Thursday, February 4, 2010

Wahai Para PEMUDA!!!

gambar hiasan

Sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang beriman penuh dengan ajarannya, yang benar-benar jujur dalam usaha menegakkan hukum-hukumnya, yang mempunyai semangat yang semakin berkobar untuk mempertahankan kewujudannya dan di samping itu terdapat pula kemudahan persiapan yang boleh mendorong ke arah berkorban serta terus bertindak menjayakannya.

Keempat-empat rukun tersebut: KEIMANAN, KEJUJURAN, SEMANGAT dan TINDAKAN merupakan ciri-ciri utama bagi pengertian 'kepemudaan'.

Kesimpulan ini ialah kerana asas KEIMANAN itu ialah hati yang suci murni; asas KEJUJURAN ialah sanubari yang jernih lagi hening; asas SEMANGAT ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap TINDAKAN ialah keazaman yang gagah dan tabah.

Itulah sebabnya maka angkatan PEMUDA sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pesaka bagi kebangkitan sesuatu umat. Ia juga merupakan rahsia hikmat bagi kegagahan dalam sesuatu kebangkitan, malah angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji untuk sesebuah fikrah perjuangan.

(Aiyuhasy Syabaab : as-Syahid al-Imam Hasan al-Banna)

1 comments:

Kay Neesa February 10, 2010 at 7:21 AM  

Salam..

Blog awk ilmiah dan menarik.. membuatkan saya nak membaca lagi dan lagi. Teruskan usaha awk

anyway saya Nisa, rakan halaqahNet (sebaikwanita). salam taaruf

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP