Friday, September 23, 2011

Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011


Tahun ini Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 akan dilangsungkan pada 28, 29 dan 30 Oktober 2011 [ Jumaat, Sabtu dan Ahad ] di Shah Alam Selangor. Lokasi  dan Tentatif secara spesifik dan lengkap akan dimaklumkan sedikit hari lagi.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bukan sahaja merupakan organ PAS yang begitu signifikan, malah ia dilihat sebagai medium kaderisasi bagi membentuk jundi dan melahirkan qiadi yang akan menggerakkan PAS pada masa akan dating. Justeru, DPPM perlu memastikan jiwa kepemudaan anggotanya diasah dengan fikrah perjuangan Islam yang ‘genuin’ disamping menerapkan kefahaman politik yang syumul. 

DPPM menyedari bahawa survival gerakan Islam yang kita dokongi ini bergantung kepada sejauh mana persiapan yang kita telah lakukan bagi melahirkan kepimpinan pada masa akan datang. Pasca pilihanraya umum ke-12 telah membuktikan bahawa usaha PAS untuk mendapat sokongan rakyat membuahkan hasil. PAS bukan sahaja dapat memperolehi undi yang tinggi, malahan mesej Islam yang dilaung-laungkan selama ini berjaya disampaikan kepada masyarakat.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) perlu menyediakan kader-kader yang mantap dan berkualiti untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa yang mendatang khususnya dalam mengisi makna kemenangan dan memimpin kebangkita anak muda. 

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dalam ucapan penangguhannya semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat telah menggarapkan TIGA perkara penting yang perlu ada dalam diri setiap pemuda PAS;

1.       Responsif terhadap isu yang dihadapi oleh rakyat dan negara
2.       Optimis terhadap kemenangan Islam yang kita dokong
3.       Sensitif terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah

Penganjuran Ijtima’ Tarbawi DPPM kali  ini diharapkan dapat membentuk pemuda-pemuda PAS yang mempunyai jatidiri dan kriteria yang diharapkan. Sekaligus agar dapat menyesuaikan kapasiti diri mengikut perkembangan dalam lanskap politik negara, di samping tidak meninggalkan kepentingan disiplin sebagai ahli gerakan Islam.
OBJEKTIF

1-       Membentuk jundi dan qiadi PAS yang mempunyai fikrah perjuangan Islam.
2-       Melahirkan pemuda PAS yang memiliki ciri-ciri ROS (Responsif, Optimis, Sensitif).
3-      Sebagai satu medan untuk meningkatkan kesedaran & komitmen ahli terhadap gerakkerja DPP.
4-       Meningkatkan kebersamaan dan perasaan ‘sense of belonging’ terhadap DPPM.
5-       Merapatkan ukhuwah ahli DPPM serta mewujudkan wehadatul fikr dan wehdatul ‘amal.
M     Motivasi gerakkerja pilihanraya sebagai satu kewajipan

PAS sudah menghampiri umurnya 60 tahun sebagai gerakan Islam yang menggunakan medium politik dalam menyampaikan mesejnya kepada masyarakat. Perjuangan yang dibawa oleh PAS memerlukan rijal-rijal yang komited dan berkualiti demi mencapai kemenangan. DPPM adalah salah satu medan untuk melahirkan kelompok ini. Semoga DPPM akan menjadi sebuah entiti penting dalam memberikan sumbangan tenaga pemuda dan membantu menggerakkan parti di semua peringkat


Semoga dengan penganjuran Ijtima' tarbawi kali ini akan memberikan impak positif dalam menggerakkan DPPM ke arah yang lebih baik menyantun kondisi semasa dalam politik tanah air dan senario masyarakat tanpa meninggalkan fikrah perjuangan yang tulen

sumber

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP