Friday, November 11, 2011

MCA makin hilang kewarasan berpolitik


KUALA LUMPUR, 12 Nov: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia amat bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menempelak parti MCA kerana saranan yang tidak munasabah yang dikemukakan oleh wakil parti tersebut kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya (PSC).
Demikian dinyatakan pengarahnya, Mohd Sany Hamzan sebagai mengulas pandangan Tuan Ibrahim ekoran kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Ei Kim Hock menegaskan bahawa MCA tidak menyokong cadangan untuk membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, mengundi dalam pilihan raya umum, atas alasan mereka tidak tahu perkembangan dalam negara.
“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan sememangnya parti MCA ditolak dan tidak lagi menjadi pilihan masyarakat Cina mutakhir ini kerana kedangkalan dan kejahilan mereka terhadap hak-hak Rakyat Malaysia untuk mengundi walaupun di mana mereka berada kerana ianya dijamin oleh Perlembagaan Negara,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Selain itu, katanya MCA cuba untuk menggambarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara sebagai orang yang tidak cerdik untuk membuat keputusan di dalam proses pengundian kerana tidak mengetahui maklumat berkenaan kerajaan Malaysia.
Beliau menambah, rakyat Malaysia yang berada di luar negara adalah lebih terdedah dengan sistem maklumat yang lebih terbuka, lebih bebas tanpa kongkongan yang menjadikan mereka lebih mahir mengenai politik Malaysia berbanding MCA yang masih terkongkong dengan budaya maklumat fitnah, politik kotor dan berita palsu oleh akhbar dan media kerajaan.
“Inilah rupa sebenar parti yang semakin ditolak oleh rakyat Malaysia kerana pendiriannya yang cukup berbaur perkauman selain cuba untuk merendahkan mentaliti orang lain sekiranya mereka tidak menyokong dan mengundi MCA dan BN di dalam pilihanraya,” ujarnya.
Oleh itu, tambah beliau Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta supaya pihak Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihanraya (PSC) menolak terus cadangan MCA yang terang-terang menyalahi Perlembagaan Negara dan cubaan merendahkan mentaliti rakyat Malaysia.
“Biarlah MCA dan BN dihukum terus oleh rakyat Malaysia di dalam pilihanraya umum yang akan datang kerana pendekatan politik mereka semakin ketinggalan zaman dan usang,” ujarnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP