Tuesday, June 1, 2010

Bilakah lagi kita satu hati...???

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Intifadhah wahai ummah...

Umat Islam bertanggungjawab membantu penduduk Palestin dalam pelbagai cara, sama ada bersifat kebendaan atau sebaliknya mengikut kemampuan. Kita mestilah berdoa demi keselamatan dan kebebasan bumi Palestin dari ancaman musuhnya.


Sheikh Yusof al-Qardhawi dan Dr. Wahbah Zuhaili adalah ulamak terkemuka dunia menegaskan bahawa umat Islam wajib membantu saudaranya yang kesusahan dalam pelbagai aspek yang diperlukan walaupun terpaksa mengikat perut. Kita juga mesti menyokong penuh fatwa Sheikh Yusof al-Qardhawi bahawa jihad pengebom berani mati khususnya di Palestin adalah tidak bercanggah dengan Islam dalam usaha mempertahankan Islam dan tanah air.

Oleh yang demikian selari dengan peristiwa Hijratur Rasul SAW, maka sewajarnya mampu menjadi pemangkin kepada kita untuk bersama-sama dengan pertubuhan gerakan Islam menghapuskan kezaliman, penindasan dan keganasan di Palestin.

Seruan kepada semua umat Islam, marilah kita sama-sama membantu mempertahan dan menyelamatkan maruah bumi Palestin dengan tindakan berikut:

1: Umat Islam wajib bersatu padu (x kirelah perbezaan fahaman sekali pun,ini adalah masa untuk bersatu)mempertahankan Islam dan tidak bergantung harap bantuan orang bukan Islam untuk menyelamatkan maruah Islam;

2: Sikap tidak peduli umat Islam tentang persoalan akidah, ibadah, syariat dan akhlak akan menjerumuskan umat Islam di bawah telunjuk Yahudi dan pakatan mereka;

3: Pemimpin dunia Islam hendaklah berani memberi sokongan kepada Hamas dan Hizbullah untuk mempertahankan Islam dan tanah air;

4.Menjiwai dan sensitif terhadap sebarang bentuk pencabulan harta, nyawa dan maruah umat Islam;

5: Menghulurkan bantuan derma mengikut kemampuan; dan

6: Memulaukan pembelian barangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi.



~Asyraf Al-Fandani~
(Gelombang Besar Intifadhah hampir kembali)

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP