Monday, July 25, 2011

TARBIYAH ISLAMIYAH HARAKIYAH APLIKASI DALAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA

TARBIYAH ISLAMIYAH HARAKIYAH
APLIKASI DALAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA
Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang



Muqaddimah



الحمد لله رب العالمين , وبه نستعين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين , وإمام المتقين , وقائد الدعاة المجاهدين , وعلى اله وصحبه ومن سار على نهجه إلى يوم الدين .



Firman Allah :



وَالْعَصْرِ * إِنَّ الإِنْسَانَ لَفِى خُسْرٍ * إِلاَّ الَّذِيْنَ آمَنُوْا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
(سورة العصر:1-3)



(Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , melainkan orang-orang yang beriman , yang mengerjakan amal soleh , dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan- pesan dengan kesabaran”.



Ayat ini merupakan prinsip penting bagi manusia yang benar- benar melaksanakan peranan nya, mengapa mereka dicipta dan diletakkan di atas muka bumi Allah. Allah telah menetapkan tiga tugas besar bagi manusia dalam kehidupan di alam dunia ini , dan perkara-perkara ini akan dihisab dan dibicarakan di hadapan Allah , firman Allah :



أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثَا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لاَ تُرْجَعُوْنَ (المؤمنون:115)



“Adakah kamu mengira bahawa kami ciptakan kamu begitu (sahaja tanpa tujuan) ? dan dalam keadaan kamu tidak dikembalikan semula kepada kami (untuk dihisab dan dibicarakan”?



Ketiga-tiga tugas itu ialah :



1- ‘Ibadah , dinyatakan oleh firman Allah :



وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلإِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُوْنَ (الذاريات:56).



“Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada ku”



‘Ibadah itu merangkumi perkara syi’aar ‘ibadah dan kepatuhan semua urusan kehidupan di dunia dalam segala aspek.



2- Khilafah, dinyatakan oleh firman Allah :



وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي اْلأَرْضِ خَلِيْفَة (البقرة:30).



“Dan ingatlah apabila Tuhan mu berfirman kepada para malaikat : ” Sesungguhnya aku hendak menciptakan di atas muka bumi itu makhluk (manusia) yang menjadi khalifah”



Khilafah itu ialah kewajipan menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia dengan agama.



3- Amanah , dinyatakan oleh firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat ke 72 :



إِنَّا عَرَضْنَا اْلأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا اْلإِنْسَانُ إِنَّهُ, كَانَ
ظَلُومًا جَهُولاً



(Sesungguhnya kami telah membentangkan amanah kepada langit , bumi , bukit-bukau dan gunung-ganang (supaya mereka memikulnya ) tiba-tiba mereka enggan dan merasa takut akan tetapi manusia sanggup memikulnya , sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi amat jahil “.



Amanah paling besar ialah mengendalikan urusan kehidupan didunia dengan menunaikan perintah Allah .



Manusia yang dapat menunaikan ketiga-tiga peranan itu ialah mereka yang dipandu oleh petunjuk Allah yang terkandung di dalam surah Al Asr yang menjadi wirid menamatkan majlis di kalangan Assalafu Soleh (jenerasi awal yang soleh).



Perkara perkara yang disebut dalam surah itu ialah :



1- Iman
2- Amal soleh
3- Berpesan dan nasihat supaya menegakkan yang benar daripada Allah
4- Berpesan dan nasihat supaya bersabar dalam perjuangan dan menghadapi cabaran kerana menegakkan yang benar dengan berjihad , amar ma’arof dan nahi munkar.
5- Melaksanakan perkara-perkara tersebut di atas secara berjama’ah kerana disebut dengan lafaz jama’ah .



Oleh kerana penubuhan Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah memenuhi kewajipan merealisasikan perkara-perkara yang tersebut dan kejayaannya juga sangat bergantung dengan pertolongan Allah apabila memenuhi syarat-syarat nya , maka Tarbiyah Islamiyah Harakiyah wajiblah menjadi Aplikasi yang ditunaikan merangkumi aspek-aspek nya yang menyeluruh .



TARBIYAH ISLAMIYAH HARAKIYAH



Allah Azza wa Jalla telah mengatur ciri-ciri HizbuLlah (Parti yang menegakkan Agama Allah) dengan janji kemenangan dunia dan akhirat , firman Allah:



يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُواْ مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِيْنِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُوْنَ لَوْمَةَ َلآئِمٍ ذَالِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ )54(إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِيْنَ آمَنُواْ الَّذِينَ يُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوْنَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ )55(وَمَنْ يَتَوَلَّ اللّهَ وَرَسُوْلَهُ وَالَّذِيْنَ آمَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ)56(
(المائدة:54-56).



(Wahai orang-orang yang beriman ! sesiapa yang menyeleweng di kalangan kamu daripada agama nya , maka Allah melahirkan satu gulungan yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah , mereka merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kekuatan menghadapi orang-orang yang menentang , mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut menghadapi orang yang mencela , yang demikian itu adalah kurnia Allah kepada sesiapa yang Ia (Allah) kehendaki, dan Allah itu Maha luas kurnia Nya lagi Maha mengetahui. Sesungguhnya Wali (pemimpin dan penolong) kamu ialah Allah , Rasulnya dan orang orang yang beriman yang mendirikan solat , yang menunaikan zakat dan mereka roku’ (patuh) . Dan sesiapa yang berwalikan Allah , Rasulnya dan orang-orang yang beriman (sehingga mewujudkan gulungan (Parti) yang bersifat tersebut) maka sesungguh nya gulungan (parti) itulah yang akan mendapat kemenangan “ .



Kesimpulan nya ialah mewujudkan satu gulungan atau kumpulan di kalangan orang-orang beriman yang bersifat dengan perkara-perkara yang tersebut , ciri-ciri dan sifat nya dilahirkan melalui tarbiyah .



Tarbiyah itu ialah menanamkan ilmu yang menghasilkan iman atau aqidah yang membuahkan amal dan jihad dengan sifat-sifat individu yang menjadi anggota kepada gulungan yang berdasarkan aqidah dan sifat-sifat yang tersebut .



Maka di dalam tarbiyah itu disenaraikan perkara-perkara yang berikut :


1- Tabiyah imaniyah (Aqidah).
2- Tarbiyah amal soleh .
3- Tarbiyah ruhiyah
4- Tarbiyah berjamaah (berparti).
5- Tarbiyah Jihadiyah .
6- Tarbiyah siyasiyah .



TARBIYAH IMAN (AQIDAH):



Al Quran telah menyebut bahawa peningkatan iman itu berlaku dengan beberapa cara :



1- Firman Allah :



إِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ .2. الَّذِيْنَ يُقِيمُوْنَ الصَّلاَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُوْنَ.3.أُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُوْنَ حَقًّا لَّهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ.4.
(الأنفال:2-4)



“sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut Allah , rasa takutlah hati mereka , dan apabila dibacakan kepada mereka akan ayat-ayat Nya nescaya iman mereka bertambah dan mereka bertawakkal kepada Tuhan mereka . Mereka mendirikan sembahyang dan membelanjakan daripada apa yang kami beri rezeki kepada mereka . Mereka itulah orang-orang beriman yang sebenar ,untuk mereka beberapa darjat di sisi Tuhan mereka , serta keampunan dan rezeki yang mulia”.



Ayat ini menyatakan bahawa peningkatan iman itu berlaku dengan ilmu berkenaan ayat-ayat Allah yang dibaca dan ilmu melihat alam, zikrullah dan mengerjakan amalan yang wajib dan sunat .



Ayat-ayat Allah itu mengandungi ayat yang dibaca daripada Al Quran dan Hadith-hadith Rasulullah S.A.W. yang menyatakan kebesaran Allah , dosa dan pahala , janji syurga dan amaran neraka , dan juga cerita-cerita umat-umat yang terdahulu , sama ada yang beriman dan beramal soleh yang berjaya di dunia dan di akhirat , atau yang kafir dan durhaka yang dibinasakan di dunia dan azab neraka di hari akhirat .



2- Firman Allah :



الَّذِيْنَ اسْتَجَابُواْ لِلَّهِ وَالرَّسُوْلِ مِنْ بَعْدِ مَآ أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ لِلَّذِيْنَ أَحْسَنُواْ مِنْهُمْ وَاتَّقَواْ أَجْرٌ عَظِيمٌ .172 الَّذِيْنَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُواْ لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيْمَاناً وَقَالُواْ حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ .173



(ال عمران:172-173)



“Mereka yang menyahut seruan Allah (agar meneruskan jihad) setelah mereka mengalami luka-luka (dalam peperangan Uhud) , bagi mereka yang berbuat baik (menta’ati Allah dan Rasul) dan bertaqwa mendapat ganjaran yang besar . Mereka ialah orang-orang yang apabila diberitahu :”Bahawa musuh sedang berkumpul untuk memerangi kamu , maka takutlah kepada nya ” . Tiba-tiba iman mereka bertambah dan mereka berkata:”Cukuplah Allah (yang menolong kami ) dan sebaik-baik yang kami bertawakkal kepadaNya”.



Firman Allah :



وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُوْنَ اْلأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُوْلُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلاَّ إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا
(الأحزاب:22)



“Dan apabila orang-orang yang beriman melihat bala tentera Ahzab (Bersekutu yang datang menyerang) , mereka berkata: “Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul Nya dan benarlah Allah dan Rasul Nya dan tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan iman yang lebih kuat dan penyerahan diri kepada Allah yang lebih bersungguh- sungguh”.



3- Firman Allah :



أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوْا أَنْ يَقُوْلُوْا آمَنَّا وَهُمْ لاَ يُفْتَنُوْنَ* وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِيْنَ صَدَقُوْا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِيْنَ*
(العنكبوت:2-3).



“Adakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja setelah mereka berkata: “Kami telah beriman “, dalam keadaan mereka tidak diuji ? Sesungguhnya kami (Allah) telah menguji orang-orang yang lebih dahulu daripada mereka . Maka Allah mengetahui orang-orang yang benar (beriman ) dan orang-orang yang berbohong.



Ayat-ayat ini menegaskan berlakunya tarbiyah iman dengan ujian menghadapi cabaran kezaliman yang dilakukan oleh musuh untuk menapis keikhlasan orang beriman .



Kesemua ayat-ayat yang tersebut menjelaskan bahawa tarbiyah imaniyah (aqidah) itu berlaku dengan ilmu , amal , jihad dan ujian secara serentak . Adalah tidak benar mereka yang menangguhkan masa nya untuk melibatkan diri dengan perjuangan Islam kerana ingin mencari ilmu , harta dan menguatkan iman terlebih dahulu.



Aqidah atau Iman itu hendaklah bertonggakkan Tauhid dan menolak syirik dalam segala bentuknya yang menjadi prinsip semua para Rasul dan Anbia A.S. di sepanjang zaman . Firman Allah :



وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُل أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللَّهَ وَاجْتَنِبُواْ الْطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَّنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانْظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذبِينَ (النحل:36).


“Dan sesungguhnya kami bangkitkan di kalangan tiap-tiap umat itu Rasul (yang menyeru manusia supaya) mengabdikan diri kepada Allah sahaja dan menjauhkan diri daripada toghut (setiap yang melampaui batas Allah”.



Maka tarbiyah dalam aspek ini juga wajib memperkenalkan perkara-perkara yang menentang dan membatalkan aqidah Tauhid yang berlaku di sepanjang zaman dalam segala aspek nya. Oleh itu tarbiyah Aqidah juga wajib mengalami tajdid (pembaharuan).



Perlu disedari juga bahawa iman itu menjadi asas kepada semua amalan , di mana amalan yang dibina di atas perkara yang membatalkan iman tidak diterima oleh Allah. Firman Allah :



وَلَقَدْ أُوْحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
(الزمر:65).



“Sesungguhnya telah diwahyukan kepada mu dan kepada Rasul-rasul sebelum mu :” Jika sekiranya kamu melakukan syirik nescaya dihapuskan amalan mu dan kamu tergulung di kalangan orang-orang yang rugi”.



TARBIYAH AMAL SOLEH



Allah S.W.T menegaskan amal soleh menjadi ciri terpenting kepada gulungan Islam di sepanjang masa , sama ada dalam perjalanan perjuangan sehingga mencapai kemenangan . Firman Allah :



إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِيْنَ آمَنُواْ الَّذِينَ يُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوْنَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ * وَمَنْ يَتَوَلَّ اللّهَ وَرَسُوْلَهُ وَالَّذِيْنَ آمَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ (المائدة:55-56).



(Sesungguhnya Wali (pemimpin dan penolong) kamu ialah Allah , Rasul Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat , yang menunaikan zakat dan mereka roku’ (patuh) . Dan sesiapa yang berwalikan Allah , Rasul Nya dan orang-orang yang beriman sehingga mewujudkan gulungan (Parti yang bersifat tersebut) maka sesungguhnya gulungan (parti) itulah yang akan mendapat kemenangan”



Dan firman Allah:



الَّذِينَ إِنْ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الأَرْضِ أَقَامُواْ الصَّلاَةَ وَآتَوُاْ الزَّكَـاةَ وَأَمَرُواْ ِبا لْمَعْرُوفِ وَنَهَوْاْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُور
(الحج:41).



(Orang-orang yang kami berikan kepada mereka memerintah bumi , mereka mendirikan sembahyang , mereka menunaikan zakat , mereka menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemunkaran , dan bagi Allah sahaja dikembalikan segala urusan”.



Firman Allah:



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
(ال عمران:200).



(Wahai orang-orang yang beriman ! , bersabarlah kamu , dan bersungguh-sungguh dengan kesabaran (dalam beribadah dan berjihad) dan tetapkan pendirian dan bertaqwa kepada Allah supaya kamu mendapat kemenangan”.



Ayat-ayat tersebut menegaskan ciri gulungan Islam itu ialah beramal soleh dalam hubungan dengan Allah melalui roh dan jasad dengan mendirikan sembahayang , amal melalui harta benda dengan menunaikan zakat terhadap masyarakat dalam hubungan dengan manusia , dan menunaikan kewajipan menyuruh kepada yang baik serta mencegah kemunkaran di semua peringkat , sehingga di peringkat berkuasa memerintah menegakkan kerajaan, seterusnya semua amalan itu dihisab di hadapan Allah .



Amalan-amalan yang disebut di dalam ayat-ayat itu merupakan rukun dan tonggak yang diwajibkan . Perlu difahami bahawa amal yang soleh itu terlalu luas bidang nya sehingga mencakupi segala ruang hidup manusia yang diserlahkan dalam setiap denyut nadi dan jantung , dan sendi- sendi anggota seseorang sama ada dalam perkara mengerjakan atau meninggalkan mengikut perintah Allah yang wajib dipatuhi secara Islam (menyerah diri) dan ‘Ibadah (memperhambakan diri) dengan hati yang ikhlas kerana Allah yang lahir daripada iman (‘aqidah ) yang benar.



Amalan itu dibahagikan oleh syara’ kepada lima cabang : Wajib , Sunat , Haram , Makruh dan Harus .
Pendukung gerakan Islam wajib ditarbiyah untuk meneguhkan pendirian mereka sendiri dengan Islam dan menjadi contoh kepada masyarakat . Kejayaan generasi awal umat Islam dalam perjuangan mereka bukan sahaja kerana berjaya dalam ujian Iman (‘Aqidah ) , mereka juga berjaya menjadi model orang-orang yang mengerjakan amal soleh yang mengeratkan hubungan dengan Allah dan makhluknya .



في الليل رهبان وفى النهار فرسان



“Di malam hari merupakan ahli-ahli ibadat yang kuat dan tekun dan di siang hari merupakan para pahlawan yang gagah berani”.



TARBIYAH RUHIYAH



Tarbiyah ini disebut juga dengan tazkiatun nafs (membersih jiwa) dengan tujuan untuk mengikhlaskan hati kepada Allah dan menjauhkan diri daripada maksiat yang merosakkan niat . Firman Allah :



وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ اللَّهَ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ (البينة:5).



“Dan mereka tidak diperintah melainkan supaya mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas keranaNya sahaja berpegang dengan agama“.



Firman Allah:



لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِى مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئاً وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُّدْبِرِيْنَ ثُمَّ أَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَى رَسُوْلِهِ

وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَنْزَلَ جُنُوْداً لَّمْ تَرَوْهَا وَعذَّبَ الَّذِيْنَ كَفَرُواْ وَذالِكَ جَزَآءُ الْكَـافِرِيْنَ * ثُمَّ يَتُوْبُ اللَّهُ مِنْ بَعْدِ ذالِكَ عَلَى
مَنْ يَشَآءُ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (التوبة:25-27).



(Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu di banyak medan peperangan dan pada hari peperangan Hunain ketika kamu merasa ‘Ujub (kagum) dengan ramainya bilangan kamu , tiba-tiba kamu tidak boleh berbuat sesuatu (ketika diserang) dan bumi yang luas itu kamu rasa sempit, kemudian kamu berundur lari bertempiaran , kemudian Allah menurunkan rasa ketenangan kurnia Nya ke atas Rasullullah S.A.W. dan orang-orang yang beriman dan ia menurunkan kepada kamu bala tentera bantuan yang kamu tidak dapat melihatnya , lalu ia mengazabkan orang-orang yang kafir dan itulah balasan yang sewajarnya bagi orang-orang yang kafir. Kemudian Allah mengampunkan selepas itu kepada sesiapa yang Ia kehendaki dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang “.



Ayat-ayat ini menyatakan wajib ikhlas kerana Allah dalam segala amalan termasuk ketika berjihad dan membersihkan hati daripada ma’siat batin saperti ‘ujub (kagum pada diri sendiri ) riyaa (menunjuk diri) , hubbul mal (kasihkan harta) , hubbur riasah (kerana jawatan) dan lain-lain , serta meneguhkan pendirian dengan istiqamah dalam perjuangan .



TARBIYAH BERJAMA’AH (BERPARTI)



Selaras dengan kehidupan bermasyakat menjadi naluri manusia , banyak perkara yang mewajibkan wujudnya jalinan hidup yang berkumpul bagi menghasilkan keperluan hidup , maka keperluan hidup beragama Islam menjadi sebahagian daripada nya .



Banyak orang mengetahui berkenaan perlunya sembahyang berjamaah dan wajib sembahyang jumaat secara mingguan , dan berijtima’a di Makkah secara tahunan untuk mengerjakan Haji , tetapi masih ramai yang melupakan kewajipan berjama’ah menegakkan Islam dan mempertahankannya . Allah mewajibkan wujudnya kumpulan ini di kalangan umat Islam , pada awalnya secara fardzu kifayah , tetapi kepada orang-orang yang tertentu dan keadaan tertentu menjadi Fardhu ‘Ain . Allah befirman :



وَلْتَكُنْ مِّنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُوْنَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
(ال عمران :104).



(Hendaklah ada di kalangan kamu satu gulungan yang menyeru kepada yang baik (berda’awah ) , yang menyuruh kepada kebaikkan dan mencegah kemunkaran dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan “.
Firman Allah :



يَااَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِيْنِهِ فَسَوْفَ يَأْتِىاللهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَـافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ وَلاَ يَخَافُوْنَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذالِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَآءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (المائدة:54).



“Wahai orang-orang yang beriman ! Sesiapa yang menyeleweng di kalangan kamu daripada agama nya , maka Allah melahirkan satu gulungan yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah , mereka merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kekuatan menghadapi orang-orang yang menentang , mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut menghadapi orang yang mencela , yang demikian itu adalah kurnia Allah kepada sesiapa yang Ia (Allah) kehendaki, dan Allah itu Maha luas kurnia Nya lagi Maha mengetahui. Sesungguhnya Wali (pemimpin dan penolong) kamu ialah Allah , Rasul Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat , yang menunaikan zakat dan mereka roku’ (patuh) . Dan sesiapa yang berwalikan Allah , Rasul Nya dan orang-orang yang beriman (sehingga mewujudkan gulungan (Parti) yang bersifat tersebut) maka sesungguhnya gulungan (parti) itulah yang akan mendapat kemenangan “ .
Seterusnya Allah menunjukkan cara berjamaah dalam berjuang untuk menegak dan mempertahankan agama Nya dalam ayat-ayat yang banyak , di antaranya firman Allah :



يَاأََيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لاَ تَفْعَلُونَ * كَبُرَ مَقْتاً عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُوْلُواْ مَا لاَ تَفْعَلُوْنَ * إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَ فِى سَبِيْلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَّرْصُوْصٌ (الصف:2-4).



“Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata apa yang kamu tidak lakukan , sangat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu berkata apa yang kamu tidak lakukan . Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang pada jalan Nya dalam sof yang tersusun rapi laksana bangunan yang didirikan daripada batu bata yang disusun diatur dan diikat dengan seteguh teguhnya “.



Firman Allah :



فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيْظَ الْقَلْبِ لاَنْفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ.
(العمران:159).



“Maka dengan sebab rahmat Allah yang melimpah ruah terhadap mu (wahai Muhammad) maka engkau bersikap lembut terhadap mereka , dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati terhadap mereka nescaya mereka lari dari keliling mu . Maka ma’afkan kesilapan mereka , dan beristighfar untuk mereka dan bermesyuaratlah bersama mereka (dalam perkara yang memerlukan mesyuarat) , dan apabila engkau telah berazam (setelah bermesyuarat) maka bertawakkallah kepada Allah , sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepada Nya”.



Ayat-ayat tersebut menyatakan wajib berparti , ciri-ciri parti Islam dan akhlak berparti , saperti beriman dan teguh dengan prinsip , hubungan pemimpin dengan pengikut dengan bermusyawarah , ketaatan dan lain lain .



TARBIYAH JIHADIYAH



Allah telah menetapkan Islam yang dianut oleh manusia wajib mengalami proses fitrah kejadiannya yang dikurniakan aqal untuk memilih, maka Allah menetapkan berlakunya pertembungan dan cabaran yang memerlukan jihad sejak manusia pertama sehingga akhir zaman , perkara ini menjadi penentu yang meninggikan martabat mereka daripada makhluk yang lain .



Jihad bermakna kesungguhan mengembelingkan segala ne’mat kurnia Allah roh dan jasad , harta , jiwa raga , akal dan tenaga bagi digembelingkan sehinggalah dikorbankan untuk menegakkan agama Allah di bumi sehingga keperingkat yang dihuraikan oleh Allah secara terperinci dengan firman Nya:



يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ * هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ* يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ* تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ * يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ* وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ*



“Mereka ingin memadamkan cahaya (agama Allah) dengan mulut-mulut mereka , dan Allah tetap menyempurnakan agama Nya walau pun orang-orang yang kafir membencinya . Dialah (Allah) yang telah mengutuskan Rasul Nya dengan petunjuk dan agama yang benar , agar dia (Allah) memenangkannya di atas segala agama (dan ajaran) walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin. Wahai orang-orang yang beriman , sukakah kamu , aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab yang pedih . Ia itu kamu beriman kepada Allah dan Rasul Nya dan kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu , itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya . Dia mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di dalam nya sungai-sungai dan tempat-tempat tinggal yang sangat baik di dalam syurga Adn , dan itulah kemenangan paling besar . dan yang lain yang sangat kamu ingini , iatu pertolongan Allah dan kemenangan yang hampir (waktunya) , dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang beriman “.



Ayat-ayat ini memperincikan jihad , bermula daripada mengapa perlunya , definasi nya , prinsip nya , cara nya , dan natijah nya di dunia dan akhirat .



Seterusnya Allah berfirman:



قَالَتِ اْلأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُوْلُوْا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ اْلإِيمَانُ فِي قُلُوْبِكُمْ وَإِنْ تُطِيْعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لاَ يَلِتْكُمْ مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيْمٌ ﴿14﴾إِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ الَّذِيَنَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُوْلِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ ﴿10﴾
(الحجرات:14-15).



“Berkatalah orang-orang Arab Badwi :” Kami telah beriman . Katakan kepada mereka :” Kamu belum beriman , kerana iman itu belum lagi masuk ke dalam hati-hati kamu, jika kamu ta’atkan Allah dan Rasulnya , Dia tidak akan mengurangi dosa kamu sedikit pun , sesungguhnnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang “. Sesungguhnya orang-orang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul Nya kemudian mereka tidak ragu dan berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga mereka . Mereka itulah orang- orang yang benar “.



Ayat-ayat ini mengaitkan pula hubungan jihad dengan iman , menandakan kaitan rapat di antara kedua-dua nya .



( أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال يوم خيبر : لأعطين هذه الراية غداً رجلاً يفتح الله على يديه ، يحب الله و رسوله و يحبه الله و رسوله ، قال : فبات الناس يدوكون ليلتهم أيهم يعطاها ، فلما أصبح الناس غدوا على رسول الله صلى الله عليه و سلم كلهم يرجو أن يعطاها ، فقال : أين علي بن أبي طالب ؟ فقال : هو يا رسول الله يشتكي عينيه ، قال : فأرسلوا إليه فأتي به ، فبصق رسول الله صلى الله عليه و سلم في عينيه و دعا له فبرأ حتى كأن لم يكن به وجع ، فأعطاه الراية ، فقال علي : يا رسول الله ، أقاتلهم حتى يكونوا مثلنا ، فقال : انفذ على رسلك حتى تنزل بساحتهم ثم ادعهم إلى الإسلام ، و أخبرهم بما يجب عليهم من حق الله فيه ، فو الله لأن يهدي الله بك رجلاً واحداً خير لك من أن يكون لك حمر النعم .). رواه أحمد وغيره .


“Bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda ketika berlakunya peperangan Khaibar:” Besok aku serahkan bendera kepada seorang yang Allah kurniakan dengan nya akan mencapai kemenangan , dia mengasihi Allah dan Rasul Nya dan dia dikasihi oleh Allah dan Rasul Nya “. Pada malam nya masing bertanya-tanya siapakah orang nya , di waktu pagi nya masing- masing datang dengan mengharapkan bendera itu diserahkan kepada nya . Tiba-tiba Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di mana ‘Ali bin Abi Tolib?”. Di kalangan mereka ada yang memberitahu :” Dia mengalami sakit mata”. Maka ‘Ali dipanggil datang mengadap . Tiba-tiba Rasulullah S.A.W. meludah ke dalam mata nya yang sakit dan sembuh dengan segera , dan bendera diserahkan kepada nya . Ali berkata : “Wahai Rasulullah , perangi mereka sehingga mereka menjadi Islam saperti kita?” Sabda Rasulullah S.A.W. : “Teruskan perjalanan mu sehingga sampai ke tempat mereka , ajak mereka kepada Islam , dan perintahkan mereka melaksanakan hak yang wajib ditunaikan (dalam ajaran Islam) . Demi sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada seseorang dengan sebab mu lebih baik daripada barang yang paling mahal harganya “.
Hadith ini menunjukkan bahawa peroses da’awah dan motivasi sehingga mengubah fikiran adalah yang terbaik dan pertama dilakukan. Maka PAS tetap mengambil pendekatan demokrasi walaupun penuh dengan kelemahan dan kejahatan dan kita wajib berjihad dengan cara ini selagi peluang masih ada . Maka jangan terpengaruh dengan pendekatan lain yang cuba ditonjolkan, sesungguhnya kepatuhan kepada jama’ah hukumnya wajib .



Allah berfirman menceritakan Nabi Musa A.S.



وَقَالَ مُوْسَى رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلأَهُ زِيَنَةً وَأَمْوَالاً فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَنْ سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوْبِهِمْ فَلاَ يُؤْمِنُواْ حَتَّى يَرَوُاْ الْعَذَابَ اْلأَلِيْمَ ﴿88﴾قَالَ قَدْ أُجِيْبَت دَّعْوَتُكُمَا فَاسْتَقِيْمَا وَلاَ تَتَّبِعَآنِّ سَبِيلَ الَّذِيْنَ لاَ يَعْلَمُوْنَ ﴿98﴾
(يونس :88-89).



“Dan berkatalah Nabi Musa A.S. : “Wahai Tuhan kami ! Engkau telah berikan kapada Firaun dan pembesar-pembesar nya perhiasan dan harta benda dunia sehingga mereka sesat dan dapat menyesatkan (rakyat ) dari jalanmu , wahai Tuhan ! binasakan harta mereka dan tutup pintu hati mereka sehingga mereka melihat azab yang pedih” . Tuhan berfirman :” Sesungguhnya doa kamu berdua (Musa dan Harun) telah diperkenankan , maka kamu mestilah beristiqamah (berada dijalan dan cara yang betul) dan jangan sekali-kali mengikut jalan mereka yang tidak mengerti“ .



TARBIYAH SIYASIYAH



Kemuncak perjuangan Islam didunia ini ialah menegakkan negara Islam dengan acuan yang dinyatakan oleh Allah , diantaranya firman Allah :



وَعَدَ اللَّهُ الَّذِيْنَ آمَنُوْا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي اْلأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِيْنَهُمُ الَّذِيْ ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِّنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُوْنَنِيْ لاَ يُشْرِكُوْنَ بِيْ شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُوْنَ
(النور:55).



“Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan mengerjakan amal yang soleh , bahawa Dia akan menjadikan mereka gulungan yang memerintah , sebagaimana dikurniakan kepada mereka yang sama di zaman dahulu , dan ia menjadikan agama yang ia redza ini (Islam ) berkuasa memerintah , dia menukar keadaan ketakutan kepada keamanan, mereka mengabdikan diri kepada Ku dan mereka tidak menyengutui Ku dengan sesuatu yang lain dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka adalah orang-orang yang fasik “.




Ayat-ayat ini menegaskan Tarbiyah Siasiyah itu dengan senarai berikut :

1- Adanya jamaah (parti ) yang berjuang

2- Memenuhi keperluan tarbiyah iman , amal, dan jihad.

3- Negara mengikut acuan Allah .



APLIKASI TARBIYAH



Al Quraan dan Hadith Nabawi menegaskan bahawa kemenangan perjuangan Islam itu adalah kurnia Allah dengan syarat-syarat dan ciri-ciri yang menunjukkan kematangan pendukung cita-cita Islam . Amir al Mu’aminin Umar bin Al Khattab R.A. telah menyimpulkan perkara ini dalam perutusannya kapada Sa’ad bin Abi Waqqas R.A, yang ditugaskan memimpin jihad menetang Farsi , salah satu Kuasa Besar dunia di zaman itu :



بسم الله الرحمن الرحيم
أما بعد , فإني آمرك ومن معك من الأجناد بتقوى الله , على كل حال , فإن تقوى الله أفضل العدة وأقوى المكيدة فى الحرب , وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراسا منكم من عدوكم , فٌإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم , وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله , ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة لأن عددنا ليس كعددهم , وعدتنا ليست كعدتهم. فإن استوينا فى المعصية كان لهم الفضل علينا فى القوة , وإن لا ننصر عليهم بفضلنا لم نغلبهم بقوتنا . فاعلموا أن عليكم في سيركم حفظة من الله يعلمون ماتفعلون فاستحيوا منهم ولا تعملوا بمعاصي الله وأنتم في سبيل الله . ولا تقولوا إن عدونا شر منا فلن يسلط علينا , فرب قوم سلط عليهم من هو شر منهم , كما سلط على بني إسرائيل لما عملوا بالمعاصي كفار المجوس , فجاسوا خلال الديار وكان وعدا مفعولا . وسلوا الله العون على أنفسكم كما تسألونه النصر على عدوكم وأسأل الله ذلك لنا ولكم .



“Adapun selepas itu (Bismillah) . Maka sesungguhnya aku memerintah mu dan bala tentera bersama mu , supaya bertaqwa kepada Allah ( dengan mentaati perintah Nya dan meninggalkan larangan Nya) dalam semua keadaan , maka sesungguhnya bertaqwa itu persediaan terbaik dan perancangan paling teguh di medan perang . Aku memerintah mu dan sesiapa sahaja (tiap- tiap individu) bersama mu supaya berwaspada menjaga diri sendiri lebih daripada berwaspada menghadapi musuh , kerana sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh bala tentera sendiri lebih merbahaya daripada musuh mereka , dan sesungguhnya orang-orang Islam itu diberi kemenangan dengan ma’asiat yang dilakukan oleh musuh , kalau tidak kerana itu , kita tidak mempunyai jumlah bilangan yang sama saperti mereka dan kelengkapan kita juga tidak sama saperti mereka , kalau kita sama sama mengerjakan ma’asiat saperti mereka , mereka pula mempunyai kekuatan yang lebih daripada kita . Kalau kita tidak mempunyai kemuliaan yang mengatasi mereka nescaya kita tidak dapat mengalahkan kekuatan yang ada pada mereka . Ketahuilah !, bahawa bersama kamu dalam perjalanan kamu itu para Malaikat yang memerhati amalan kamu yang bertugas daripada Allah , mereka mengetahui apa sahaja yang kamu lakukan , maka malulah kepada mereka , dan jangan sekali-kali melakukan ma’asiat padahal kamu dalam perjalanan berjuang kerana menegakkan agama Allah . Dan jangan kamu berkata : ” Musuh kita lebih jahat daripada kita , maka mereka tidak bolih mengalahkan kita “. Kerap berlaku kaum yang dikalahkan oleh musuh yang lebih jahat daripada mereka , sebagaimana berlaku ke atas kaum Bani Israel apabila mereka mengerjakan ma’asiat di mana mereka dikalahkan oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api) di mana musuh dapat bermahajalela (menawan dan membunuh) sampai kecelah-celah kampung , itulah ketetapan yang pasti berlaku. Bermohonlah kepada Allah akan pertolongan untuk menghadapi diri kamu sendiri sebagaimana kamu bermohon kemenangan menentang musuh musuh kamu dan aku juga bermohon untuk kami dan juga untuk kamu “.



Taqwa adalah perkara penting yang menjadi syarat bagi mendapat pertolongan Allah dan perjuangan kita diberkati. Kesemua perkara yang dilahirkan oleh tarbiyah yang berjaya dalam segala aspek tersebut di atas disimpulkan di dalam perkara yang dinamakan TAQWA yang dihuraikan oleh Allah dalam ayat ayat yang berikut :



ذَالِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيْهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿2﴾ الَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ ﴿3﴾ والَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِاْلآخِرَةِ هُمْ يُوْقِنُوْنَ ﴿4﴾ أُوْلَـئِكَ عَلَى هُدًى مِّنْ رَّبِّهِمْ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿5﴾
(البقرة:2-5).



“Kitab ini tidak syak lagi di dalam nya petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa . Meraka itu ialah orang-orang yang beriman kepada perkara yang ghaib , mereka juga mendirikan sembahyang dan menginfaqkan daripada apa-apa yang kami beri rezqi kepada mereka . Mereka juga beriman kepada apa yang diturunkan kepada mereka (Al Quraan ) dan apa yang diturunkan (kitab sebelumnya serta mereka percaya kepada hari akhirat . Mereka itulah orang-orang yang berada diatas hidayah Tuhan mereka dan mendapat kemenangan “



Dan firman Allah :


لَّيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّواْ وُجُوْهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلآئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّآئِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُواْ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاء والضَّرَّاء وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَـئِكَ الَّذِيْنَ صَدَقُوْا وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
(البقرة :177).



“Bukanlah kebajikan itu seqadar bahawa kamu berhadap wajah ke arah timur dan barat , tetapi kebajikan itu ialah sesiapa yang beriman kepada Allah , Hari Akhirat , Para Malaikat , dan Para Nabi-nabi , serta memberi harta dalam keadaan sayangnya kepada harta itu untuk kaum keluarga , anak-anak yatim , orang- orang miskin , orang musafir yang memerlukan bantuan , orang- orang yang meminta sedekah dan hamba-hamba , dan juga dia mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat , begitu juga orang-orang yang menunaikan janji apabila berjanji dan bersabar ketika menghadapi kesusahan , kesempitan dan dalam perjuangan ketika menghadapi musuh . Mereka itulah orang- orang yang benar (beriman ) dan bertaqwa”.



Ayat-ayat ini juga menunjukkan betapa erat sifat taqwa yang lahir daripada iman , amal dan jihad melalui tarbiyah yang bersumberkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul S.A.W. itu dengan Gerakan Islam di mana Parti Islam Se Malaysia (PAS) menjadi wadah yang wajib dipelihara dan dipertahankan dengannya, kerana Islam menjadi rahsia ketahanan PAS sepanjang perjalanannya yang penuh cabaran. Pasang surut hanya keputusan pilihanraya, tetapi kematangan parti dan kesinambungan kepimpinan dan pangikut tetap bertambah matang , kerana kita membangun bersama Islam dan membina keperkasaan juga dengan Islam , rebah bangun tetap bersama Islam dan dengan Islam kita mendapat petunjuk yang sebenar .




رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَة إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَاب




“Wahai Tuhan kami ! janganlah hati kami terpesung setelah engkau mengurniakan petunjuk kepada kami dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu .Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha melimpah kurnian Nya “.



sumber

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP