Monday, June 6, 2011

Pemimpin UMNO bimbang dengan perubahan Pimpinan PAS


Saya menunggu-nunggu apakah ulasan yang akan dikeluarkan oleh kepimpinan UMNO mengenai perlantikan Saf kepimpinan PAS untuk sesi 2011-2013. Hari ini hajat saya tercapai bila 2 orang penting dalam UMNO iaitu Naib Presiden dan Ketua Pemuda memberikan ulasan yang saya sifatkan sebagai kehabisan modal, lucu dan tidak berasas sama sekali.

Malah saya melihat kenyataan mereka berdua menggambarkan kebimbangan UMNO yang amat sangat dengan perubahan pucuk pimpinan PAS yang dilihat mampu menggugat kuasa mereka, malah sampai ketahap PAS dan Pakatan Rakyat mampu menumbangkan UMNO dan BN.

Jelas pimpinan UMNO tidak nyenyak tidur memikirkan nasib malang yang akan menimpa bila mereka akan kehilangan kuasa dalam PRU ke 13 nanti.

Kebimbangan dan ketakutan dengan kepimpinan PAS yang baru oleh pimpinan UMNO nampaknya tidak dapat disembunyikan lagi sebagaimana kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dipetik berkata berkata kepimpinan baru Pas yang dipilih semalam dilihat sekadar meraih sokongan sementara bagi mencapai matlamat mereka untuk memerintah bersama Pakatan Rakyat di negara ini.

Aneh sungguh ulasan seorang pimpinan yang tidak ada masa depan ini dengan berkata bahawa jika dahulu parti itu berjuang atas prinsip Islam, tetapi perjuangan PAS dilihat semakin kabur dengan memilih kepimpinan baru .

Lebih memalukan beliau mempersoalkan tentang hala tuju PAS dalam memperjuangkan Islam. Sedangkan hala tuju UMNO yang sudah lebih 50 tahun memerintah Malaysia entah kemana jatuhnya?

Dalam perkembangan yang berkaitan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mempelihatkan kebimbangannya tersendiri dengan mendakwa PAS sanggup menggadaikan perjuangan asalnya untuk menubuhkan negara Islam semata-mata ingin mengejar kuasa.

Khairy juga mendakwa UMNO sebagai parti dengan perjuangan asalnya iaitu demi agama, bangsa dan negara, tidak akan berbuat seperti apa yang dilakukan oleh Pas.

Satu kenyatan yang saya anggap "memperbodohkan" dirinya sendiri setelah UMNO berada diambang maut dan akan ditolak oleh rakyat namun masih bersuara dan mendakwa dialah pembela dan jaguh segalanya . Sedangkan UMNOlah pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.

Khairy juga tidak mampu melindungi rasa takut dan kebimbanganya mengenai PAS bila menuduh tanpa asas dengan katanya kami sanggup mengetepikan prinsip semata-mata hendak menjadi rakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat demi mencapai cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya.

Tidaklah saya mahu memanjangkan cerita mengenai dua orang penting dalam UMNO yang bersuara dalam keadaan kelihatan mereka sangat takut kuasa yang dimiliki akan hilang dengan perlantikan kepimpinan PAS yang baru sempena Muktamar PAS kali ke 57 pada tahun ini.

Jelas sekali yang merasakan tidak selesa dengan perubahan pucuk pimpinan PAS ialah pemimpin UMNO. Malah saya tidak tahu apa lagi esok dan lusa serta hari-hari mendatang bentuk ulasan yang menggambarkan mereka rasa bimbang dan takut dengan arus perubahan dalam PAS.

Selamat tinggal UMNO dan BN dan bersiaplah kamu untuk jadi pembangkang...

DRS, KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 5 Jun 2011.

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP