Sunday, November 13, 2011

Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah


Assalamualaikum wb.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
 اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
وبعد




“Aiff lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Diamengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah Al Ankabut 1-3)

Siapakah yang menjadi ujian kepada kita dalam kehidupan berorganisasi?
i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya
ii) Orang Munafiq yang membencinya
iii) Orang kafir yang mahu memeranginya
iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya
v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya

Muasafat Imaniyyah: sifat2 yang seharusnya kita jadikan/letakkan pada diri sebagai anggota organsasi
i) sentiasa bertaubat (at-ta’ibun)
ii) jadilah orang yang ‘abid(beribadat)-(al-‘abidun)
iii) hendaklah kita sentiasa bertahmid memuji Allah SWT (al-hamidun)
iv) Orang yang berpuasa atau berkelana (as-sa’ihun)
v) Orang yang rukuk dan sujud (ar-raki’un was-sajidun)
vi) Orang yang sentiasa menyuruh kepada yang ma’ruf, dan berani mencegah yang munkar (al-amiru bil ma’ruf wa nahauna ‘anil munkar)
vii) Orang yang sentiasa menghormati batasan-batasan Allah SWT (al-hafizuna lihududillah)

Bekalan kepada kita bagi melatih hidup didunia/praktis ketahanan jiwa dan persiapan hari akhirat kelak

i) Puasalah pada hari yang amat panas demi hari kebangkitan kelak
ii) Sembahyang 2 raka’at di malam yang gelap demi kelengangan kubur
iii) Tunaikanlah Haji demi kegigihan melaksanakan hal-hal yang sukar
iv) Bertuturlah dengan perkataan yang benar dan kuasailah diri dan memperkatakan yang bathil
v) Hulurkanlah sedekah dan tunaikan secara senyap-senyap

Prinsip yang perlu dipegang oleh kita sebagai anggota organisasi/harakiyyah
i) Mengenal Allah SWT dan beriman kepadaNya(Makrifatullah)
ii) Beribadah kepada Allah Subhnahu Wata’ala dan cenderung kepadaNya (Ibadatullah)
iii) Mengingati Allah SWT (Zikrullah)
iv) Takut kepada Allah SWT (Khaufu minallah)
v) Sentiasa bermuraqabah dengan Allah SWT (Muraqabatullah)
vi) Ikhlas kepada Allah Subhanahu Wata’ala
vii) Redha
viii) Mengasihi Rasulullah SAW(Hubbur Rasul)
ix) Mengasihi para sahabat Rasulullah SAW

Dipetik daripada buku Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah oleh Fathi Yakan terbitan Dewan Pustaka Fajar

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP