Thursday, April 28, 2011

Turki beri amaran kepada Zionis supaya jangan ganggu Freedom Flotilla 2



Jumaat, 29/04/2011 - Menteri Perhubungan Luar Turki, Ahmet Davutoglu mengingatkan Zionis agar jangan sekali-kali menggangu Freedom Flotilla 2 yang akan bertolak ke Gaza akhir bulan depan, sambil memberi amaran kepada Zionis untuk tidak mengulang kembali peristiwa Marmara yang telah mencederakan dan membunuh beberapa warga Turki.



Menurut laporan akhbar Yediot Aharonot, kenyataan Menteri Luar Turki tersebut dikeluarkan pada hari Selasa (26 April) lalu kepada akhbar Sydney Morning Herald yang turut berbunyi, “kepungan di Gaza adalah di bawah tanggungjawab Israel, dan selepas perbincangan dengan PBB, ianya jelas menyalahi undang-undang antarabangsa”, sebelum beliau mengingatkan semula peristiwa serangan ke atas kapal Marmara di perairan antarabangsa, yang menyebabkan beberapa kematian.



Pengerusi IHH Turki, Bulent Yildirim, menyatakan bahawa kapal Marmara akan menyertai rombongan flotilla ini yang akan berlayar ke Gaza hujung bulan depan, dan ini menyebabkan pihak pertahanan Zionis meminta Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan United Nations untuk menghalang flotilla kali ini. “Israel” juga merayu kepada Turki agar tidak melepaskan flotilla ini dari pelabuhannya, dan rayuan ini ditolak oleh Menteri Luar Turki dalam kenyataannya pada hari ini seperti, “Turki tidak akan menghalang flotilla ini keluar dari pelabuhannya, dan kami juga akan sentiasa memantau sebarang kemungkinan perkara berbahaya yang mungkin akan berlaku di sepanjang pelayaran ini.”



sumber : http://www.palestine-info.info/ar/


penterjemah : Azleen


0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP