Thursday, November 17, 2011

3 MP PAS sertai misi ke Palestin malam ini


KUALA LUMPUR, 17 Nov: Tiga Ahli Parlimen PAS akan menyertai konvoi delegasi Global March to Jerusalem (GMJ) bagi menunjukkan sokongan dunia terhadap Palestin.
Mereka ialah Siti Zailah Mohd Yusuf (Rantau Panjang) yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS, Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS dan Khalid Samad (Shah Alam) yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Menurut Siti Mariah, mereka akan berlepas ke Kaherah, Mesir malam ini dan akan bertemu dengan 26 Ahli Parlimen dari 15 negara lain di pintu masuk Rafah, Gaza.
"Ada yang ikut jalan darat, udara dan melalui pelbagai pintu masuk dan akan bertemu Rafah," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Delegasi tersebut anjuran Council for Palestine Solidarity dan disertai Ahli Parlimen antaranya Indonesia, India dan Afrika Selatan.
Konvoi tersebut bertujuan mewujudkan gelombang kesedaran warga dunia untuk bersama rakyat  Palestin dalam isu penjajahan Zionis.
Justeru Siti Mariah berkata, pihaknya berharap doa dan sokongan daripada rakyat Malaysia agar misi mereka berjaya.
"Kami akan kembali ke Malaysia pada 25 haribulan dan kami harap doa dan restu daripada rakyat Malaysia untuk menjalankan misi ini," katanya.
Khalid menambah, konvoi tersebut sepatutnya pada bulan lepas amun terpaksa ditangguh kerana Israel sedag menyerang Gaza ketika itu.
"Konivoi ni asalnya bulan lepas tapi disebabkan Israel menyerang Gaza maka ianya dibatalkan," katanya yang pernah menyertai misi ke Gaza bersama NGO Muslim Care.

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP