Tuesday, June 28, 2011

Patriot Cuba Kaitkan Bersih 2.0 Dengan Kekacauan


KUALA LUMPUR 28 JUN : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa kumpulan Pemuda Umno yang menggelar diri sebagai Patriot cuba untuk mengaitkan perhimpunan Bersih 2.0 dengan situasi huru- hara.

Ini kerana jelasnya, tindakan mengugut untuk membakar Ibu Pejabat PKR lewat malam tadi memberi perspektif negatif akan niat kumpulan tersebut melakukan provokasi dengan niat mencemar prisip demokrasi hak berhimpun secara aman.

Sehubungan dengan itu beliau menggesa pihak polis tidak mengamalkan pendakwaan terpilih justeru menggunakan peruntukan undang- undang untuk memberi amaran kepada individu- individu terlibat termasuk Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam.

"Kebimbangan saya mereka sengaja mahu kaitkan pada 9 Julai jadi keadaan yang huru-hara. Kalau dahulu alasan ini digunakan untuk menangkap kepimpinan pembangkang, saya langsung tidak nampak apa yang dilakukan pihak polis.

"Pada saya kalau PDRM itu bercakap tentang transformasi yang kononnya akan berlaku melalui sikap yang lebih profesional dan konsisten, maka lebih banyak rakyat akan terbuka serta menimbulkan persepsi yang lebih baik positif dari segi bagaimana rakyat melihat PDRM menjalankan tugas," kata beliau di lobi parlimen hari ini.

Izzah berkata demikian diminta mengulas mengenai tindakan kumpulan Pemuda Umno yang menggelar diri sebagai "Patriot" yang berkumpul di hadapan pejabat PKR jam 11 malam tadi yang bertindak mencerca pemimpin parti itu selain mengugut untuk membakar bangunan tersebut.

Beliau yang juga ahli parlimen Lembah Pantai kemudian mendesak Menteri Dalam Negeri dan polis melaksanakan tanggungjawab secara adil memandangkan penganjur perhimpunan Bersih 2.0 telahpun dipanggil memberi keterangan termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah beliau, merujuk kepada sikap polis yang secara efisen menyerahkan notis Seksyen 111 Kanun Keseksaan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat hadir memberi keterangan di balai polis berhubung perhimpunan Bersih 2.0, Izzah mendesak perkara sama dilakukan terhadap Patriot.

Katanya lagi, Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang masalah atau rusuhan tercetus ketika perhimpunan Bersih yang pertama pada tahun 2007.

"Jadi apa pun Ketua Pemuda Umno, Menteri Dalam Negeri tidak boleh lari daripada menjawab tindakan yang dilakukan di bawah kuasa Pemuda Umno.

"Dan saya tidak setuju dengan ISA dan Akta Hasutan tapi isunya banyak lagi akta polis yang boleh digunakan untuk meredakan dan memastikan mereka yang ada elemen keganasan ini dipertanggungjawabkan atas tindakan," jelas beliau lagi.

Nurul Izzah dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 2 petang ini untuk memberi keterangan berhubung Bersih diikuti Anwar pada jam 5 petang nanti

sumber

1 comments:

meenakshiroy April 15, 2021 at 10:40 PM  

Delhi Escorts We provide Call Girl service by Independent College Girls, Models with a genuine photos & profiles. To book Call Girls In Delhi contact +91-9999965857.visit my blog:-
Dasna Escorts &&
Faridabad Escorts &&
Ashok Nagar Escorts &&
Ashok Vihar Escorts &&
Chanakyapuri Escorts &&
Chandni Chowk Escorts &&
Chattarpur Escorts &&
Cr Park Escorts &&

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP