Saturday, June 25, 2011

Mahasiswa turun gebeng buat sesi penerangan isu lynas

Gebeng , 25 jun : Gerakan mahasiswa selamatkan rakyat edisi Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat di Balok, Pahang telah mengadakan sesi penerangan berkenaan isu rakyat Gebeng yang sedang berhadapan dengan ancaman bahaya radiasi apabila syarikat Lynas terus berkeras untuk meneruskan rancangan pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di kawasan tersebut.

Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat dalam isu Lynas di Gebeng, Pahang

SMM dengan kerjasama 11 kumpulan mahasiswa akan mengadakan Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat Gebeng pada 24 sehingga 25 Jun ini.

Jelajah ini antara lain memberi fokus untuk membangkitkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan rakyat Gebeng khususnya generasi muda mengenai hak mereka yang perlu dipertahankan.

Menurut saudara Ahmad Syukri Razab (SMM) , beliau menyatakan kumpulan mahasiswa yang hadir dan turun dalam sesi penerangan ini seramai 40 mahasiswa yang tiba pada semalam.

“Alhamdulillah, 40 orang mahasiswa selamat sampai ditanah Gebeng. Bumi yang sedang berdepan dgn risiko yg maha dasyat. Esok akan bertemu rakyat untuk bangkitkan semangat mempertahan hak yang dicabar. Mohon doa agar aktivti berjalan lancar.”ujarnya dalam facebooknya.

Misi GMSR dalam gerak kerja yang dijalankan kali ini bersama rakan-rakan mahasiswa di sekitar Labok, Kuantan bagi mengedar risalah Stop Lynas.

Beliau juga menyatakan Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat akan bergerak ke 5 kawasan utama di sekitar Gebeng untuk membuat sesi penerangan dan pencerahan.

Selain itu, sesi penerangan ini juga turut disertai oleh Mohd Syahid Mohd Zaini merupakan pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional dalam mengedarkan risalah penerangan dan bersama dengan masyarakat setempat.-Pmium

sumber

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP