Tuesday, May 17, 2011

Surat bantahan kepada KOSMO!

Keratan akhbar KOSMO 14 Mei 2011 tentang Konvoi Pembebasan Palestin 2011 yang akan diadakan pada 21 Mei 2011. Penggunaan perkataan PELESIT adalah bukan dari Aqsa Syarif.



Rujukan kami : ASB/PR/kar/surat bil(73)
Tarikh : 16 Mei 2011



En. Baharom Mahusin
Pengarang KOSMO !
46M, Jalan Lima,
Off Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Tuan,



BANTAHAN PENGGUNAAN LARAS BAHASA DAN PEMBETULAN MAKLUMAT DALAM PENYIARAN BERITA KOSMO PADA 14 MEI 2011



Merujuk kepada naskhah akhbar Kosmo! pada Sabtu 14 Mei 2011, yang menyiarkan berita bertajuk : ‘Pelawa Pelesit Rempit Sertai Konvoi Nakhbah’, Aqsa Syarif Berhad (Aqsa Syarif) memohon perhatian pihak tuan.



Aqsa Syarif percaya bahawa berita tersebut didasarkan kepada sidang media dan hebahan yang diadakan di Hotel Singgahsana Petaling Jaya pada 13 Mei 2011 yang lalu, mengenai satu program besar-besaran anjuran Aqsa Syarif iaitu ‘Konvoi Pembebasan Palestin 2011’. Pihak Aqsa Syarif mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran wartawan Kosmo! di sidang media tersebut.



Namun, pada masa yang sama, Aqsa Syarif membantah penggunaan perkataan ‘Pelesit Rempit’ pada tajuk dan isi berita tersebut. Istilah tersebut langsung tidak ada disebut atau digunakan oleh mana-mana wakil Aqsa Syarif yang hadir bersama di sidang media itu. Istilah sedemikian telah menyebabkan berlakunya persepsi negatif terhadap Aqsa Syarif.



Selain itu, terdapat kesilapan maklumat nama jawatan En Zun Arif Hakim Abdul Rahman, iaitu Pengurus Sekretariat Aqsa Syarif Negeri Selangor (bukannya Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Berhad, seperti di dalam berita) merangkap Pengarah Program Konvoi Pembebasan Palestin 2011.



Dengan pernyataan bantahan dan pembetulan maklumat di atas, Aqsa Syarif menuntut agar pihak Kosmo! membuat pembetulan terhadap berita tersebut dan memohon maaf atas perkara yang tidak sepatutnya berlaku.



“Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa”



…………………………………..
(PROF. MADYA DR. HAFIDZI MOHD NOOR)
Pemangku Pengerusi,
Aqsa Syarif Berhad



sumber

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP