Thursday, April 28, 2011

Majoriti Rakyat Mesir Ingin Al-Quran Sebagai Sumber Hukum


Sebuah bancian yang dilakukan oleh sebuah lembaga yang berpusat di AS, menunjukkan majoriti rakyat Mesir percaya undang-undang di negara mereka mesti mengikut ajaran kitab suci Islam, Al-Quran.



Survei ini mencerminkan perubahan Mesir menuju ke arah 'konservatisme' agama. Hal ini juga menunjukkan rakyat Mesir terbuka untuk masuknya parti-parti berasaskan keagamaan dalam pemerintahan masa depan, walaupun hanya 31 peratus dari mereka bersimpati dengan kelompok "fundamentalis" Muslim.



Hasil bancian yang dikeluarkan Isnin lalu (25/4), datang menjelang pemungutan suara pada September depan - Pilihanraya parlimen pertama sejak pemecatan Presiden Hosni Mubarak pada bulan Februari. Parti-parti Islam diharapkan akan membuat hasil yang signifikan dalam pemilu itu.



Bancian berdasarkan wawancara dengan 1,000 orang Mesir, dilakukan oleh Pew Research Center antara 24 Mac hingga April 7. Margin kesalahan plus atau minus sebesar 4 peratus.(fq/ap)



sumber

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP