Sunday, November 28, 2010

Pilihan raya Parlimen di MESIR

KAHERAH 28 Nov. - Rakyat Mesir mula mengundi hari ini dalam pilihan raya Parlimen yang dicemari dengan tindakan keras ke atas pembangkang utama dan media bebas serta ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung keengganan kerajaan membenarkan kemasukan pemantau antarabangsa.


Parti pimpinan Presiden Hosni Mubarak, Parti Demokratik Kebangsaan dijangka kekal menguasai dewan yang mempunyai 508 kerusi.


Lebih 1,000 penyokong Ikhwanul Muslimin ditahan sepanjang kempen, tindakan paling keras pernah dilakukan untuk menutup mulut pengkritik sejak Mubarak mula berkuasa 30 tahun lalu.


Polis dan kumpulan bersenjata mengganggu kempen pergerakan itu malah menyerang anggota Parlimennya, dalam apa yang dilihat sebagai usaha kerajaan memusnahkan pembangkang.


Pilihan raya Parlimen terakhir Mesir yang diadakan pada 2005 turut dicemari keganasan yang meragut 10 nyawa, ekoran kumpulan yang mengamuk kerana cuba memasuki pusat pengundian yang ditutup polis bagi menghalang pengundi pembangkang. - AP


Sumber

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP