Friday, June 24, 2011

smm menuntut sistem demokrasi dan pilihanraya dipulihkan semula


SMM menyokong penuh perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai 2011 yang menuntut agar dilakukan reformasi pilihanraya bagi memastikan pilihanraya di Malaysia berjalan dengan bebas, adil dan saksama.

SMM turut sama menuntut agar reformasi pilihanraya dilakukan dengan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terutamanya mahasiswa dan generasi muda terhadap sistem demokrasi dan pilihanraya dalam negara ini.

SMM melihat perhimpunan aman ini sebagai sebagai hak asasi rakyat Malaysia yang dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Malaysia 1(a) dan 1(b) di mana tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara, dan berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

Oleh itu, SMM, mewakili seluruh kumpulan mahasiswa di Malaysia, dengan ini:

1. Menggembleng seramai mungkin mahasiswa di seluruh Malaysia supaya turun ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini
2. Mengerahkan mahasiswa berhimpun secara aman menuntut pilihanraya yang bersih dan adil
3. Menggesa pihak polis supaya menjaga keselamatan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijamin hak untuk berhimpun oleh perlembagaan
4. Menggesa KDN atau pihak-pihak lain berhenti daripada menakutkan rakyat dan mahasiswa untuk berhimpun pada 9 Julai ini
5. Menyeru anak muda untuk menyetai BERSIH 2.0 dengan patriotisme yang tinggi demi membina masa depan Malaysia yang lebih baik.
6. Menggesa SPR agar tidak menutup ruang perbincangan bagi membolehkan sistem Pilihanraya di Malaysia sentiasa diperkemas dan dipertingkatkan.

*Kenyataan ini disediakan oleh Kelab Rakan Siswa Islam Malaysia (KARISMA) untuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), yang mewakili badan mahasiswa seperti berikut :-

1. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
2. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
3. Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)
4. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
5. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
6. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
7. Malaysia Youth and Democratic Students Movement (DEMA)
8. Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN)
9. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)
10. Aksi mahasiswa Peduli (AKSI)
11. Sister In Movement (SIM)
12. Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)

**Kenyataan dibuat bersama dengan BERSIH 2.0 semasa Ambiga membuat laporan polis berkenaan sms ancaman bunuh. SMM juga menyerahkan gimik placard bertulis “Mahasiswa tuntut bersihkan Pilihanraya”.


sumber

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP