Thursday, February 4, 2010

as-Syahid Yahya 'Ayyash


as-syahid Yahya 'Ayyash

Yahya 'Abdul Latif 'Ayyash merupakan pakar pembuat bom bagi Hamas dan salah seorang pimpinan Batalion Samaria bagi Briged 'Izz al-Din al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas. Atas kebolehannya itu ia digelar sebagai al-Muhandis (The Engineer).

'Ayyash dilahirkan pada 22 Februari 1966 di Rafat, wilayah Ramallah, Palestin. Merupakan anak pertama dari tiga beradik. Merupakan seorang anak yang sangat berakhlak dan menghafaz al-Quran sejak kecil.

Ketika remaja ia meminati bidang eletrikal dan mekanikal khususnya membaiki radio dan televisyen. Setelah tamat peringkat menengah tinggi beliau memasuki Universiti Bir Ziet pada tahun 1985 dan berjaya memperolehi Bachelor of Science dalam bidang Kejuruteraan Eletrikal pada tahun 1991. Sesudah itu beliau menolak untuk melanjutkan pengajiannya di peringkat yang lebih tinggi untuk terus melibatkan diri dengan pergerakan bersenjata al-Qassam.

Kemampuannya merekacipta bahan letupan dengan bahan mudah sedia ada seperti sabun dan sebagainya telah menyemarakkan lagi Intifadhah Palestin denga tindakan pengeboman di tempat-tempat strategik Yahudi. Bagi penduduk Palestin 'Ayyash adalah idola mereka khususnya para pemuda, namun menjadi orang yang paling dikehendaki oleh regim Yahudi.

'Ayyash merupakan sasaran Shabak, iaitu perisik rahsia Israel. Pada 5 januari 1996 di Gaza, Shabak telah menggunakan tipu helah - menggunakan seorang teman 'Ayyash yang mengkhianatinya - memberikannya telefon bimbit yang berfungsi sebagai bom. Ketika 'Ayyash menggunakannya, pihak Shabak Yahudi telah meletupkannya.

Allah S.W.T. telah mengabulkan cita-citanya untuk mati syahid di jalanNya ketika hanya berusia 30 tahun. Jenazahnya telah diiringi kira-kira 500 ribu penduduk Palestin yang akan melahirkan lagi beribu-ribu 'Ayyash di masa hadapan.

Post by : Asyraf Al-Fandani

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP