Saturday, December 10, 2011

Bagaimana PAS Tegur Pemerintah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semasa saya Forum bersama dengan Ust Fathul Bari Pengerusi Sekretariat Ulama' Muda UMNO di UIAM baru - baru ini terdapat 6 soalan dari audiens yang tidak sempat saya jawab kerana faktor masa. Saya telah berjanji untuk menjawabnya melalui FB dan blog saya. So soalan pertama ialah : Bagaimana PAS Menasihati Pemerintah?

Jawabannya : PAS Menegur dan Menasihati Pemerintah .

PAS berusaha keras dengan segala keringat , harta dan tenaga untuk menghantar wakilnya ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri , agar PAS boleh bersuara melalui sistem yang ada pada hari ini guna memberi nasihat , tunjuk ajar , bimbingan dan teguran membina kepada kabinet dan jamaah menteri yang memerintah negara ini di tempat dan ruang dimana undang – undang negara digubal .

PAS juga telah menghantar ratusan memorundum sebagai nasihat bertulis kepada pihak kerajaan dan seluruh agensi mereka supaya melakukan pemulihan dan perubahan dalam perkara – perkara yang perlu .

Memorundum yang mengandungi plan bertindak sebagai cadangan dan bimbingan dari PAS untuk menangani gejala sosial telah dihantar oleh PAS kepada pihak berwajib seperti Kementerian, Polis , Jabatan Agama , PLKN dan Pihak Berkuasa Tempatan .

Malah saya sendiri beberapa kali menghantar memorundum kepada Menteri Besar , Jabatan Agama Islam , Majlis Agama Islam , Polis , Mufti dan lainnya dalam pelbagai isu yang mengandungi teguran dan nasihat bertulis agar negeri dan negara tercinta ini tidak tersasar jauh dari rahmat Ilahi .

PAS juga menghantar memorundum kepada SUHAKAM sebagai aduan dan cadangan PAS bagaimana menangani isu Hak Asasi Manusia dan juga Hak Kebebasan Bersuara dan Berhimpun dalam negara ini .

Tidak sahaja PAS menegur dan menasihati kerajaan dan agensinya melalui memorundum tersebut tetapi juga PAS mengadakan dialog dan menegur mereka dengan lunak melalui prinsip engagement yang PAS amalkan .

Apa yang menarik , PAS tidak sahaja mendepani kerajaan dan agensinya tetapi PAS juga tampil menegur dan menasihati kuasa besar dunia melalui kedutaan mereka di sini melalui rundingan dan memorundum yang kita serahkan kepada mereka .

Malah kita turut “tunjukkan perasaan” kita , bagaimana terhiris dan terlukanya hati rakyat atau ummah ini terhadap kekejaman dan kezaliman mereka serta penghinaan yang mereka lakukan ke atas Islam dan penganutnya.

PAS turut bersama dalam menyertai majlis debat , dialog dan rundingan dalam apa jua bidang yang diberi ruang kepada PAS untuk bersuara bagi kita memberi pandangan jua nasihat dan tentunya Islam menjadi dasar pandangan dan nasihat kita .

Pendek kata PAS konsisten untuk mendidik dan membimbing serta menegur dan menasihati pemerintah agar mereka tidak menyeleweng daripada tanggungjawab dan amanah mereka .

PAS tidak pernah mengambil pendekatan ganas ( militan ) apatah lagi tindakan yang membawa kepada fitnah perpecahan solidariti ummah . Justeru itu PAS tidak boleh dicabar keabsahannya untuk bergerak sebagai sebuah badan yang sah , selamat dan berwibawa dalam negara ini .

Menganggap PAS sebagai bughah bukan sahaja tidak benar tetapi menunjukkan sikap tidak teliti dalam memahami nas dan istilah bughah .


0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP