Saturday, November 12, 2011

Laporan PBB: Israel Harus Tamatkan Sekatan ke Atas Gaza


Sebuah laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah
mengesahkan bahawa sekatan Israel ke atas tebing Gaza yang semakin
dibelenggu kemiskinan adalah salah di sisi undang-undang dan menuntut ia ditamatkan secara serta-merta.
Hal ini diketengahkan dalam laporan ke-43 yang telah dikemukakan dalam perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada sesi ke-66 oleh jawatankuasa khas yang ditugaskan untuk menyiasat dan melaporkan tentang pencorobohan Israel terhadap rakyat Palestin di wilayah yang mereka duduki.
Laporan tersebut menerangkan dengan panjang lebar sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas Gaza dan kesan-kesannya ke atas pendidikan, kesihatan, perumahan, pekerjaan, dan pertumbuhan sejagat.
Ia mengutuk tindakan Israel terhadap Gaza sebagai hukuman besar-besaran terhadap orang awam, dan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, disamping menambah bahawa Israel juga melanggar kewajipannya dalam undang-undang antarabangsa hak asasi
manusia.
Jawatankuasa itu mendesak Israel untuk menamatkan sekatan yang menyalahi undang-undang ke atas Gaza tersebut dan memastikan kemasukan makanan, ubat-ubatan dan lain-lain keperluan penting yang tetap dan mencukupi sejajar dengan resolusi 1860 yang telah dikeluarkan oleh majlis keselamatan PBB pada tahun 2009.
Jawatankuasa itu juga menggesa Israel untuk menamatkan sekatan ke atas aktiviti perikanan dalam perairan wilayah Gaza dan membenarkan nelayan Palestin untuk belayar sejauh 20 batu nautika di laut mengikut Perjanjian Oslo yang ditandatangani pada tahun 1994.
Jawatankuasa tersebut mengesyorkan di dalam laporannya supaya majlis keselamatan dan Perhimpunan Agung PBB mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan terhadap kerajaan Israel sekiranya negara itu tetap bertegas menolak untuk bekerjasama dengan badan-badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menghormati resolusi mereka.

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP