Monday, May 30, 2011

Gaza kembali bernafas




RAFAH, 29 Mei 2011 - Keputusan Mesir membuka sempadan Rafah yang menghubungkan negara itu dengan Genting Gaza memberi kelegaan kepada lebih 1.5 juta penduduk Palestin selepas lebih empat tahun kebebasan mereka disekat.



Pembukaan satu-satunya laluan ke dunia luar yang tidak bersempadan dengan Israel, Sabtu lalu, membolehkan penduduk Gaza bebas keluar dan masuk bagi menjalankan urusan harian.



Kira-kira 450 penduduk Gaza menyeberang ke Mesir pada hari pertama pembukaan itu dan jumlah pelawat harian itu dijangka meningkat sehingga tiga kali ganda.



Seorang penduduk Gaza, Rami Arafat, 52, adalah antara yang paling awal tiba di Rafah untuk keluar ke Kaherah dan menaiki kapal terbang untuk menghadiri perkahwinan anak perempuannya di Algeria, semalam.



“Kami hanya mahu bergerak seperti manusia biasa dan dilayan dengan bermaruah,” katanya.



Sementara itu, penuntut universiti, Khaled Halaweh, 28, lega selepas pembukaan itu membenarkannya menyambung pengajian sarjana di Universiti Iskandariah, Mesir.



“Sekatan ke atas Gaza bukan sahaja menjejaskan keupayaan perjalanan penduduk dan bara-ngan tetapi menyekat pemikiran kami,” katanya yang tidak keluar dari Gaza sejak tujuh tahun lalu.



Namun, Mesir masih meletakkan syarat lelaki Gaza berumur 18 hingga 40 tahun perlu mendapatkan pelepasan keselamatan sebelum dibenarkan menyeberang sempadan itu.



Pembukaan sempadan Rafah menunjukkan dasar baru kerajaan sementara Mesir selepas penggulingan bekas presiden, Hosni Mubarak yang juga sekutu kuat Israel.



Artikel asal:


http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9141116.asp



0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP