Wednesday, November 9, 2011

Ulasan kepada Belanjawan 2012 Kerajaan Negeri Selangor

Di dalam belanjawan yang dibentangkan oleh YAB Dato' Menteri Besar
hari ini, Kerajaan Negeri telah menegaskan komitmen untuk menyelsaikan
masalah perumahan rakyat.


Melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), lebih 10,000 rumah
mampu milik akan dibina.

Harga rumah mampu milik yang telah mula dibina di Bandar Baru Bangi pada Jun
tahun ini adalah jauh lebih rendah dari rumah mampu milik
Kerajaan Persekutuan atau PRIMA.

Rumah mampu milik Kerajaan Negeri bermula dari sekitar RM100,000
sehingga RM150,000. Harga jualan rumah PRIMA pula sehingga melebihi
paras RM200,000 sebuah.

Kerajaan Negeri mahu rakyat berpendapatan di antara RM2,000 hingga
RM5,000 memliki rumah. Mereka yang berpendapatan di antara RM2,000
hingga RM5,000 tidak akan memperolehi pinjaman perumahan bagi
rumah-rumah yang ditawarkan oleh skim PRIMA Kerajaan Persekutuan.
Tetapi mereka berupaya mendapat pinjaman untuk membeli rumah mampu
milik Kerajaan Negeri Selangor yang dibina oleh PKNS.

Memandangkan ramai yang mahu memiliki rumah mampu milik Kerajaan
Negeri, kawalan ketat ke atas jualan akan dilaksanakan untuk
memastikan mereka yang benar-benar layak memilikinya. Untuk rumah
mampu milik yang sedang dibina di Bandar Baru Bangi, hampir 600
permohonan telah diterima untuk memiliki 124 unit rumah.

Kerajaan Negeri tidak mahu amalan dahulu di mana rumah-rumah yang
diperuntukkan untuk mereka yang berpendapatan rendah diagihkan kepada
mereka yang tidak sepatutnya atau orang-orang politik dan saudara mara
mereka. Oleh itu, nama-nama mereka yang dipilih untuk memiliki rumah
mampu milik akan dipamerkan di laman web Lembaga Perumahan Dan
Hartanah Selangor untuk 2 minggu selepas pemilihan. Orang ramai boleh
menyatakan bantahan jika mengesyaki sebarang amalan yang tidak
sepatutnya.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
9 November 2011

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP