Thursday, March 7, 2013

Revolusi Perancis 1789-1799



Revolusi Perancis

Revolusi Perancis merupakan satu revolusi politik dan sosial di Perancis iaitu daripada sistem monarki mutlak kepada sistem republik demokrasi. Revolusi Perancis menekankan aspek Nasionalisme, Kewarganegaraan dan Hak Rakyat dengan cogankata "Persamaan, Kebebasan, dan Persaudaraan.


Republik Perancis terbentuk apabila Raja Louis XVI telah dihukum pancung dan memyebabkan Perancis dalam kesusahan yang berpanjangan apabila sebahagian Perancis telah ditawan oleh kuasa-kuasa besar Eropah seperti Prussia, Itali dan Britain. Punca meletusnya revolusi ialah golongan bangsawan Perancis dan kerabat diraja Perancis mengamalkan kemewahan yang berlebihan sehingga mendatangkan kesusahan kepada golongan bawahan di Perancis. Akibatnya, terletusnya Revolusi Perancis yang dipimpin oleh Maximilien Robespierre. Selain itu, Revolusi Perancis juga dipengaruhi oleh pemikiran Enlightenment dan Revolusi Amerika Syarikat.


Semasa Revolusi Perancis meletus, National Assembly telah diisytiharkan oleh Revolusi Perancis bagi membubarkan sistem monarki mutlak kepada sistem monarki berperlembagaan. Declaration of the Rights of Man and of the Citizen telah menjadi perlembagaan pertama Perancis.



Revolusi Perancis semakin ganas apabila sekumpulan wanita berarak ke Versailles untuk memindah pusat pemerintahan Perancis ke Paris. Kuasa Gereja akhirnya dimansuhkan dan gerakan anti-Gereja semakin menebal diseluruh Perancis.

Declaration of Rights of Man and of the Citizen

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP