Perbandingan Aqidah Antara Ahli Sunnah Wal Jama`ah & Syi`ah
Berikut adalah jadual perbandingan aqidah antara Ahli Sunnah wal Jama`ah dan Syiah yang disalin dari brochure yang diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
Ahli Sunnah Wal Jama`ah
|
Syi`ah
| |
1
|
Al-Quran adalah terpelihara dan bebas dari penyelewengan dan kekurangan.
|
Al-Quran yang ada sekarang terdapat kekurangan dan telah diseleweng.
|
2
|
Beri`tiqad bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan kepada apa yang dating dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.
|
Berpendapat bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan kepada apa yang diriwayatkan Ahli Bayt dengan riwayat-riwayat yang mencela para Sahabat Nabi dan mendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta imam selepasnya.
|
3
|
Al-Quran diturunkan sepenuhnya kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya.
|
Beri`tiqad bahawa ada mushaf yang diturunkan selepas kewafatan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang dinamakan mushaf Fatimah.
|
4
|
Sunnah Nabi adalah apa sahaja yang dating daripada Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam samada dalam bentuk percakapan, perbuatan atau pun taqrir.
|
Mengatakan bahawa percakapan Imam 12 seperti firman ALLAH Ta`ala dan sabda Nabi. Meriwayatkan daripada Imam 12 sama seperti meriwayatkan hadith Nabi kerana Imam 12 dianggap maksum.
|
5
|
Syariat Islam telah sempurna.
|
Beri`tiqad bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam menyampaikan sebahagian syariat sahaja. Dan sebahagian lagi disembunyikan dan ditinggalkan pada Imam Ali.
|
6
|
Menerima periwayatad dari para Sahabat radhiAllahu `anhum ajma`in kerana mereka adil dan thiqah (sangat dipercayai).
|
Menolak periwayatan para Sahabat. Syiah beri`tiqad bahawa para Sahabat adalah penipu, contohnya Abu Hurairah.
|
7
|
Menerima semua hadith-hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim serta kitab-kitab hadith sahih yang lain.
|
Tidak menerima kitab-kitab hadith Ahli Sunnah melainkan yang ada persamaan dengan aqidah mereka.
|
8
|
Berpegang kepada Al-Quran, Sunnah dan Ijma’ sebagai prisip asas kepada syariat Islam.
|
Tidak percaya dengan Ijma` sama ada dari para Sahabat atau selain mereka tanpa kewujudan orang yang maksum bersama mereka.
|
9
|
Tiada yang maksum melainkan Rasulullah, para ambiya’ dan Rasul-rasul terdahulu.
|
Mereka beri`tiqad bahawa Imam-imam Syiah adalah maksum dan kemaksuman mereka adalah perkara dasar dalam prinsip Imamah. Imam-imam Syiah tidak akan berdosa samada sengaja atau tidak sengaja.
|
10
|
Mukjizat yang dianugerahkan ALLAH kepada para Rasul dan Nabi-nabi adalah satu bukti tentang kebenaran.
|
Mukjizat hanya untuk para Imam Syiah. Mereka mampu menghidupkan yang mati, menyembuhkan penyakit bisu, kusta serta mereka memiliki semua mukjizat yang dimiliki oleh para Nabi.
|
11
|
Tiada yang mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan ALLAH.
|
Para Imam Syiah mengetahui perkara-perkara ghaib, tidak terhijab dari mereka akan ilmu-ilmu apa yang ada di langit, di bumi, di Syurga dan di Neraka.
|
Brochure terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang dimaksudkan:
Ternyata daripada senarai di atas, perbezaan antara Ahli Sunnah wal Jama`ah dengan Syi`ah adalah dalam soal pokok agama iaitu dalam perkara aqidah. Dan perbezaan dalam soal aqidah tidak boleh kita pandang ringan dan remehkan. Ummat Islam mesti disedarkan bahawa Syi`ah adalah suatu aliran yang sesat dan jauh dari ajaran Islam yang sebenar.
Wallahualam
0 comments:
Post a Comment