Thursday, June 2, 2011

Perjuangan PAS Adalah Thabit – Ustaz Nik Zawawi

GOMBAK, 2 Jun - Penjelasan kesyumulan Islam perlu dijelaskan kepada masyarakat non-Muslim dengan tegas dan thabit.



Ketua Penerangan DUPP, Ustaz Nik Mohd Zawawi dalam sesi penggulungan perbahasan tadi menekankan perhatian kepada non-Muslim bahawa perjuangan kita adalah thabit dan tetap tidak akan berubah.



“Kita tidak boleh kabur dengan hala tuju perjuangan parti Islam ini. Negara dan perjuangan Islam adalah wadah utama yang mampu merungkai permasalahan yang ada dalam seluruh masyarakat hari ini,



“Perkara ini perlu difahami dalam menyampaikan penjelasan kepada non-Muslim supaya salah faham ini tidak terus membawa kepincangan dalam PAS dalam menjelaskan berkaitan Parti kapada non-muslim.



Tambahnya, PAS berjaya mempamerkan Islam kepada masyarakat non-MUslim,ada di antara non-Muslim yang begitu terpengaruh dengan Islam hasil dari akhlak yang dipamerkan oleh PAS.



Mengakhiri ucapan pergulungan Dewan Ulama di Dewan Fadhil Noor Kolej Universiti Zulkifli Mohamad beliau merakakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh uluma yang berkecimpung dalam medan dakwah dalam memberikan penjelasan di samping menggunakan pendekatan fiqh al-waqi' dalam menjelaskan pelbagai isu yang berbangkit ketika menyampaikan ceramah dan majlis ilmu.



Beliau turut mengingatkan kepada seluruh ahli dewan itu agar tidak tertipu dengan isu yang dimainkan dalam media massa,"Ulama dan PAS perlu waspada semua isu UMNO dan BN, kerana mereka cuba menjerat PAS, ada isu kita boleh serang dan jelaskan, ada isu kita perlu diam, kerana mereka lemas dengan isu yang disebut dan diserang oleh kita lalu mewujudkan isu baru bagi menipulasi pemikiran rakyat.”



http://muktamar57.pas.org.my



sumber


0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP