Wednesday, May 12, 2010

"Siapa Ummu Hakim???"


Alhamdulillah.Syukur ke hadrat Allah subhanallahuwa ta'ala kerana masih memberi peluang kepada saya untuk terus berkongsi cerita kepada sahabat2 semua.

Muslimat/mujahidah yang dirahmati Allah swt.

InsyaAllah,Pada ruangan kali ini,marilah wahai mujahidah2 sekalian mengenali siapakah "Ummu Hakim binti Harits bin Hisyam".
"Ummu Hakim" adalah seorang mujahidah Allah swt,setelah dia memeluk islam.Sebelum keislamannya,dia bersama suaminya Ikrimah bin Abu jahal termasuklah kelompok yang memerangi baginda Rasulullah saw dalam Perang Uhud.Ummu Hakim adalah seorang daripada 10 perempuan terkemuka kaum Quraisy saat Fathu Makkah (Penaklukan Kota Makkah)

Dia juga adalah seorang isteri yang sangat mendorong suami untuk masuk islam dan berjihad di jalan Allah swt sehingga meraih syahid.Oleh kerana Ummu Hakim terlebih dahulu memeluk islam,sedangkan suaminya Ikrimah bin Abu jahal sempat melarikan diri dari Kota Mekah,saat penaklukan Kota Mekah kerana takut dibunuh oleh Kaum Muslimin.

~Sekadar Hiasan~

Muslimat/mujahidah yang dirahmati Allah swt.

Setelah berbai'at dengan Rasulullah saw,Ummu Hakim berkata kepada Rasulullah saw
"Wahai Rasulullah,Ikrimah pergi melarikan diri ke Yaman.Dia takut engkau akan membunuh dia maka berilah jaminan keamanan kepada dia."

Rasulullah saw bersabda." Dia dijamin keamanannya".
Ummu Hakim secara bergegas keluar mencari suaminya.Akhirnya,dia berhasil menjumpai suaminya ketika dia sudah berada di Pantai Tihamah.Dia bersedia belayar mengharungi samudera.Ketika dia menaiki Bahtera,Nahkhodanya berkata kepada dia,"Ucapkanlah Kalimat Ikhlas"
Ikrimah bertanya "Apakah yang harus aku ucapkan?"

"Ucapkanlah Laa ila ha illallah aku tidak lari kecuali dengan kalimat itu."

Ummu Hakim Menjumpainya dan berkata "Wahai anak pamanku,saya datang kepadamu dari hadapan orang yang paling kuat menyambung hubungan keluarga ,orang yang paling banyak berbuat baik.Engkau jangan membinasakan dirimu sendiri,Aku sudah memintakan jaminan perlindungan untukmu dan mereka memberinya"

Ikrimah bertanya lagi "Benarkah kamu berbuat demikian?"

Isterinya menjawab "Ya,saya menyampaikan hal itu kepada beliau dan beliau memberikan jaminan keamanan untukmu".
Muslimat/mujahidah yang dikasihi Allah swt.

Ummu Hakim dan suaminya Ikrimah bin Abu jahal segera menemui rasulullah saw.Dan kehadiran mereka disambut gembira oleh Rasulullah saw.

Ikrimah berkata "Wahai Muhammad,sesungguhnya isteriku ini telah memberitahu bahawa engkau akan memberi keamanan kepadaku."
Rasulullah saw menjawab "Benar,kamu aman".

"Kepada apa engkau mengajakku,wahai Muhammad?"

"Aku mengajakmu untuk bersaksi bahawa tiada sesembahan kecuali Allah swt dan bahawasanya aku adalah utusan Allah swt.kamu menegakkan solat,tunaikan zakat, dan kamu kerjakan ini dan itu." (sampai beliau menyebutkan semua ajaran islam)

"Demi Allah ,tiadalah ajakanmu itu kecuali menuju kepada kebenaran dan perkara yang sangat bagus.Demi Allah,kamu sebelum berkumandangkan da'wah itu,sudah dikenal sebagai seorang yang paling benar ucapannya dan paling baik perilakunya." "Sekarang aku naik saksi bahawa tiada sesembahan kecuali Allah,dan aku naik saksi Muhammad itu hambaNya sekaligus utusannya".
Pada suatu pertempuran melawan romawi,Ikrimah bin Abu Jahal dan isterinya terlibat di dalam peperangan itu.Ikrimah berjihad bersungguh-sungguh dan luar biasa.Alhamdulillah,Allah menghadiahkan syahid untuknya.

Allahuakhbar!!!

Hayatilah wahai muslimah,betapa besarnya peranan Ummu Hakim.Dimulai sejak dia menjadi perantara suaminya dengan rasulullah saw hingga dia beroleh jaminan keamanan.Hinggakan suaminya bersyahadat bahkan berakhir syahid di jalanNya.Allahukhbar!

Sungguh wahai muslimah/mujahidah,kamu memiliki peranan yang amat BESAR dalam mendukung perjuangan tertegaknya ISLAM.Janganlah kalian sesekali LEMAH,setiap ujian di atas muka bumi ini adalah tidak lain tidak bukan merupakan PEMBAKAR semangat untuk terus BANGKIT dan BANGUN berjihad di jalan Allah swt.

Muslimat/mujahidah yang dikasihi Allah swt.

Setelah suaminya syahid,Ummu Hakim bernikah dengan sahabat yang mulia iaitu Khalid bin Sa'id bin Ash RA.Disaat Khalid menyampaikan niatnya kepada Ummu Hakim,beliau menjawab "Apakah tidak baiknya kita tunda saja,sampai Allah mengalahkan tentera Romawi yang akan menyerang kita nanti?"

Khalid menjawab "Firasatku mengatakan bahawa aku akan terbunuh pada perang besok".
Akhirnya,keesokan harinya walimah pernikahan digelar penuh dengan barokah.Makanan tidak kunjung habis,hinggakan tentera Romawi menyerang.

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar!!!
Khalid bin Sa'id bin Ash RA meraih syahid di hadapan isteri yang tercinta.

Ummu Hakim pula tidak ingin tertinggal dengan peluang mulia yang ada.Dengan sigap dia meraih tiang tenda,yang semalam digunakan untuk tenda walimah pernikahahnya.

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar!!!
Ummu Hakim berhasil membunuh 7 tentera Romawi di tangannya sendiri.Sesungguhnya dia Ummu Hakim sudah mencapai kemuncak di dalam perjuangan.Semoga Allah meredhainya dan menjadikannay seorang mujahidah yang tetap teguh dengan membela agama Allah subhanallahuwa ta'ala.Takbir!!!


~sekadar hiasan~

Mudah-mudahan pembaca muslimah dapat mencontohi keberanian Ummu Hakim untuk menjadi Mujahidah Allah swt yang sentiasa bersiap sedia untuk membela agamaNya dan pada masa yang sama sentiasa memperbaiki diri daripada pelbagai sudut untuk menjadi muslimah solehah acuan Al-Quran dan As-sunnah disamping meraih cinta Allah subhanallahuwa ta'ala.

wallahuta'ala 'alam...

Rujukan : -

~Mawar-mawar padang pasir(judul asli: Masyahir an-Nisa' al-Muslimah) karya Ali bin Nayif asy-Syuhud.

~Muslimah berjihad(Karya Syeikh Yusuf Al-'Uyairi.

~Asyraf Al-Fandani~ "Drp Allah,Kpd Allah,Beserta Allah"



0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP