Sunday, January 29, 2012

Syarat Memperolehi Ilmu Yang Dipelajari




Sesuatu ilmu yang dipelajari hendaklah dikuasai dengan sebaik-baiknya oleh pelajar tersebut. Walaubagaimanapun, ilmu bukan sekadar untuk dipelajari, malahan untuk difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sesuatu ilmu yang telah dipelajari tanpa mengamalkannya akan memberi kesan lupa.

Pepatah arab menyebutkan bahawa,

“Ilmu tanpa amal adalah seperti pokok yang tidak berbuah,”

Oleh itu, dalam konteks untuk menguasai sesuatu ilmu yang dipelajari termasuklah ilmu pengubatan Islam memerlukan usaha yang gigih serta pengorbanan masa, tenaga dan harta benda.

Perkara ini jelas disebutkan oleh Imam as-Syafie menerusi rangkap syairnya kepada seluruh penuntut ilmu.

“Wahai saudaraku, sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan ilmu kecuali dengan 6 syarat. Aku akan memberitahukannya kepadamu dengan jelas iaitu:

1)Mempunyai kecerdikan
2)Berminat
3)Bersungguh-sungguh
4)Mempunyai perbelanjaan
5)Hubungan baik guru dan murid
6)Tempoh masa yang panjang

Apabila syarat-syarat tersebut dipenuhi, nescaya seseorang itu akan dapat mengikuti proses pembelajaran dan mampu menguasainya. Pada hakikatnya, ilmu Allah swt itu sangat luas dan tidak terbatas.

Firman Allah swt dalam surah Lukman ayat 27:

“Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan menjadi tinta, dengan dibantu kepadanya 7 lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah maha perkasa, lagi maha bijaksana.”

Sumber: Buku Pengantar Perubatan Islam; Kaedah Rawatan Penyakit Berdasarkan Petunjuk Rasulullah Saw. Oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Timbalan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia), m/s:25-27

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP