Tuesday, June 1, 2010

KATA-KATA HIKMAH SYEIKH AHMAD YASSIN

Assalamualaikum wbt..

semoga semuanya dalam rahmat Allah Ta'ala..

Bersatulah wahai kaum Muslimin...
dengan semangat dan roh kebenaran..
Berjihadlah wahai kaum Muslimin..
Walau susah menempuh cabaran..
Bersatulah Wahai kaum Muslimin..
Dengan obor sinar kebahagiaan..
Biar syahid atau kemenangan..
Berjuanglah Wahai Ansarullah..
Dengan matlamat daulah islamiyah..
----

Sedikit perkongsian tentang syeikh Ahmad Yassin..pengasas pertubuhan HAMAS..

Kata-katanya mengenai perjuangan rakyat Palestin:

Rakyat Pelastin hanya mempunyai dua pilihan, sama ada menyerah diri ataupun meneruskan perjuangan mereka.

Ditanya mengenai pandangan barat terhadap perjuangan rakyat Palestin:

Mereka (barat) haruslah memahami prinsip perjuangan rakyat Palestin yang mempertahankan diri dengan batu dan segala yang mereka ada demi membalas tindakan kekerasan yang mereka (rakyat Palestin) terima daripada rejim Zionis.

Apabila ditanya mengenai desakan barat agar HAMAS menghentikan perjuangan bersenjata mereka:

Pemahaman Barat terhadap isu ini amat dangkal dan silap. Mereka meminta kami (rakyat Palestin) meninggalkan perjuangan kemerdekaan kami dan langsung tidak meminta para penjajah (rejim zionis) meninggalkan tanahair kami dan memulangkan kepada yang lebih berhak.

Apakah HAMAS akan mengubah cara perjuangan mereka seperti PLO?:

Sehingga saat ini, HAMAS akan tetap menjadikan Jihad sebagai usaha penentangan yang paling strategik dan tidak akan meninggalkan jalan ini kecuali pihak zionis menyerah kalah.

Bagaimanakah kriteria pejuang HAMAS?:

Orang-orang yang tenggelam dalam maksiat dan dosa tidak layak untuk bersama-sama memperjuangkan isu umat ini. Mereka juga tidak layak bertempur dengan musuh-musuh mereka.. (Subhaanallah).

Apakah rahsia kejayaan HAMAS mengekalkan keutuhan maksud perjuangan di kalangan ahli-ahlinya tanpa berubah arah atau menyerah kepada Israel seperti segelintir anggota gerakan rakyat Palestin:

Rahsianya terletak pada keimanan yang jitu dalam cara Islam yang mereka pegang dan menjadi landasan perjuangan mereka. Bagi golongan materialis, jika mereka kehilangan habuan dunia, mereka akan berasa rugi yang tidak terhingga. Ini tidak berlaku kepada mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi kerana jika mereka kehilangan nyawa, mereka yakin mereka akan ke Syurga yang jauh lebih luas daripada dunia dan isinya. Mereka semua menantikan detik terakhir kehidupan mereka untuk meneruskan perjalanan menuju TUHAN. Untuk mencapai tujuan itu, mereka berjuang dan tetap utuh di atas jalan yang mereka pilih sehingga ke nafas terakhir.

Apakah masa depan Negara Israel?:

Apa yang saya lihat. entiti haram Israel ditegakkan di atas kekejaman dan perampasan tanah milik orang lain. Apa sahaja entiti yang diasaskan atas dasar itu tidak akan kekal dan akan hancur kerana perpecahan di kalangan mereka sendiri.

Bila ditanya tentang ancaman rejim Zionis untuk membunuhnya selepas percubaan pertama membunuhnya gagal:

Jika saya terkorban, akan muncul seribu yang lain seperti diri saya.

Apakah dengan tindakan rejim Zionis, rakyat Palestin akan menyerah kalah?:

Mereka (Zionis) mesti tahu bahawa peperangan akan berterusan dan rakyat kami akan sentiasa memburu mereka. Mereka akan membayar harga kekejaman yang telah mereka lakukan terhadap rakyat Palestin.

Pandangannya mengenai perjanjian damai di antara pihak Autonomi Palestin dan Israel:

Perjanjian Damai yang wujud kini hanya menguatkan lagi penjajahan Zionis ke atas bumi Palestin dan juga penderitaan rakyatnya. Ini bukanlah damai yang sebenar!.

Apakah pandangannya terhadap rakyat Israel:

Semua anggota Zionis adalah tentera di medan peperangan.

Bila ditanya mengenai masa hadapan perjuangan rakyat Palestin:

Saya yakin bahawa penderitaan kita semakin parah dan memerlukan pengorbanan serta kesabaran. Namun, insyaALLAH, masa depan adalah milik kita.

Saya ingin menegaskan kepada anda sekalian, ALLAH SWT berkuasa ke atas segala urusan-NYA. Keyakinan kami kepada ALLAH SWT dan kepercayaan kami kepada rakyat Palestin yang beragama Islam, beriman serta bersemangat amat tinggi. Insya-ALLAH, dengan doa anda sekalian sebagai umat Islam dari serata dunia dan juga sokongan material dan moral, kami akan berjaya mengalahkan rejim Zionis dan ALLAH SWT akan memberikan kami kemenangan setelah ujian yang getir ini.

Adakah HAMAS boleh membawa perubahan kepada rakyat Palestin sedangkan mereka tidak mengepalai kerajaan yang sah seperti PA?:

Saya ingin menegaskan bahawa rakyat lebih kuat dan lebih berupaya daripada kerajaan. Anda semua telah menyaksikan rakyat Palestinlah yang menerajui perubahan dan perlawanan dengan rejim Zionis berbanding apa yang anda namakan sebagai 'kerajaan'. Rakyat jugalah yang telah menggagalkan segala yang telah dirancang oleh musuh. Saya yakin, Islam pasti menang. Projek Zionis dan Amerika di bumi Palestin akan hancur dengan izin ALLAH SWT dan kemenangan akan berpihak kepada rakyat Palestin.

Subhaanallah.

Allahuakbar.



al-fatihah kita sedekahkan untuk para syuhada' ini..

~sama-sama kita meneladani perjuangan mujahid ini..~

sumber: Syeikh Ahmad Yassin, Bapa Intifadah Palestin (2005). Terbitan Karya Bestari SDN. BHD. Shah Alam, Selangor.

Tulisan : ~Muslihah Zaki~(http://balkishannanmzipis.blogspot.com)

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP