setiap yg telah ditentukan oleh Allah SWT terhadap kita. Janganlah kita mempertikaikan pemberian Allah kepada kita tetapi selidikilah nikmat yang telah kita perolehi serta penuhkan hati kita dgn laungan kesyukuran.

6) Dalam usia remaja ini, hendaklan kita titik beratkan pendidikan rohaniyah. Pastikan jiwa ini sentiasa tenang dan lapang.

7) Luangkan waktu setiap hai untuk menatapi Al-Quran. Jadikan ia sebagai tugas rutin di dalam hidup kita kerana ianya adalah inti kpd perjuangan yg mesti kita sampaikan.

8) Perlu kita sedari bahawa kita sedang bertugas untuk menyeru manusia ke arah kebenaran dan nur hidayah Allah., kita bukan berjuang untuk satu golongan atau jamaah, tetapi perjuangan kita adalah untuk semua mahasiswa. Oleh itu ikhlaskan niat kita dan serapkan roh islam kepada sesiapa sahaja walaupun kita tahu mereka bukan dari jamaah kita.

9) Cuba gunakan sebaik-baiknya peluang untuk menyampaikan dakwah dalam pergaulan seharian. Kita harus tahu mengawasi diri sendiri dalam perlakuan dan perkalaan yang dikeluarkan. Dakwah melalui perlakuan itu adalah ledih baik daripada seruan tanpa realisasi.

10) Bentukkan diri kita agar mudah bermesra dan didekati oleh manusia. Sentiasa tunjukkan wajah yg manis dan amalkan gurauan yg baik yg dpt merapatkan ukhuwwah

11) Contohilah ikan di laut, kemasinan air laut tidak mampu mempengaruhi rasa daging ikan. Oleh itu jangan biarkan situasi yang membentuk kita, sebaliknya kitalah yang membentuk situasi.

12) Kita merupakan guru dan contoh kepada ahli-ahli khususnya dan masyarakat umumnya. Oleh itu jagalah syakhsiyyah kita di mata mereka.

13) Bersihkan diri kita dari segala sifat-sifar mazmumah dan hiasilah diri kita dengan sifat-sifat mahmudah.

14) Sentiasalah berwaspada dengan musuh utama yang ada di dalam diri kita. Elakkan daripada menuruti kehendak nafsu yg diperkudakan oleh syaitan. Sesungguhnya syaitan itu benar-benar berhasrat untuk melumpuhkan anak Adam terutamanya para dai’.

15) Manusai amat suka disanjungi, sifat itulah yang boleh menyuburkan rasa riak dalam hati seseorang. Oleh itu awasilah wahai sahabat sekalian, jangan anda tertipu dengan pujukan syaitan.

16) Awasilah pergaulan anda dengan sahabat yang berlainan jenis. Jangan jadikan diri anda sebagai ‘perosak’ iman saudara perjuangan anda. Sesungguhnya tiada fitnah yang lebih besar bagi lelaki kecuali wanita.(ikhtilat)

17) Jamaah kita sering diserang penyakit buruk sangka sesama ahli jamaah atau ‘orang luar’. Oleh itu cuba jauhkan sifat tersebut dari hati-hati kita kerana sifat itu boleh menyebabkan kegagalan dalam kerja dan yang pentingnya ia boleh merenggangkan hubungan kita dengan Allah SWT lalu kita akan meluncur laju menuju kehancuran.

18) Kenalilah gejala-gejala riddah. Pastikan diri kita bebas dan jauh daripadanya.

19) Setiap manusia itu mempunyai kelemahan masing-masing. Tutuplah kelemahan kita itu dengan rapi agar ia tidak menjadi bahan fitnah orang.

20) Perhebatkan dan beranikan diri untuk sentiasa maju kehadapan kerana pejuang yang sebenarnya akan tertonjol kehebatannyan dalam masyarakat.

21) Apabila kita berada dalam sof hadapan perjuangan dakwah, maka mata-mata dan mulut-mulut manusia semakin terliti & galak dalam melihat dan membicarakan segala kelemahan kita yang tertonjol. Makaberwaspadalah dan tangani masalah ini dengan bijaksana.

22) Bentukkan diri ini supaya suka dan ikhlas dalam memberi pandangan dan menerima nasihat.

23) Sentiasalah amalkan doa-doa Rasulullah dalam setiap gerak kerja yang bakal dilakukan. Juga amalkan sembahyang sunat 2 rakaat seblm menghadiri mesyuarat, pemyampaian dan aktiviti-aktiviti yang difikirkan perlu kerana doa itu senjata mukmin.

24) Jadikan diri kita ini sentiasa sensitif dan peka dengan perubahan keadaan dan situasi sekeliling.

25) Jagalah diri agar tidak dipermainkan dan diperolokkan oleh manusia. Pastikan kita menghormati orang dahulu sebelum mereka menghormati kita.

26) Hadapilah pelajaran dengan bersungguh-sungguh. Keikhlasan hati kita dalam menuntut ilmu dan ketahuilah bahawa kejayaan kita merupakan kejayaan umat Islam. Letakkan islam di tempat yang gemilang.

27) Hargailah masa. Gunakan masa itu dengan baik. Kita perlu tahu bahawa tugas seorang mukmin itu lebih banyak dari masa yg ada. Hindarkanlah diri dari kerja-kerja yang tidak berfaedah.

28) Milikilah ilmu sebanyak-banyaknya. Tanamkan minat yang mendalam terhadap ilmu pemgetahuan.

29) Membaca adalah satu kemestian bagi kita, tetapi awas bahan bacaan yg bagaimana pilihan kita. Pastikan apa yang kita baca boleh menambahkan kefahaman kita t’hdp islam agar boleh memperkembangkan pemikiran kita.

30) Akhirnya gantunglah hati dan jiwa kita kepada Allah. Minta Allah tunjukkan jalan yang lurus buat kita lalui bersama, juga terpelihara dari kekejian dalam kehidupan dan lemah semangat dalam perjuangan.(tawakkal)

SEMOGA ALLAH MEMPERTAUTKAN HATI-HATI KITA DALAM PERJALANAN MENCARI KETAQWAAN DAN KEREDHAANNYA.

terbitan DH


2 comments:

Anonymous,  August 13, 2011 at 8:08 AM  

Syukran, syeikh ;)

Akh asyraf Al-fandani August 13, 2011 at 9:42 AM  

'afwan...mdh2han semuanya dinilai ibadah...^__^

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP