Sabah, Brunei dan Sulu | The Untold Histor
Sabah,
Brunei dan Sulu | The Untold History 1. Sekitar abad ke 6
1.
Sekitar abad ke 6, hampir keseluruhan kepulauan Borneo adalah di bawah jajahan
takluk Kesultanan Negara Brunei. Seperti juga Sarawak yang rata-ratanya menjadi
tanah kuripan kepada golongan bangsawan dan juga pembesar dari Kesultanan
Brunei maka begitulah juga sebaliknya kepada Sabah.
2.
Segalanya bermula apabila berlakunya perang saudara di Brunei di antara Sultan
Mohammad Ali dan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin. Dikhabarkan
persengketaan ini berlaku kerana anakanda Sultan Mohammad Ali telah dibunuh
oleh Pengiran Muda Bongsu sewaktu menyabung ayam. Sultan Mohammad Ali telah
bertindak membunuh Pengiran Muda Bongsu dan ini menyebabkan Pengiran Bendahara
Abdul Hakkul Mubin ingin menuntut bela dan seterusnya mengambil alih puncak
pemerintahan Sultan Mohammad Ali.
3.
Pembunuhan Sultan Mohammad Ali telah menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul
Hakkul Mubin menaiki takhta selepas kemangkatannya. Sebagai langkah
keselamatan, Sultan Abdul Hakkul Mubin telah berpindah ke Pulau Chermin, sebuah
pulau di muara Sungai Brunei. Sultan Abdul Hakkul Mubin kemudian melantik anak
saudara Sultan Mohammad Ali sebagai Pengiran Bendahara Brunei iaitu Pengiran
Muda Muhyiddin.
Sultan
Brunei sekarang
4.
Pengiran Muda Muhyiddin naik takhta sebagai Sultan Negara Brunei dengan
bergelar Sultan Muhyiddin selepas kemangkatan baginda. Dan sewaktu pemerintahan
Sultan Abdul Hakkul Mubin inilah kerajaan Brunei telah menghadiahkan Kesultanan
Sulu yang dahulunya Adipati Brunei tetapi telah bertindak menubuhkan kesultanan
sendiri kerana kelemahan empayar kesultanan Brunei pada masa itu. Malah apabila
Sultan Abdul Hakkul Mubin memohon pertolongan malah kesultanan Sulu sanggup
menghulurkan bantuan. Maka jadilah pantai Timur Borneo menjadi hak milik kepada
Kesultanan Sulu pada tahun 1662.
5.
Pada awal tahun 1760, satu perjanjian telah ditandatangani di antara Alexander
Dalrymple dengan Kesultanan Sulu bagi membuka pangkalan perdagangan Syarikat
Hindia-Timur British di Pulau Balembangan. Pulau Balembangan terletak kira-kira
20 batu dari utara Kudat. Kemudian nama Pulau Balembangan telah ditukar kepada
Felecia Island. Setelah bertapak buat seketika akhirnya Syarikat Hindia-Timur
Bristish pada tahun 1805 meninggalkan Pulau Balembangan kerana dikatakan tidak
membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
6.
Pada tahun 1878, Baron Gustavus Von Overbeck, Konsul Jeneral bagi empayar
Austro-Hungarian yang berpangkalan di Hong Kong telah membuat perjanjian dengan
Kesultanan Sulu untuk menyerahkan hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada
Syarikat Overbeck. Perjanjian ini telah memberikan Sultan Sulu mendapat $5,000
setahun daripada Syarikat Overbeck. Nilai $5,000 adalah nilai dalam dollar
Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas.
Alfred
Dent
7.
Pada tahun yang sama, Syarikat Overbeck telah mengalami masalah kewangan teruk
dan akhirnya memohon bantuan kewangan daripada Alfred Dent, seorang jutawan British
pada masa itu. Alfred Dent telah sanggup membantu dengan bersyarat iaitu hanya
wakil British dibenarkan untuk menguasai perniagaan di Sabah. Akhirnya Baron
Gustavus Von Overbeck yang berbangsa Austria telah menyerahkan keseluruhan
perniagaannya di wilayah Sabah kepada Alfred Dent untuk diuruskan. Disinilah
bermulanya pengaruh Syarikat Berpiagam Borneo Utara keatas tanah jajahan
kerajaan Sulu di Sabah.
8.
Pada tahun 1888, Syarikat Berpiagam Borneo Utara , Negara Sarawak dan Negara
Brunei telah menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Mahkota British
iaitu menjadikan ketiga-tiga negara ini menjadi negara perlindungan bagi
Kerajaan Mahkota British. Perjanjian ini akan memastikan bahawa tiada mana-mana
negara di antara ketiga-tiga ini akan meluaskan empayar negara masing-masing
dan sekiranya berlaku sesuatu peperangan maka mereka akan membantu di antara
satu sama lain.
9.
Semasa Perang Dunia Ke-2 iaitu semasa Jepun mulai meluaskan kuasanya ke Asia
Tenggara, Sabah juga tidak terkecuali mendapat tempias sehinggakan ianya telah
mengalami kemusnahan yang teruk. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah tidak
mampu untuk membangunkan Sabah pada masa itu jadi pada tanggal 15 Julai 1946,
Sabah secara rasminya telah diberikan kepada Kerajaan Koloni British dan menjadi
jajahan takluk British. Sepanjang menjadi jajahan Syarikat Berpiagam Borneo
Utara dan juga Koloni British, harga pajakan Sabah sentiasa dibayar kepada
kerajaan Sulu.
10.
Setelah Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 dan bergabung membentuk Federasi Malaysia
bersama-sama dengan Sarawak dan Malaya serta Singapura (Singapura keluar pada
tahun 1965), tugas untuk membayar kepada Kerajaan Sulu juga berpindah tangan.
Saban tahun Kerajaan Persekutuan Malaysia tetap membayar Kerajaan Sulu sebanyak
RM5,300.00 (Ditambah RM300 oleh Kerajaan Malaysia) juga bagi mematuhi
Perjanjian 1878. Terdapat klausa di dalam Perjanjian 1878 yang menyatakan
bahawa sewaan ke atas Sabah harus dibayar sehingga tidak ada matahari dan bulan
ataupun pada ertikata sebenar “Sewaan Sampai Kiamat”.
0 comments:
Post a Comment