Friday, November 11, 2011

Azmin : Selangor Berjaya Kurangkan Hutang Kepada Pusat


Oleh : Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM , 11 NOV : Keupayaan kerajaan negeri membayar hutang tertunggak yang ditinggalkan oleh pimpinan kerajaan lepas membuktikan Pakatan Rakyat  mampu mentadbir dan mengurus ekonomi dengan lebih baik dan efektif serta perlu diberi peluang bagi mentadbir Putrajaya dalam PRU-13 kelak.
Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali semasa sidang DUN Selangor berkata pimpinan kerajaan terdahulu melonggokkan sejumlah hutang kepada kerajaan yang besar kepada kerajaan pusat yang membebankan rakyat untuk membuat pembayaran balik di masa hadapan.
“Umno dan Barisan Nasional meninggalkan lebih 40 jenis hutang yang diambil daripada kerajaan pusat, jumlah tunggakan pembayaran balik adalah sebanyak RM829.9 juta pada 31 Disember 2010,jumlah hutang yang sebegini besar menyebabkan pada tahun 2010 ini sahaja, Selangor terpaksa membayar jumlah annuiti sebanyak RM79.9 juta,” katanya
Menurut Azmin lagi, pengurusan dan pentadbiran kewangan secara berhemah yang diamalkan kerajaan negeri merupakan pembaharuan yang perlu diteladani dalam memastikan tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.
“Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat berjaya membayar hutang tertunggak sebanyak RM253.16 juta termasuk anuiti semasa RM79.7 juta, ini bermakna kerajaan negeri membayar hutang pokok sebanyak RM173 juta dan menjadikan baki hutang ialah RM656.4 juta pada akhir tahun 2010.
Azmin berkata lagi,Pengurangan hutang secara mendadak RM173.46 juta sudah tentu akan menghasilkan penjimatan kepada rakyat dan mengurangkan beban hutang rakyat kepada kerajaan persekutuan.
“Ini membuktikan Pakatan Rakyat berupaya untuk mentadbir negeri dan mengurus ekonomi dengan berkesan yang berteraskan prinsip membawa perubahan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP