Monday, November 21, 2011

CABARAN BESAR MENANTI PENDAKWAH PAS - Ustaz Idris Ahmad


Dalam lapangan Dakwah, PAS menyedari bahawa pendakwah adalah golongan yang rapat dengan masyarakat, bertugas untuk memahamkan masyarakat mengenai Islam dan perjuangan parti. Oleh kerana masyarakat Melayu Islam adalah mereka sangat menghormati orang agama maka peluang ini perlu diambil untuk menyebar luaskan kefahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat.
Inilah kekuatan sebenar yang ada kepada PAS, kerana ia didukung oleh orang-orang agama sama ada bergelar ulama atau ustaz. UMNO cuba untuk mendapat pengaruh orang-orang berpelajaran agama, nampaknya usaha mereka gagal kerana tidak begitu selari dengan mereka yang terdidik dengan agama. Jika ada yang masuk UMNO mungkin kerana tersilap "baca baris" ataupun ada kepentingan duniawi yang lain. tagaimana mungkin seorang yang terdidik dengan agama boleh duduk di dalam UMNO yang partinya tidak mengambil kira mengenai hukum aurat yang memang jelas terdapat di dalam Al Quran. Jika hukum menutup aurat pun UMNO buat tidak kisah, apalah yang diharapkan UMNO mengharamkan arak dan judi. Oleh itu golongan agama adalah minoriti di dalam Umno, sedangkan di dalam PAS sebaliknya.
Tugas pendakwah menjelaskan kefahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat supaya mereka tidak mewarisi pendidikan Islam yang ditinggalkan oleh penjajah yang memisahkan antara dunia dan akhirat (sekular). Tugas mereka menjelaskan bahawa Islam adalah "manhaj al hayat" bukan hanya menjadi faktor sampingan semata-mata.
Masyarakat perlu dididik dengan ilmu akidah, syariat dan akhlak. Menanamkan akidah yang mantap adalah perkara perlu supaya mereka dapat membezakan di antara Akidah Islamiah dan ciri-ciri jahiliah dan juga amalan-amalan Islam dan yang bukan Islam. Dengan kefahaman inilah masyarakat akan dapat membawa diri mereka mengikut konipas hidup berdasarkan kepada apa yang Nabi Muhammad S.A.W ajar.
Pendakwah perlu menerangkan Islam yang jelas dan mudah difahami oleh masyarakat bandar dan desa. Sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,"Berbicaralah dengan manusia atas kemampuan akal mereka".
Pendakwah yang mempunyai kecerdasan akal perlulah dilengkapi ilmu pengetahuan yang secukupnya sehingga mereka dapat meyakinkan masyarakat dan menghilangkan keraguan serta kekusutan yang ada pada pemikiran mereka. Mereka perlu mempunyai hujah-hujah Al Quran, Hadis dan logik untuk menolak segala kecaman musuh-musuh Islam. Mereka mesti hidup dengan cara Islam dan berusaha untuk menegakkan suatu kebudayaan dan tamadun baru yang berlaridaskan kepada peraturan serta pemahaman Islam. Mereka sepatutnya mempunyai daya menapis, menyaring atau daya mengkritik yang secukupnya untuk membolehkan mereka menapis segala ciri-ciri keburukan yang tersembunyi di sebalik ciri-ciri kebaikan. Pendakwah mesti mempunyai keazaman yang tinggi untuk menjayakan matlamat perjuangan PAS. Mereka yang tidak mempunyai keazaman yang tinggi; tidak mampu membawa kejayaan kepada suatu perjuangan.
Pendakwah PAS perlu sedar bahawa usaha untuk merosakkan masyarakat terlalu banyak dengan menggunakan berbagai medium sama ada media cetak atau elektronik sedangkan mereka yang hendak terlibat untuk mengislahkan masyarakat terlalu sedikit. Kuasa kemungkaran mudah mendapat pengaruh dan peralatan kebendaan yang mencukupi untuk menjamin kejayaan di atas rancangan mereka.
Kita perlu merasa bimbang dengan fenomena kemungkaran yang berlaku ini kerana bala Allah Taala ia tidak memilih siapa pelakunya sahaja. Sebagaimana maksud sabda Nabi S.A.W, "Apabila manusia melihat kemungkaran, maka mereka tidak mencegahnya maka akan datang azab ke atas mereka".
Kita yakin bahawa usaha pendakwah merupakan usaha untuk mendapat keredhaan Allah. Sesiapa yang berusaha ia mendapat keberkatan daripada Allah jika usaha ini dijalankan dengan penuh kegigihan, keilmuan dan kesabaran. Walaupun bilangan kita sedikit dan persediaan kebendaan tidak mencukupi namun kekurangan mereka akan ditampung oleh keredaan serta rahmat Allah Taala. Inilah cahaya harapan di sebalik awan mendung kekecewaan. Hal: inilah yang menghidupkan kembali harapan bahawa suatu bentuk peraturan masyarakat Islam yang tersusun boleh wujud, hatta kejayaannya pun dapat diramalkan. Apa yang perlu ialah siapa sahaja yang benar-benar inginkan perkara ini terlaksana haruslah mengatur langkah dan bersesuaian dengan sunnatullah pentadbir alam semesta.
Menurut sunnatullah kita tidak mampu membuang duri tanpa sebarang usaha. Bagaimana hendak menghasilkan sebutir gandum tanpa usaha yang gigih daripada pihak petani. Begitu juga maksiat yang telah berkuku dalam masyarakat hendak dihapuskan dengan hanya setakat berkata-kata? Oleh itu usaha gigih dan menyelami permasalahan ummah adalah merupakan satu tanggungjawab pendakwah. Adalah sia-sia untuk mengharapkan tertegaknya ketakwaan dan kebenaran melalui doa yang mengharukan sahaja. Sebarang nasihat dan teguran daripada kita dianggap bernas selagi kita sentiasa berusaha dan bertawakal kepada Allah untuk memberi kejayaan atas segala usaha, malaikat sudah pasti akan membantu.

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP